Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, March 18, 2018

"Benelli Dynamite Track Day" Gegarkan Litar Speedway PLUS

  • Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah menganjurkan "Benelli Dynamite Track Day" pada hari Sabtu (17 Mac 2018), di Litar Kart Speedway PLUS di Subang Jaya.
  • Acara ini telah diadakan bagi mempromosikan jentera terkininya, Benelli TNT 135 LE 2018.
  • Hanya 1,000 buah unit sahaja akan dihasilkan pada harga RM9,988 (harga asas, tidak termasuk GST).
Berikutan dengan pelancaran motosikal Benelli TNT 135 LE (Limited Edition) 2018 pada bulan lalu, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (pengimport dan pengedar rasmi Benelli di Malaysia) telah menganjurkan acara "Benelli Dynamite Track Day" di Litar Kart Speedway PLUS di Subang Jaya pada hari Sabtu yang lalu (17 Mac 2018). Acara hari litar yang istimewa ini telah dianjurkan bagi memperagakan motosikal terbaru dalam rangkaian mereka yang mana merupakan sebuah Benelli TNT 135 LE 2018 yang diperkemaskini. Warga media bersama dengan orang awam telah diberikan peluang keemasan untuk menguji jentera terkini mereka tersebut. Bersama dengan motosikal TNT 135 yang baru ini adalah model Benelli Leoncino 500 dan Benelli RFS 150i. Dihiasi dengan 15 pengemaskinian dan aksesori estetik yang baru, hanya 1,000 buah unit model Benelli TNT 135 LE 2018 ini yang akan disediakan bagi pasaran Malaysia. Aksesori-aksesorinya termasuklah cermin sisi pandang belakang, takungan brek hadapan, penutup minyak enjin, penutup penapis minyak, pelindung enjin, tempat letak kaki, bahagian perhiasan kerangka, kemasan grafik, stiker edisi terhad, pengangkat palang pemegang, tuil-tuil, dan yang telah berjaya menarik perhatian kami, pelitup ekzos karbon fiber. Selain daripada rupa parasnya yang baru, bahagian-bahagian yang lain kekal sama, termasuklah enjin sejukan minyak satu silinder 135cc-nya itu. Bagi mereka yang telah menghadiri acara ini, mereka telah dapat merasai sendiri kuasa 13hp pada 9,000rpm dan 10.8Nm tork maksimum pada 7,000rpm motosikal tersebut. Kotak gear lima kelajuan telah dilengkapkan bagi memacu kuasanya itu ke roda belakang. Walaupun model TNT 135 ini bukannya sebuah motosikal yang direka bagi memecut pantas di atas litar, motosikal TNT 135 LE ini dianggap ramai sebagai sebuah motosikal yang menyeronokkan bagi tunggangan dalam bandar. Daya penarik 'mini bike'-nya itu, beserta dengan hasil kuasa yang memadai menjadikannya sebuah motosikal yang sesuai bagi penunggang baru yang ingin mencuba motosikal yang mempunyai klac. Kami telah menguji motosikal Benelli TNT 135 standard beberapa ketika dahulu dan mendapati suspensinya (fork hadapan terbalik 41mm dan penyerap hentakan belakang 'lateral') membekalkan tahap keselesaan yang mencukupi. Ergonomik penunggangannya pula, mungkin lebih sesuai untuk penunggang yang lebih kecil tetapi sesiapa yang melebihi ketinggian 170cm mungkin terasa agak kekok menunggangnya. Walau apa pun jua, motosikal Benelli TNT 135 LE 2018 ini adalah sebuah motosikal yang cukup cantik sekali. Ditetapkan harganya pada RM9,988 (harga asas, tidak termasuk GST), pasti ada yang menganggapnya jentera yang mahal bagi sebuah motosikal 135cc namun tidak dapat disangkalkan tarikan keseronokannya dan daya penarik 'big bike'-nya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungilah mana-mana pengedar sah Benelli di seluruh negara. [gallery columns="4" ids="43852,43853,43856,43857,43858,43859,43860,43861,43862,43863,43864,43865,43866,43867,43868,43869,43870,43871,43872,43873,43874,43875,43876,43877,43878,43879,43880,43881,43882,43883,43884,43885,43886,43887,43888,43889,43890,43891,43892,43893,43894,43895,43896,43897,43898,43899,43900,43901,43902,43903,43904,43905,43906,43907,43855,43854"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/