Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, March 21, 2018

Ducati Panigale V4 2018 Terbakar Di Kanada

  • Sebuah motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah terbakar pada minggu lalu di Kanada.
  • Puncanya masih belum diketahui, apa yang diketahui adalah penunggangnya menunggang motosikal tersebut seperti biasa apabila motosikal tersebut dijilat api.
  • Ducati North America dengan pantas bertindak dan pemeriksaan kini sedang dijalankan bagi memastikan yang ini adalah sebuah kes yang terpencil.
Satu berita yang kurang menyenangkan telah timbul baru-baru ini mengenai salah sebuah motosikal yang dipandang tinggi dalam era moden. Motosikal Ducati Panigale V4 2018 adalah sebuah hasil keajaiban teknologi yang yang ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik, namun, sebuah jentera tersebut di Kanada ternyata terlalu 'hangat' untuk dikendalikan. Berdasarkan sebuah laporan oleh Motorcycle.com, seorang pemilik Ducati Panigale V4 di Vancouver, Kanada, yang dikenali sebagai Nitrouz (ahli DucatiForum.com) telah terlibat dengan satu tragedi baru-baru ini di mana motosikal Ducati Panigale V4 barunya itu telah terbakar sewaktu dia menunggangnya pada minggu lalu. Kebanyakan pemilik superbike, tidak kiralah apa jenama atau pengeluar sekali pun akan tahu mengenai haba yang boleh dihasilkan oleh enjin motosikal, namun, ianya amat mustahil yang haba itu menjadi cukup panas sehingga dapat membakar motosikal tersebut. Malang sekali bagi Nitrouz, menunggang di atas jalan raya yang sesak pada kelajuan sederhana telah menyebabkan kebakaran tersebut, di mana Ducati dengan pantas sekali telah bertindak dan memberikan jaminan kepada pemilik Ducati baru. Penunggang tersebut sedang menunggang seperti biasa pada 15 Mac 2018 sewaktu dia terbau akan sesuatu yang terbakar dan kaget apabila dia melihat ke bawah dan mendapati ada hembusan api. Dia dengan segera berhenti di bahu jalan sebelum motosikal itu marak dijilat api. Tiada siapa yang cedera sewaktu insiden berkenaan. Ducati North America dengan pantas bertindak di mana mereka telah menjanjikan sebuah motosikal yang baru buat pemilik tersebut. Nitrouz berasa amat berterima kasih di atas kepantasan Ducati menyelesaikan situasi ini dalam cara yang terbaik. Tahniah diucapkan kepada Ducati North America di atas tugas yang baik. Berkenaan motosikal Ducati Panigale V4 pula, pemeriksaan sedang dijalankan dan kami harap yang ini adalah sebuah kes yang terpencil. Tempahan mulai meningkat bagi motosikal Panigale V4 baru ini dan ianya akan dilancarkan secara rasmi pada bulan yang akan datang di Malaysia. https://motomalaya.net/blog/2018/01/12/ducati-panigale-v4-dijangka-tiba-pada-bulan-mac/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/