Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, April 30, 2018

Dainese Lancarkan Jaket Penunggangan Retro Dainese Speed Leather Terbaru

  • Dainese telah memperkenalkan rangkaian Dainese Speed Leather mereka yang terbaru dinamakan Dainese Settantadue, atau "72".
  • Tiga jaket kulit telah ditawarkan yang mengisahkan sejarah mereka dalam penghasilan jaket kulit dari tahun 1970-an dan menggabungkannya dengan teknologi terkini.
  • Jaket kulit Freccia 72, Toga 72, dan Rapida 72 telah ditetapkan pada harga £449.95 hingga £529.95 (RM2,426 hingga RM2,856) untuk pasaran UK.
Dainese telah melancarkan rangkaian jaket kulit retro Speed Leather mereka yang terkini, yang telah dinamakan Dainese Settantadue atau Dainese 72. Mereka secara asasnya telah mengimbau kembali zaman kegemilangan pakaian penunggangan perlumbaan Dainese dan memperkenalkan sebuah versi semasa untuk zaman ini. Rangkaian Speed Leather terbaru mereka itu memperagakan semangat dan kepentingan jenama tersebut dalam pakaian penunggangan kulit sewaktu zaman permulaan penghasilan sut perlumbaan. Menjiwai semangat, warisan, dan gaya Itali yang sebenar, rangkaian Dainese Settantadue terdiri daripada kelengkapan penunggangan yang dihasilkan dengan kemas, digabungkan dengan teknologi keselamatan terkini. Terdapat tiga buah jaket kulit berbeza yang disediakan di bawah rangkaian Settantadue yang baru, iaitu:
  • Freccia 72.
  • Toga 72.
  • Rapida 72.
Jaket Freccia 72 menggunakan anak panah sebagai motif utama bagi melambangkan kesungguhan jenama ini terhadap kelajuan. Berbilang anak panah yang digabungkan dengan gelung melintang Dainese dan jalur menegak yang telah dihasilkan daripada kulit lembu premium. Freccia 72 ini juga dilengkapi dengan perlindungan Pro Armor boleh tanggal bersepadu Dainese. Terdapat tiga pilihan warna yang telah disediakan; Merah/Putih, Biru/Putih, dan Hitam. Bagi pasaran UK, Jaket kulit Dainese Freccia 72 ini telah ditetapkan pada harga £449.95 (RM2,426 selepas pertukaran terus matawang). Bagi mereka yang berminat dengan jaket yang lebih bergaya 70-an, Toga 72 adalah pilihan anda. Pakaian moden retro ini menggabungkan sejarah dan masa kini Dainese dalam bentuk perincian unik jaket tersebut. Diilhamkan daripada sut perlumbaan keluaran pertama mereka, Toga 72 ini dilengkapi dengan perlindungan boleh tanggal Pro Armor bagi bahagian bahu dan siku. Jaket kulit Dainese Toga 72 ini berharga £529.95 (RM2,856) dan didatangkan dengan dua pilihan warna; Putih/Merah, dan Hitam. Tawaran Dainese yang ketiga adalah Rapida 72. Diterapkan dengan DNA reka bentuk yang sama seperti sut kulit 'two piece' mereka dari tahun 1970-an, Rapida 72 ini bercirikan rekaan yang menggiurkan, digabung dengan tahap kefungsian tertinggi, seiring dengan semangat Dainese. Dihasilkan menggunakan kulit lembu Sol yang lembut, bersama dengan perlindungan Pro Armor Dainese, mereka menumpukan untuk meningkatkan lagi elemen gaya dan keselesaan jaket kulit Rapida 72 ini. Bagi mereka yang berminat dengan jakt kulit ini, Rapida 72 telah ditetapkan harganya pada £499.95 (RM2,695) bagi pasaran UK. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman sesawang www.dainesesettantadue.com https://motomalaya.net/blog/2017/04/19/dainese-memenangi-beberapa-anugerah-rekabentuk-antarabangsa-red-dot-dan-le-fonti/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/