Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, August 3, 2017

Neematic Memilih Pelumba Enduro Legenda Chris Birch Sebagai Duta Baru

 
  • Neematic, pencipta salah sebuah basikal elektrik paling berkuasa dunia telah memilih Chris Birch sebagai duta baru mereka.
  • Pelumba rali motosikal terkemuka itu yang telah berlumba di International Six Day Enduro (ISDE), Rali Dakar, dan Hard Enduro akan membantu dalam pembangunan serta jualan untuk jenama berkenaan.
  • Basikal janaan elektrik terbaru mereka, Neematic FR/1, telah diperkenalkan pada tahun lalu ketika acara International Motorcycle, Scooter and E-Bike (Intermot) Fair akan mula dihantar menjelang pertengahan 2018.
Neematic, pembekal salah sebuah basikal elektrik paling berkuasa di dunia dengan bangganya telah mengumumkan kerjasama mereka dengan salah seorang pelumba enduro paling disegani seluruh dunia, Chris Birch. Sebagai seorang peminat 'off-road' yang tegar dan juga nama yang dikenali dalam industri berkenaan, Neematic yakin dengan pemilihan Chris Birch sebagai duta mereka akan memberikan kebaikan kepada jenama berkenaan. Jenama Neematic muncul pada 2015 di Lithuania melalui usahasama dengan pembiaya utama, Practica Capital. Bijak pandai di sebalik Neematic adalah mereka yang berpengetahuan luas dengan pengalaman selama 12 tahun dalam membangunkan basikal elektrik dan juga kejuruteraan suspensi perlumbaan. Ketika acara International Motorcycle, Scooter and E-Bike Fair (Intermot) 2016, mereka telah memperkenalkan basikal janaan elektrik pertama mereka, Neematic FR/1. Untuk tahap pertama, hanya 50 unit akan dibina dan mereka telah membukanya untuk tempahan antarabangsa. Dengan kuasa sehingga 15kW (yakni sekitar 20hp), motor pacuan tengah itu mempunyai kuasa yang lebih dari mencukupi untuk menggerakkan basikal elektrik seberat 52kg itu, memberikan penunggangan motosikal dirt bike ekstrim yang paling menyeronokan dan unik. Pada masa yang sama, FR/1 ini masih mengekalkan segala kemudahan yang anda inginkan pada sebuah basikal konvensional. Basikal ini akan mula dihantar untuk jualan menjelang pertengahan 2018. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk hebat ini, TEKAN SINI. Berpatah balik kepada Chris Birch, dia merupakan seorang pelumba yang amat dikenali yang telah bertanding dalam beberapa rali motosikal yang mencabar seperti International Six Day Enduro (ISDE), Rali Dakar, dan Hard Enduro. Dengan pengetahuan, pengalaman, serta pengetahuan teknikalnya yang meluas, Birch adalah orang yang sesuai sekali dalam membantu dalam membentuk ke semua konsep terbaru basikal elektrik berprestasi tinggi dari Neematic. [caption id="attachment_32653" align="alignleft" width="640"] Chris Birch (Sumber imej: Red Bull)[/caption] Selain daripada memberikan data dan maklumbalas membina kepada pasukan R&D Neematic, Birch juga akan mengepalai jaringan pengedaran jenama itu di negara-negara seperti New Zealand dan Australia. [caption id="attachment_32652" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: Red Bull[/caption] Birch juga telah menambah "Basikal ini bertenaga bersih dan senyap, dan masih mampu mengejutkan anda dengan jumlah kuasanya. Dan ia membolehkan anda menjelajah di mana anda tidak dapat atau tidak dibenarkan di atas sebuah motosikal. Lambat-laun segala-galanya akan berubah ke kuasa elektrik, begitu jua dengan motosikal 'dirt bike' - dan saya ingin berada di hadapannya."     Sumber: Neematic  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/