Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, August 30, 2017

Triumph Motorcycles Malaysia Dengan Rasminya Melancarkan 3 Varian Terbaru Street Triple Bagi 2018!

  • Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.), pengedar rasmi Triumph di Malaysia, telah melancarkn tiga varian Triumph Street Triple terbaru; Street Triple S, Street Triple R, dan Street Triple RS.
  • Menggunakan enjin DOHC, 12-injap, sejukan cecair,tiga silinder 765cc yang diilhamkan dari enjin 675cc mereka yang digemari ramai.
  • Triumph Motorcycles Malaysia telah meletakkan harga bagi rangkaian Street Triple terbaru ini bermula dari RM52,900 (harga asas beserta GST).

Honda EX5 Dream Fi Buatan Khas Ciptaan Shawn Seelan Creations – “Dewa Halilintar”

 
  • Sewaktu festival Art of Speed Malaysia 2017 baru-baru ini, terdapat sebuah Honda Dream Fi buatan khas yang amat istimewa telah diperagakan di ruangan pameran Boon Siew Honda.
  • Dicipta oleh Shawn Seelan dari Shawn Seelan Creations, Honda EX5 buatan khas yang renek, garang, dan cantik digelar "Raijin" atau "Dewa Halilintar" telah dicipta bersempena dengan ulangtahun ke-30 Honda.
  • Dilengkapi dengan padat dengan kelengkapan khusus dan juga moden, kapchai buatan khas ini menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya yang mengancam yang juga memberi penghormatan kepada motosikal yang hebat, Honda C70 cub.

Tuesday, August 29, 2017

Boon Siew Honda Dengan Rasminya Melancarkan Honda CRF250L Dan CRF250 Rally 2017! Dari RM24,378!

 
  • Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) dengan rasminya telah melancarkan Honda CRF250L dan CRF250 Rally 2017, motosikal kembara tahap mulaan di pasaran Malaysia.
  • Kedua-dua CRF250L dan CRF250 Rally telah dibina untuk ketegaran serta sifat tahan lasak yang boleh ditunggang dengan selesa di atas jalan berturap serta jalan tidak berturap.
  • Honda CRF250L serta CRF250 Rally dinilai pada harga RM24,378.94 dan RM28,618.94 (harga asas beserta GST).

Motoring Art Festival Meraikan Keusahawanan Kreatif

 
  • Hentian kedua bagi Motoring Art Festival kelolaan MotoNation.
  • Menampilkan ke semua bentuk karya seni automotif.
  • Jelajah ini akan berkemuncak dengan finale pada Disember 2017.

Monday, August 28, 2017

MotoGP: Dovizioso Mendahului Kejohanan Dengan Kemenangan Keempat Di GP British

 
  • Andrea Dovizioso (Ducati Team) telah merangkul kemenangan MotoGP keempatnya di GP British semalam yang diadakan di Litar Silverstone.
  • Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) dengan percaturan tayar belakang lembutnya telah membuahkan hasil apabila dia merentasi garisan penamat di tempat ke-dua di hadapan teman sepasukan, Valentino Rossi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga.
  • Marc Marquez (Repsol Honda) mengalami kerosakan enjin yang bukan sahaja menamatkan perlumbaannya, tetapi juga menyebabkan tempat pendahulu dalam kejohanannya yang kini telah diambil alih oleh Dovizioso dengan kelebihan sebanyak 9 mata.

Yamaha Dan GT-Max Lancarkan Yamaha Star Centre Pertama!

 
  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bersama dengan GT-Max telah menukar kedai mereka kepada Yamaha Star Centre pertama.
  • Selain daripada sebuah Pusat 3S (Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti), ia juga menawarkan kepada para pelanggan pengalaman yang lebih meluas.
  • HLYM akan membuka lebih banyak Yamaha Star Centre di seluruh negara.

Sunday, August 27, 2017

Energica Mengesahkan Motosikal Scrambler Elektrik Energica Eva EsseEsse9 Yang Bakal Muncul Tiba!

