Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, March 19, 2018

Grand Prix Qatar 2018 Moto3: Jorge Martin Mengatasi Aaron Canet Bagi Memenangi Perlumbaan Moto3

[caption id="attachment_43958" align="alignleft" width="2250"] Jorge Martin[/caption]
  • Jorge Martin telah berjaya memenangi perlumbaan Moto3 yang pertama bagi musim 2018.
  • Berbeza dengan tahun lalu di mana seramai 17 orang penunggang telah bersaing bagi mendapatkan kemenangan, sepasang penunggang telah berjaya memisahkan diri menjadi kelompok pendahulu.
  • Para penunggang pasukan Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapat tempat ke-lapan dan ke-sebelas.
Jorge Martin telah berjaya menangkis serangan rakan senegaranya, Aaron Canet, hingga ke garisan penamat, dan memenangi perlumbaan Moto3 pertama bagi musim ini. Pasangan ini berjaya memisahkan diri dari kelompok pengejar sejak mula lagi dan bersaing sesama mereka untuk kemenangan perlumbaan ini. Litar Antarabangsa Losail mempunyai jalan lurus hadapan terpanjang berbanding dengan litar-litar yang lain dalam kalendar MotoGP dan Canet telah mengekori Martin keluar dari selekoh terakhir bagi mengatur helah 'slipstream pass'. Namun begitu, Canet tidak mampu memintas Martin yang telah melintasi garisan penamat di hadapannya. [caption id="attachment_43957" align="alignleft" width="2250"] Aaron Canet[/caption] Pertunjukan sebenarnya, bagaimanapun, adalah pertarungan hebat bagi tempat ke-tiga di kalangan kelompok sepuluh orang penunggang, di antaranya adalah penunggang yang berjaya merangkul tempat ke-tiga iaitu Lorenzo Dalla Porta, Niccolo Antonelli, Ayumu Sasaki, John McPhee, dan juga beberapa penunggang yang lain. Perlumbaan antara penunggang budiman bertukar menjadi pertarungan dengan penuh gerakan memotong yang keras ketika mereka memasuki dua pusingan terakhir, di mana John McPhee telah menjadi mangsa. Penunggang dari Scotland itu tidak bernasib baik setelah berjaya memintas penunggang-penunggang yang lain bagi menyertai pertarungan untuk tempat terakhir di atas podium. [caption id="attachment_43960" align="alignleft" width="2249"] Ayumu Sasaki[/caption] Ayumu Sasaki yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing bertarung dengan bersungguh-sungguh bagi mendapat tempat yang kelapan, setelah berada setinggi di tempat ke-lima pada satu ketika. Dia telah kehilangan 'slipstream' sewaktu pertengahan perlumbaan tersebut namun berjaya bersaing bagi memperbaiki tempatnya dalam kelompok tersebut. Adam Norrodin berada di kedudukan P15 atau P16 sepanjang perlumbaan tersebut, tetapi akibat penunggang di hadapannya yang telah terbabas, dia berjaya memperbaiki kedudukannya ke P11 di garisan penamat. [caption id="attachment_43959" align="alignleft" width="2249"] Adam Norrodin (#7)[/caption]        
Ked. Mata Penunggang Negara Pasukan Jentera Masa/Jarak
1 25 Jorge MARTIN SPA Del Conca Gresini Moto3 Honda 38'18.207
2 20 Aron CANET SPA Estrella Galicia 0,0 Honda +0.023
3 16 Lorenzo DALLA PORTA ITA Leopard Racing Honda +6.746
4 13 Niccolò ANTONELLI ITA SIC58 Squadra Corse Honda +6.791
5 11 Gabriel RODRIGO ARG RBA BOE Skull Rider KTM +6.850
6 10 Fabio DI GIANNANTONIO ITA Del Conca Gresini Moto3 Honda +6.916
7 9 Kaito TOBA JPN Honda Team Asia Honda +6.946
8 8 Ayumu SASAKI JPN Petronas Sprinta Racing Honda +6.998
9 7 Jakub KORNFEIL CZE Redox PruestelGP KTM +7.156
10 6 Andrea MIGNO ITA Angel Nieto Team Moto3 KTM +7.699
Sumber imej: MotoGP  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/