Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, August 10, 2017

Vespa S125 I-GET 2017 Dan Piaggio Medley S 150 ABS Dilancarkan! Dari RM11,600

 
  • Naza Premira Sdn. Bhd. telah melancarkan dua skuter baru yang mengujakan iaitu Vespa S125 I-GET 2017 dan Piaggio Medley S 150 ABS.
  • Skuter-skuter baru ini dilancarkan awal hari ini bersempena dengan pelancaran rasmi acara NAZA Merdeka Autofair 2017 yang terletak di NAZA Automall, Petaling Jaya.
  • Vespa S125 I-GET 2017 yang baru ini dinilai pada RM11,600 manakala skuter Piaggio Medley S 150 ABS pula pada harga RM17,000 (haraga asas tidak termasuk GST).
Naza Premira Sdn. Bhd. pengedar rasmi bagi skuter Vespa dan Piaggio di Malaysia baru sahaja melancarkan Vespa S125I-GET dan Piaggio Medley S 150 ABS terbaru mereka bagi tahun 2017. Skuter-skuter yang baru ini telah dilancarkan di Vespa Lifestyle Centre yang baru ketika acara Naza Merdeka Autofair 2017 yang diadakan di Naza Automall, Petaling Jaya.
Vespa S125 I-GET 2017 - RM11,600 (harga asas tidak termasuk GST)
Vespa S125 I-GET 2017 yang diperkemaskini ini merupakan varian tahap mulaan terkini dari Vespa yang sesuai bagi penunggang baru dan juga untuk mereka yang sedang mencari kenderaan berulang-alik alternatif yang sesuai terutamanya di sekitar bandaraya seperti Kuala Lumpur. Rupa paras S125 baru yang keremejaan ini cukup sesuai bagi pemuda serta pemudi yang baru sahaja mendapatkan lesen motosikal mereka. Dihiasi dengan penggayaan yang cukup trendy seperti rim yang baru, rekaan dan grafik pada peredam, membuatkannya tampak cukup menarik hinggakan mereka yang berkerjaya pasti juga akan kelihatan hebat tiba di pejabat mereka di atas Vespa ini. S125 I-GET terbaru ini didatangkan dengan enjin suntikan bahanapi, 3 lejang, patuh Euro3 124.5cc yang diubah semula yang menghaasilkan 10.2hp pada 7,000rpm dan 10.2Nm tork pada 6,000rpm. Bukan jumlah yang paling tinggi pernah kami lihat namun, ianya lebih dari mencukupi untuk membekalkan kelajuan untuk berulang-alik dengan selesa. Enjin yang barunya itu telah dikemaskini dengan aci engkol yang direka semula, penghidup motor, penutup kotak gear, pengesan tekanan udara dan pelbagai lagi kemaskini bagi memberikan pakej penunggangan yang terbaik yang mengujakan mana-mana penunggang tidak kira tua atau pun muda. Serupa dengan mana-mana skuter masa kini, kesemua kuasanya didorong ke roda belakang melalui kotak gear CVT automatik dan pacuan terakhir tali sawat. Untuk keselesaan tambahan, Vespa S125 I-GET ini juga didatangkan dengan pakej suspensi yang terdiri daripada lengan bersama gegelung heliks beserta penyerap hentakan hidarulik tindakan kembar. Bagi bahagian belakangnya, S125 I-GET ini dilengkapi dengan penyerap hentakan belakang boleh laras pra-muatan empat simpang. Berminat untuk dapatkan skuter Vespa ini? Vespa S125 I-GET 2017 ini dinilai pada harga RM11,600 (harga asas tidak termasuk GST) dan ianya didatangkan dengan empat kamasan warna yang menarik; Girgio Titanio (kelabu), Green Matte, Taormina (Oren), dan Red Matte.
Piaggio Medley S 150 ABS 2017 - RM17,000 (harga asas tidak termasuk GST)
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berlainan dari segi penggayaan namun tidak mahu korbankan prestasi serta jiwa jentera Itali boleh memilih Piaggio Medley S 150 ABS 2017. Piaggio Medley S 150 ABS terbaru ini dijana oleh enjin Piaggio I-Get empat lejang, satu silinder, empat injap yang telah dilengkapi dengan sistem "Start and Stop" bagi kecekapan penggunaan bahanapi yang lebih baik. Enjin yang memenuhi piawaian Euro4 ini menghasilkan 14.8hp pada 7,750rpm dan 14.4Nm tork pada 6,400rpm. Ini bermakna skuter mempunyai kuasa yang lebih daripada mencukupi untuk di sekitar bandar dengan mudah. Teringin bersarapan di Lemang To'Ki pada pagi Ahad? Piaggio Medley S 150 ABS 2017 ini dapat membawa anda ke sana tanpa sebarang kesukaran. Dari segi rupanya, skuter Medley S 150 ABS ini masih mengekalkan rupa paras premiumyang telah direka khusus buat komuter dalam bandar yang tercari-cari pengangkutan alternatif yang sesuai untuk menggantikan kenderaan empat roda harian mereka. Permukaannya telah dilebarkan untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik serta meningkatkan lagi keselesaan menunggang. Palang pemegangnya juga telah direka untuk menempiaskan angin dari penunggang bagi prestasi penunggangan yang jitu. Jika anda seorang yang senantiasa sibuk bergerak ke sana sini, Medley S 150 ABS ini didatangkan dengan beberapa ruangan simpanan bagi menyimpan barangan anda dengan selamat. Peranti mudah alih anda kehabisan bateri? Anda tidak perlu risau kerana Medley S 150 ABS terbaru ini dilengkapi dengan port USB bagi membantu mengecas semula bateri peranti mudah alih anda. Bagi pakej suspensinya, Medley S 150 ABS 2017 ini dilengkapkan dengan fork hadapan teleskopik hidraulik dan penyerap hentakan belakang hidraulik dwi-kesan berkembar yang membolehkan penunggang untuk melaraskan pramuatan gegelung pada lima tahap berbeza. Bagi sistem pembrekannya, Medley S 150 ABS ini didatangkan dengan sistem brek ABS dwi saluran bagi kedua-dua cakera brek hadapan 260mm dan cakera brek belakang 240mm yang disertakan dengan angkup terapung dwi-omboh. Dengan tangki bahanapi 7-liter dan digabungkan dengan enjin cekap bahanapi Piaggio I-GET, Medley S 150 ABS mempunyai kebolehan untuk merentasi jarak yang jauh sebelum memerlukan isian semula. Naza Premira Sdn. Bhd. telah meletakkan harga Piaggio Medley S 150 ABS 2017 ini pada RM17,000 (harga asas tidak termasuk GST). Bersempena dengan acara NAZA Merdeka Autofair 2017, 33 unit pertama yang dijual akan disertakan dengan alat pembawa belakang, top box, penyandar belakang, karpet lantai, dan juga perkhidmatan servis percuma selama dua tahun beserta waranti pengeluar dua tahun yang standard. NAZA Merdeka Autofair 2017 kini sedang berlangsung dari 10 Ogos 2017 hingga 13 Ogos 2017 di Naza Automall, Petaling Jaya. [gallery columns="5" ids="33027,33026,33025,33024,33023,33022,33021,33020,33019,33018,33017,33016,33015,33014,33013,33012,33011,33010,33009,33008,33007,33006,33005,33004,33003,33002,33001,33000,32999,32998,32997,32996,32995,32994,32993,32992,32991,32990,32989,32988,32987,32986,32985,32984,32983,32982,32981,32980,32979,32978,32977,32976,32975,32974,32973,32972,32971"]  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/