 
  • Energica, pengeluar motosikal elektrik dari Itali telah mengesahkan bahawa mereka akaa memperkenalkan motosikal scrambler elektrik terbaru mereka, Energica Eva EsseEsse9.
  • Eva EsseEsse9 yangbakal tiba itu akan didatangkan dengan pelana beralur, tayar dwi-sukan, panel sisi nombor perlumbaan, dan pelbagai lagi spesifikasi scrambler.
  • Oleh kerana ianya akan didasarkan daripada model motosikal naked Eva yang semasa dari pengeluar itu, motosikal scrambler Eva EsseEsse9 yang baru ini berkemungkinan menggunakan motor elektrik yang sama yang menghasilkan sekitar 110hp dan180Nm tork.

MV Agusta Mengemaskini Ke Semua Motosikal Tiga Silinder ke Euro4 - Kini Lebih Senyap Dan Bersih!

   
  • MV Agusta akhirnya telah mengumumkan bahawa ke semua motosikal tiga silinder mereka akan mematuhi piawaian ketat Euro4.
  • MV Agusta model F3 675, F3 800 dan Dragster 800 telah melalui evolusi pada enjin, elektronik, bunyian enjin dan emisi wasap ekzos menjadikannya lebih senyap dan bersih.
  • Langkah untuk memastikan motosikal mereka patuh pada piawaian ketat Euro4 ini bermakna yang mereka boleh meneruskan penjualan motosikal mereka di negara-negara Eropah pada tahun 2018 dan selanjutnya.

Saturday, August 26, 2017

Honda EX5 - Raja Motosikal Kapchai Malaysia

   
  • Honda EX5 telah menikmati kejayaan yang amat besar untuk 30 tahun yang lalu semenjak ianya diperkenalkan di negara kita.
  • Dengan keperluan negara yang sentiasa bertambah untuk sejenis bentuk pengangkutan yang gagah, boleh diharap dan juga mampu dimiliki, motosikal EX5 telah membuktikan dirinya sebagai kuasa pendorong  utama di dalam Malaysia.
  • Hingga hari ini, telah terdapat lebih daripada 2 juta buah Honda EX5 yang telah dikeluarkan serta sejarah dan gayanya  telah menambat hati ramai orang terutamanya di dalam negara kita ini.

Friday, August 25, 2017

MotoGP: Prosedur Pertukaran Motosikal Baru Akan Diuji Pada Hujung Minggu Ini

 
  • Perlumbaan MotoGP di Silverstone pada hujung minggu ini akan menyaksikan satu prosedur pertukaran motosikal 'flag-to-flag' yang baru akan diuji oleh sebab factor keselamatan.
  • Arahan Perlumbaan serta Suruhanjaya Keselamatan telah memutuskan untuk menguji satu sistem baru di mana penunggang yang ingin menukar motosikal perlu masuk ke hadapan paddock mereka pada sudut 45 darjah ke dalam dengan motosikal kedua tersedia menghala keluar pada sudut yang sama.
  • Seorang mekanik tambahan akan berada di laluan pit dengan batang lollipop ala Formula 1 yang akan berdiri di hadapan motosikal kedua bagi memberi isyarat kepada penunggang masa yang selamat untuk memasuki semula laluan pit.

Video Superbike Ducati V4 Tersebar!

 
  • Media permotoran dari Belgium, MaxxMoto telah mengeluarkan sebuah video yang menunjukkan apa yang kelihatan seperti sebuah superbike Ducati V4 yang baru melakukan beberapa pusingan di atas litar ujian.
  • Superbike keluaran Ducati janaan V4 yang akan muncul tiba ini mempunyai runut bunyi yang hampir sama dengan motosikal GP Ducati Desmosedici atau pun Honda RC213V.
  • Ia juga boleh dianggapkan yang Ducati yang baru ini akan menggunakan turutan pembakaran enjin "big bang" yang memberikan pengalaman menunggang yang amat unik berbanding dengan aturcara enjin V4 yang biasa.

