Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, August 9, 2017

Kerjasama Triumph Bajaj Diumumkan Bagi Menakluki Segmen Motosikal Middleweight

  • Satu berita menarik telah tersebar hari ini mengenai pengumuman kerjasama antara Triumph dan Bajaj.
  • Usaha sama yang baru dimeterai diharap dan menghasilkan dan membekalkan pasaran motosikal semasa dengan rangkaian 'motosikal middleweight yang menonjol'.
  • Dua jenama ikonik itu berharap dapat menembusi lebih banyak pasaran di seluruh dunia dengan mencipta nama mereka dan memberikan nafas yang baru pada segmen middleweight yang sedang merudum.
Kelihatan seperti Triumph sudah bersedia untuk membina motosikal middleweight yang menonjol dengan pengumuman kerjasama global dengan Bajaj auto Limited dari India baru-baru ini. [caption id="attachment_30563" align="alignleft" width="640"] Modenas Pulsar RS200, motosikal Bajaj Pulsar RS200 yang dijenamakan semula bagi pasaran Malaysia[/caption] Dua jenama yang cukup terkenal ini telah membuat keputusan untuk bergabung tenaga dengan harapan untuk memberikan nafas baru dalam pasaran motosikal middleweight dunia yang semakin kehilangan tempatnya oleh kerana kurangnya permintaan. Berdasarkan satu pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Triumph Motorcycles, Nick Bloor, kerjasama itu diharap akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam mengisi kekosongan pada segmen motosikal middleweight. Usaha sama ini juga diharapkan dapat membekalkan motosikal Triumph yang terbaru di lebih banyak pasaran di seluruh dunia. Bajaj telah pun menarik perhatian para penggemar permotoran negara kita dengan kerjasamanya dengan pengluar motosikal negara, Modenas. Di negara luar, Bajaj dikenali sebagai salah sebuah pemegang saham utama bagi sebuah pengeluar motosikal yang amat dikenali di seluruh dunia, iaitu KTM. Di bawah disertakan satu kenyataan akhbar rasmi berkenaan dengan usaha sama Triumph - Bajaj. TRIUMPH MOTORCYCLES UK AND BAJAJ AUTO INDIA ANNOUNCE A NEW PARTNERSHIP Triumph motorcycles and Bajaj are pleased to announce their global partnership. The objective of this non-equity partnership is to deliver a range of outstanding mid–capacity motorcycles benefiting from the collective strengths of both companies. We hope to bring to bear upon global markets the individual strengths of the partners including brand position & perception, design & development technology, quality & cost competitiveness & worldwide distribution. This new global partnership will enable Triumph to significantly expand its global reach by entering new higher volume market segments, especially within the emerging markets across the world. Bajaj will gain access to the iconic Triumph brand, and its great motorcycles, enabling it to offer a wider range of motorcycles within its domestic market and other international markets. Triumph and Bajaj are excited by the opportunities of this partnership and the prospect of entering new market segments, thereby reaching a whole new group of motorcyclists across the world. This new partnership builds upon our global operations, adding further capabilities to enable us to enter significant new markets and segments not possible today, in a premium manner, thereby supporting our strategic goal of becoming the premium lifestyle motorcycle brand. Nick Bloor Triumph Motorcycles CEO Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya bagi perkembangan terkini segenap dunia permotoran. Sumber: Triumph Motorcycles  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/