Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, March 20, 2018

Wakil Pengedar BMW Motorrad Pertama Di Negeri Sembilan Dibuka

[caption id="attachment_44078" align="alignleft" width="1200"] (Dari kiri ke kanan) Nicholas Lee, Ketua Jabatan Peruncitan Millennium Welt; EJ Enryzan, Pengurus BMW Motorrad , Millennium Welt; Sean Lai, Pengarah Jualan Millennium Welt; Owen Riley; Mohd Jabbarizzat Bin Ramli, Juruteknik Kanan Millennium Welt; dan Bryan Wong.[/caption]  
  • Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka wakil pengedar BMW Motorrad pertama di Negeri Sembilan.
  • Terletak di Seremban, ianya wakil pengedar BMW Motorrad ke-11 di Malaysia.
  • Penggemar dari kawasan berhampiran kini boleh melihat sendiri motosikal terkini BMW tanpa perlu pergi jauh.
Wakil pengedar BMW Motorrad yang pertama di Negeri Sembilan telah memulakan operasinya pada hari ini di Seremban. Dilancarkan oleh Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia, para peminat motosikal BMW dalam negeri itu dan juga dari kawasan berhampiran tidak lagi perlu pergi jauh untuk melihat sendiri motosikal BMW yang terkini. Sewaktu upacara pembukaannya, Encik Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt telah menyatakan, "Kami di Millennium Welt telah mempunyai hubungan yang panjang dan menguntungkan bersama BMW serta MINI bertahun lamanya, mewakili pengeluar premium ini di Seremban ini, beserta Batu Pahat dan Kuantan. Jadi, tidak hairanlah jika kami juga turut berkembang bersama BMW dalam divisyen dua roda mereka di Seremban bagi menawarkan kepada penggemar motosikal premium di sini satu peluang untuk mengenali jenama BMW Motorrad." Encik Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia, pula telah berkata "2017 adalah satu lagi tahun pemecah rekod bagi BMW Motorrad di Malaysia. Selain daripada prestasi jualan kami yang menguntungkan, kami juga turut menambah lima buah motosikal premium baru dalam portfolio kami. Dalam tahun 2018, kami akan meneruskan pembangunan positif ini dan ianya bermula dengan pembukaan wakil pengedar New Millennium BMW Motorrad di Negeri Sembilan ini." BMW Motorrad telah menyaksikan peningkatan hasil jualan sebanyak 13.2% pada tahun lalu, di mana mereka telah menjual sejumlah 164,153 unit motosikal premium BMW kepada pelanggan di seluruh dunia. Pasaran Malaysia juga telah menyaksikan peningkatan sebanyak 4% dalam tahun 2017 apabila mereka berjaya menjual 1,052 unit motosikal kepada penggemar BMW Motorrad yang senantiasa berkembang di dalam negara kita. https://motomalaya.net/blog/2018/02/25/bmw-s-675-rr-concept-oleh-nicolas-petit/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/