MotoGP: Thomas Luthi Menandatangani Perjanjian Bersam Marc VDS Bagi Musim 2018

 
  • Marc VDS Racing Team telah memilih Thomas Luthi sebagai penunggang kedua mereka bagi musim 2018.
  • Penunggang berusia 30 tahun dari Switzerland itu akan berhijrah ke MotoGP pada musim hadapan bersama dengan seteru semasanya dalam Moto2, Franco Morbidelli.
  • Kedua-dua Luthi dan Morbidelli berada di tempat teratas dalam kejohanan dunia Moto2 2017 dengan hanya 26 mata membezakan kedua-dua orang penunggang ini.

Thursday, August 24, 2017

Panduan Motosikal Besar Honda Untuk Penunggang Baru!

 
  • Pada hari ini, kami akan bawakan satu panduan motosikal besar Honda yang berada di Malaysia istimew buat para penunggang baru.
  • Kebanyakan orang Malaysia sudah pasti tahu mengenai Boon Siew Honda (BSH), satu nama yang terkenal dengan motosikal dan skuter berkapasiti kecil. BSH juga ada menawarkan rangkaian motosikal berkapasiti besar.
  • Bermula dengan superbike Honda CBR1000RR yang begitu berkuasa sehinggalah cruiser Honda 500 Rebel, akan ada motosikal Honda yang bersesuaian untuk semua orang tidak kira penunggang baru atau veteran.

2017 Kawasaki Z250 ABS dikemaskini dengan rim berwarna emas di Indonesia

Kawasaki Motor Indonesia mengemaskini jentera 2-silinder 250cc mereka iaitu Z250. Model ini hadir dengan rim berwarna emas yang cukup padan dengan grafik merah dan hitam pada badannya. 

Wednesday, August 23, 2017

Harley-Davidson Lancarkan LAPAN Model Softail 2018 Baru!

 
  • Harley-Davidson telah melancarkan rangkaian Softail terbesar mereka dengan LAPAN model yang baru bagi tahun 2018.
  • Siri Softail 2018 yang baru terdiri daripada Fat Bob, Fat Boy, Street Bob, Low Rider, Softail Slim, Deluxe, Breakout, dan akhir sekali, Heritage Classic.
  • Ke semua model Softail 2018 yang baru didatangkan dengan kerangka, suspensi, dan rangkaian kuasa yang baru yang memberikan pengalaman menunggang dan dorongan kuasa yang lebih baik yang menggabungkan rupa ikonik Harley-Davidson dengan teknologi moden.

DIUJI: Honda NSS300 – Skuter Yang Mewah

 
  • Honda NSS300 ini dikelaskan sebagai skuter premium.
  • Ciri-ciri terbaiknya adalah kelincahannya, ruangan simpanan serta penjimatan bahanapi.
  • Cukup pratikal untuk kegunaan berulang-alik dan juga penunggangan jarak jauh.

Motosikal Kembara Yamaha T7 Concept Akhirnya Akan Mula Dikilangkan?

 
  • Video usikan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Yamaha Motors Europe bertajuk "Your adventure awaits" telah membuatkan ramai orang teruja dengan desas desus mengatakan yang Yamaha T7 Concept akan mula dikilangkan.
  • Diperkenalkan pada tahun lalu ketika pertunjukan EICMA Milan, motosikal T7 Concept telah menarik perhatian serta mendapat pujian ramai dengan rupanya yang futuristik dan pada masa yang sama agak lasak, sedia bagi menakluki sebarang bentuk muka bumi.
  • Motosikal konsep yang berfungsi sepenuhnya ini telah membuat beberapa kemunculan namun padaa 6 September 2017, ia mungkin akan membuat kemunculan rasminya sebagai motosikal dwi-sukan middleweight keluaran terbaru dari Yamaha.

