Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, April 29, 2018

Helmet Replika GP Austria Lorenzo Shark Race-R Pro "Diablo" Diperkenalkan!

  • Shark Helmets telah memperkenalkan helmet replika Shark Race-R Pro Replica Lorenzo Austrian GP MAT, yang juga dikenali sebagai "El Diablo".
  • Hanya 1,500 buah unit sahaja yang akan disediakan untuk seluruh dunia.
  • Mereka yang berminat untuk memilikinya bolehlah mengunjungi Spartan Concept store yang terletak di Bandar Sunway, Selangor.
Masihkah anda ingat akan pusingan MotoGP di Austria pada tahun lalu? Ianya merupakan pusingan yang ke-11 dalam musim tersebut, yang telah menyaksikan aksi yang memberangsangkan oleh Jorge Lorenzo yang telah mendahului perlumbaan dalam 11 pusingan pertama sebelum menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-empat. Seluruh perhatian tertumpu pada Lorenzo dan jentera Ducati Desmosedici GP17-nya yang tampak hebat sekali, ditonjolkan lagi dengan helmet Shark Race-R Pro. Kini, Shark Helmets telah menghasilkan edisi terhad helmet berkenaan yang telah dinamakan Shark Race-R Pro Replica Lorenzo Austrian GP MAT. Dengan rekaan grafik yang agak 'setan', ianya telah digelar "El Diablo". Ia bercirikan kombinasi agresif warna merah dan hitam berinspirasikan grafik 'the devil'. Helmet replika ini sejajar dengan tema yang di bawa Jorge Lorenzo sewaktu dia berpindah ke Ducati, di mana di mengubah reka bentuk nombor perlumbaannya dengan tanduk setan pada kedua-dua nombor 99, berbanding dengan reka bentuk sebelumnya yang mempunyai kedua-dua 'halo' dan 'devil horn'. Hanya 1,500 buah unit yang akan disediakan di seluruh dunia dan bagi kita yang berada di Malaysia, ianya berada di Spartan Concept Store yang terletak di Bandar Sunway. Ditetapkan pada harga RM3,675 (harga sebelum diskaun), helmet replika Shark Race-R Pro ini didatangkan dengan pelitup helmet sedondon, visor nyah-calar/nyah-kabus bertinta "Dark Smoke", sepasang cermin mata hitam Skull Rider "JL99", dan stiker penaja. Direka bentuk untuk kestabilan, keselesaan, aerodinamik, dan ringan, helmet Race-R Pro ini dibina menggunakan gentian karbon aramid dengan tahap penyerapan hentakan yang mengagumkan. Dengan berat hanya 1,250g, ia dilengkapi dengan visor optik rata kelas 1, Kancing D berganda, spoiler belakang berganda, beberapa titik pengudaraan, dan bermacam-macam lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai helmet Shark Race-R Pro Replica Lorenzo Austrian GP Mat, atau lebih dikenali sebagai "El Diablo", atau sebarang helmetShark yang lain, kunjungilah Spartan Concept Store di Bandar Sunway, atau di mana-mana wakil pengedar sah Shark Helmet yang terletak di seluruh negara. https://youtu.be/VXvIhzp7NLU Sumber imej: MotoGP & Spartan Concept Store https://motomalaya.net/blog/2018/04/12/motogp-suzuki-ingin-jorge-lorenzo-bagi-2019/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/