Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, March 21, 2018

Husqvarna 401 Vitpilen dan 401 Svartpilen 2018 Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia?

  • Khabar angin telah tersebar mengenai kemungkinan pelancaran motosikal Husqvarna 401 Svartpilen dan 401 Vitpilen 2018 di Malaysia.
  • Desas desus mengatakan yang motosikal-motosikal tersebut akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa beberapa minggu.
  • Dengan nama gelaran "White Arrow" dan "Black Arrow", kedua-dua buah motosikal ini telah dilengkapi dengan enjin satu silinder 375cc, menghasilkan 44hp dengan 37Nm tork.
Satu berita yang gembira telah tersebar sejak beberapa hari yang lalu yang mengandaikan pelancaran motosikal Husqvarna 401 Svartpilen dan 401 Vitpilen 2018 di tanah air kita. Diperkenalkan secara rasmi beberapa tahun yang lalu sewaktu pertunjukan motosikal EICMA 2016, pengeluar motosikal dari Austria itu telah bersedia untuk menembusi dunia motosikal jalan raya dengan motosikal mereka yang dinanti-nantikan, Husqvarna 401 Svartpilen dan 401 Vitpilen 2018. Diberi nama gelaran "White Arrow" dan "Black Arrow", Husqvarna mempunyai rancangan yang besar untuk mendominasi segmen motosikal jalan raya dengan gaya yang segar, dan pada masa yang sama, ringkas sebuah motosikal tahap mulaan zaman kini. Direka khusus untuk penggunaan dalam bandar, kedua-dua motosikal 401 Vitpilen dan 401 Svartpilen pasti akan menjadi tawaran yang mengujakan bagi mana-mana pasaran di seluruh dunia. Berita baiknya? kita mungkin dapat memilikinya lebih awal daripada yang dijangka. Dijana oleh enjin satu silinder, 375cc Husqvarna, kedua-dua buah motosikal 401 Svartpilen dan 401 Vitpilen ini mampu menghasilkan sekitar 44hp dan 37Nm tork maksimum untuk julat kuasa rendah dan pertengahan yang mengujakan. Jumlah kuasa ini akan menjadikan motosikal-motosikal tersebut sesuai sekali untuk tunggangan dalam bandar beserta dengan perjalanan sekali sekali menuju ke luar bandar, menyusuri jalan yang luas terbuka. Diringkaskan kepada hanya kelengkapan asasnya dari segi rekabentuk, motosikal 'neo-retro' ini tampak kemas, futuristik, dan bersedia membawa penunggang mengharungi pengembaraan yang hebat. Di mana Vitpilen mempunyai rupa paras yang cocok sekali dengan mana-mana bandar moden, motosikal Svartpilen mempunyai tarikan berdaya lasak yang lebih mirip sebuah jentera 'of-road', terutamanya dengan kelengkapan 'skid plate', tayar dwi sukan 'knobby', dan roda berjejari wayar, dan bermacam-macam lagi kelengkapan yang lain. Ciri utama yang lain termasuklah klac 'anti-hopping' PASC, pakej suspensi WP, breb ByBre, ABS dwi saluran, lampu LED keseluruhan, serta yang lain-lain. Apabila gaya moden sejati bertemu dengan prestai, ditambah dengan olahan Sweden, hasilnya cukup mengagumkan sekali dan kami tidak sabar menantikan kehadirannya di tanah air kita nanti. [gallery columns="5" ids="44130,44129,44128,44127,44126,44125,44124,44123,44122,44121"] https://motomalaya.net/blog/2017/11/18/ktm-akan-memulakan-pengilangan-motosikal-husqvarna-di-india-menjelang-2020/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/