Tuesday, August 22, 2017

MotoGP: Karel Abraham Kekal Bersama Pull&Bear Aspar Team Untuk Tahun 2018

   
  • Kedua-dua tempat bagi pasukan Pull&Bear Aspar Team bagi musim 2018 telah disahkan setelah pengumuman mereka menandatangani Karel Abraham untuk satu lagi musim bersama pasukan MotoGP berkenaan.
  • Kemunculan semula Abraham di grid MotoGPtelah membuahkan hasil yang memberangsangkan buat setakat ini dengan keputusan perlumbaan yang sentiasa berada di dalam kedudukan 10 teratas serta satu permulaan perlumbaan di barisan hadapan buat penunggang berusia 27 tahun dari Republik Czech ini.
  • Abraham akan meneruskan usaha dalam MotoGP pad musim hadapan bersama dengan teman sepasukan semasanya yang berasal dari Sepanyol, Alvaro Bautista.

MotoGP: Takaaki Nakagami Diumumkan Sebagai Penunggang Kedua LCR Honda Bagi Musim 2018

 
  • Takaaki Nakagami telah pun diumumkan sebagai penunggang terbaru yang akan menyertai MotoGP musim 2028 dan akan bersaing dengan pasukan LCR Honda.
  • Penunggang berusia 25 tahun dari Jepun itu telah menandatangani kontrak bagi tahun 2018 sebagai penunggang di bawah kontrak HRC dan akan bertanding di samping teman sepasukannya, Cal Crutchlow.
  • Dengan LCR Honda akhirnya telah berjaya mendapatkan tempat bagi penunggang keduanya, grid MotoGP kini telah muktamad dengan 24 orang penunggang.

Jelajah Kawasaki “Always Closer to You” Menggegarkan Pasir Gudang, Johor

 
  • Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah membuat hentian kedua di Pasir Gudang,Johor sebagai sebahagian daripada jelajah Kawasaki "Always Closer to You" pada hujung minggu yang lalu.
  • Lebih daripada 2,500 pengunjung telah menghadiri jelajah ini bagi menyertai acara-acara jelajah ini terutamanya sesi tunggang uji bagi ke semua model motosikal Kawasaki yang terbaru.
  • Orang ramai dari sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru telah diberikan peluang bagi menunggang uji ke semua motosikal bermula daripada motosikal 'pit' Z125 yang menyeronokan sehinggalah model yang cukup gah berkuasa, Z900 ABS 2017.

Jelajah Motonation Edisi 2 Kini Kembali! 26 Ogos 2017 Di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur

   
  • Jelajah Motonation Edisi 2 telah kembali dan akan bertempat di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur pad 26 Ogos 2017.
  • Diberi nama Motonation "Motoring Art Festival", para penggemar permotoran dan seluruh ahli keluarga dapat hadir dan luangkan hari mereka di samping kenderaan yang hebat, muzik serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan.
  • Jelajah Motonation ini akan mengelilingi Malaysia bagi mempromosikan acara utamanya yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Saturday, August 19, 2017

Intip: Yamaha YZF-R15 di Malaysia

Sekeping gambar intipan sekilas penampakan jentera Yamaha YZF-R15 yg sedang diuji di 

Read the original post at http://motomalaya.net

Friday, August 18, 2017

Helmet Pintar Pertama Dunia Telah Dilancarkan Di Malaysia!

Ingin Berlumba Dalam MotoGP Untuk Pasukan Avintia Reale Ducati? Sediakan RM5 Juta!

 
  • Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini.
  • Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan.
  • Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa masuk tajaan persendirinnya berjumlah sekitar €1 juta (kira-kira RM5 juta) bagi mendapatkan tempat dalam pasukan Ducati MotoGP 2018 itu.

Kenstomoto Ju Racer - Motosikal Kawasaki ZX-10R Yang Bertukar Menjadi Jentera Litar Naked Muktamad

 
  • Bengkel Kenstomoto telah memperagakan ciptaan terbaru mereka semasa festival Art of Speed Malaysia 2017 iaitu Kenstomoto Ju racer, sebuah motosikal Kawasaki ZX-10R buatan khas penuh.
  • Si geliga di belakang tabir segala rekaan serta pembikinannya adalah tidak lain serta tidak bukan, Kenny Yeoh, pengasas Kenstomoto yang juga merupakan ahli Custom Cartel.
  • Hasilnya merupakan sebuah jentera litar yang amat menakjubkan yang telah memenangi beberapa anugerah di perhimpunan Art of Speed Malaysia tahun ini.

WorldSBK: Marco Melandri Kekal Bersama Ducati Untuk 2018

 
  • Ianya telah diumumkan pada awal hari semalam yang penunggang WorldSBK, Marco Melandri akan meneruskan lagi kerjaya perlumbaannya dengan pasukan Aruba.it Racing Ducati untuk satu musim lagi pada tahun 2018.
  • Penunggang berusia 35 tahun dari Itali itu telah membuktikan kemampuannya sebagai penunggang di atas jentera Ducati 1199 Panigale R dengan penamat di atas podium yang konsisten serta dengan satu kemenangan perlumbaan pada musim ini.
  • Melandri kini sedang menduduki tempat ke-empat pada tangga kejuaraan WorldSBK 2017 dengan 189 mata; hanya 37 mata di belakang teman sepasukannya, Chaz Davies.

Thursday, August 17, 2017

Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017 - Malaysia (Hari Akhir)

 
  • Satu hari yang penuh persaingan sengit untuk memilih wakil tunggal Malaysia.
  • Seorang penunggang wanita Malaysia akan bersaing untuk tempat dalam pasukan wanita di Thailand.
  • Pemilihan awal bagi tiga penunggang Singapura turut dijalankan.

Wednesday, August 16, 2017

Moto Guzzi Malaysia Dengan Rasminya Melancarkan Moto Guzzi Flagship Centre Di The Gasket Alley

   
  • Didi Resources (Moyo Guzzi Malaysia) telah melancarkan Moto Guzzi Flagship Centre yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya.
  • 3S Centre yang baru ini akan menempatkan bilik pameran pengeluar berkenaan serta memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat para pemilik motosikal Moto Guzzi.
  • Moto Guzzi V7 III Anniversario 2017 yang terbaru turut dilancarkan bersempena dengan pengenalan 3S Centre yang baru ini.

Distinguished Gentleman’s Ride Malaysia 2017 – Mari Tampil Segak Bergaya Bersama-sama 24 September Ini!

 
  • Edisi Malaysia untuk Distinguished Gentleman's Ride 2017 akan berlangsung di dua lokasi utama; Pulau Pinang dan Johor.
  • Edisi di Pulau Pinang akan diketuai oleh anak tempatan kita dari Rotten Motorcycles dan Riders Garage manakala di sebelah Johor Bahru pula akan diuruskan oleh Leftee Works bersama dengan sokongan dari Art of Speed Malaysia.
  • Acara seluruh dunia yang akan berlangsung pada hari Ahad, 24 September 2017 ini akan menyaksikan lebih daripada 70,000 penunggang dari lebih daripada 600 bandar berpadu tenaga bagi meningkatkan kesedaran akan kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

Thursday, August 10, 2017

Vespa S125 I-GET 2017 Dan Piaggio Medley S 150 ABS Dilancarkan! Dari RM11,600

 
  • Naza Premira Sdn. Bhd. telah melancarkan dua skuter baru yang mengujakan iaitu Vespa S125 I-GET 2017 dan Piaggio Medley S 150 ABS.
  • Skuter-skuter baru ini dilancarkan awal hari ini bersempena dengan pelancaran rasmi acara NAZA Merdeka Autofair 2017 yang terletak di NAZA Automall, Petaling Jaya.
  • Vespa S125 I-GET 2017 yang baru ini dinilai pada RM11,600 manakala skuter Piaggio Medley S 150 ABS pula pada harga RM17,000 (haraga asas tidak termasuk GST).

Wednesday, August 9, 2017

Honda CB500X 2017 Baru - Kini Dengan Warna Dan Ekzos Baru! Dari RM31,893

   
  • Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah mengumumkan motosikal terbaru mereka yang telah dikemaskini, Honda CB500X 2017 yang kini didatangkan dengan rekaan ekzos serba baru serta tiga warna yang baru.
  • Tiga warna baru bagi generasi terkini CB500X adalah Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red, dan Pearl Horizon White (yang boleh didapati bagi model CB500XA).
  • BSH telah meletakkan harga bagi honda CB500X 2017 yang dikemaskini ini dari RM31,893.28 (Standard) hingga RM35,391.28 (CB500XA dengan sistem brek ABS).

Kerjasama Triumph Bajaj Diumumkan Bagi Menakluki Segmen Motosikal Middleweight

  • Satu berita menarik telah tersebar hari ini mengenai pengumuman kerjasama antara Triumph dan Bajaj.
  • Usaha sama yang baru dimeterai diharap dan menghasilkan dan membekalkan pasaran motosikal semasa dengan rangkaian 'motosikal middleweight yang menonjol'.
  • Dua jenama ikonik itu berharap dapat menembusi lebih banyak pasaran di seluruh dunia dengan mencipta nama mereka dan memberikan nafas yang baru pada segmen middleweight yang sedang merudum.

Harley-Davidson Road Glide Cas Turbo - "Jentera Turbo Hijau Yang Jahat"

  Semasa festival Art of Speed Malaysia baru-baru ini, kami telah terserempak dengan sebuah Harley-Davidson Road Glide cas turbo yang amat unik. Dimiliki oleh Encik Harun Hashim atau lebih dikenali sebagai "Kicap", pemilik Bagger cas turbo pertama di Malaysia telah memenangi anugerah AOS2017 bagi " Best Custom Bagger". Kos keseluruhan bagi segala kerja pengkhususan adalah sekitar RM180,000 yang mana ianya termasuk sistem cas tutbo, roda hadapan 30 inci Sinister, kemasan warna, dan pelbagai lagi ciri yang mengagumkan.

Siri Masterclass Shell Advance Melatih Dan Memberi Ganjaran Kepada Mekanik Motosikal Tempatan

[caption id="attachment_32941" align="alignleft" width="640"] Sekumpulan sembilan mekanik dari AMS Empire Motorsport Sdn. Bhd. bersama pengurus mereka, Siti Sabariah Ismail gembira dapat menghadiri program Masterclass Shell Advance.[/caption]
  • Siri Masterclass Shell Advance telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada roadshow 'Outride Anything' Shell Advance eksklusif buat mekanik motosikal tempatan.
  • Program masterclass ini diadakan bagi membekalkan mekanik tempatan dengan pengetahuan serta tip yang berguna dalam penyelenggaraan motosikal yang betul.
  • Sejumlah tujuh buah video atas talian telah dihasilkan dengan kerjasama dengan Ducati bagi menyediakan para mekanik dengan pengetahuan serta tip berkaitan kemahiran dalam penyelenggaraan brek, penggantian omboh, dan pelbagai lagi panduan yang berguna.

Tuesday, August 8, 2017

BMW Motorrad Malaysia Akan Melancarkan BMW G 310 R, BMW S 1000R Dan BMW R 1200 GS Adventure Terbaru Di Acara BMW Motorrad GS Trophy Hujung Minggu Ini!

   
  • Bersempena dengan Pusingan Kelayakan peringkat Asia Tenggara, Malaysia BMW Motorrad GS Trophy 2017, BMW Motorrad Malaysia akan memperkenalkan tiga model serba baru.
  • Model-model ini adalah BMW G 310 R, BMW S 1000 R, dan juga BMW R 1200 GS Adventure.
  • Pusingan kelayakan peringkat Asia Tenggara, Malaysia yang akan diadakan di Litar Motorcross Sepang merupakan laluan ke pertandingan motosikal Enduro amatur yang tersohor di dunia.

Rasmi: 2017 BMW G 310 R akan hadir ke Malaysia 12 Ogos ini - RM26,900 (atas jalan tanpa insurans, termasuk GST)

BMW Motorrad mengesahkan kepada kami bahawa mereka pasti akan membawakan kepada peminat permotoran di Malaysia jentera bawah 500cc untuk menyaingi jentera jenama Jepun iaitu, BMW G 310 R, di acara BMW Motorrad GS Trophy 2017 South East Asia Qualifier pada 12 Ogos ini di Sepang.  

Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

 
  • Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini.
  • Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta 'wildcard' bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada minggu hadapan.
  • Kasma mendahului kejohanan kelas premier CP150 dengan 100 mata; 17 mata di hadapan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha - CKJ).

Sunday, August 6, 2017

Warna Baru Bagi Yamaha Y135LC Dari RM7,167

     
  • Hong Leong Yamaha Motor (Malaysia) Sdn. Bhd. (HLYM) telah mengumumkan bahawa motosikal Yamaha Y135LC 2017 terkini mereka akan boleh didapati dalam empat warna yang baru.
  • Empat pilihan warna yang baru bagi generasi terkini Yamaha Y135LC adalah Merah,Biru,Hitam, dan Perak.
  • HLYM telah meletakkan harga bagi Yamaha Y135LC 2017 terbaru ini pada RM7,167.72 (asas beserta GST).

Friday, August 4, 2017

2017 Honda RS150R dengan kemaskini grafik dan warna - RM8,478.94 (Merah dan Biru) ke RM8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol) (asas termasuk GST)

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda RS150R versi baharu 2017 dengan warna dan jalur yang baru untuk menambahkan lagi daya tarikan kepada  peminat RS150R. Secara rasminya, RS150R diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2016 dan berada di pasaran pada August 2016. Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm. Berat badan RS150R adalah 123kg. Ia juga membawa tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Bentuk badan agresif, bentuk muka dan lampu yang tajam, rangka badan yang berlapis menunjukkan keunikan RS150R yang banyak mempengaruhi hati pengguna Malaysia.  

Thursday, August 3, 2017

GIVI MEDIA RIDE 2017

 
  • GIVI Malaysia menganjurkan Media Ride ini sebagai tanda penghargaan kepada pihak media.
  • Tunggangan ini juga merupakan satu peluang buat pihak media untuk mencuba sendiri produk GIVI.
  • Destinasi tunggangan tahun ini adalah Port Dickson.

Neematic Memilih Pelumba Enduro Legenda Chris Birch Sebagai Duta Baru

 
  • Neematic, pencipta salah sebuah basikal elektrik paling berkuasa dunia telah memilih Chris Birch sebagai duta baru mereka.
  • Pelumba rali motosikal terkemuka itu yang telah berlumba di International Six Day Enduro (ISDE), Rali Dakar, dan Hard Enduro akan membantu dalam pembangunan serta jualan untuk jenama berkenaan.
  • Basikal janaan elektrik terbaru mereka, Neematic FR/1, telah diperkenalkan pada tahun lalu ketika acara International Motorcycle, Scooter and E-Bike (Intermot) Fair akan mula dihantar menjelang pertengahan 2018.

Wednesday, August 2, 2017

Motosikal Superbike Ducati V4 Baru akan Diperkenalkan Pada Bulan September?

  • Motosikal Superbike Ducati V4 yang baru mungkin sekali akan diperkenalkan lebih awal dari apa yang kami jangkakan berdasarkan sumber beberapa media permotoran Itali yang telah menerima jemputan ke sebuah acara Ducati pada 7 September 2017.
  • Acara yang dianjurkan oleh Ducati itu bersempena dengan pusingan MotoGP Misano yang akan berlangsung pada hujung minggu itu dari 8 hingga 10 September 2017.
  • Ianya telah dikatakan bahawa acara ini akan memperkenalkan "the sound of a new era" yang mana bagaikan merujuk kepada kemunculan enjin empat silinder motosikal superbike keluaran Ducati pada acara tersebut.

Tuesday, August 1, 2017

Skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 Dilancarkan Dari RM45,000

  • Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) dengan rasminya telah memperkenalkan skuter Suzuki Burgman 400 ABS 2017 ketika sesi tunggang uji pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Maxi skuter premium tawaran dari Suzuki itu dijana oleh enjin 399cc DOHC, suntikan bahanapi yang patuh Euro4 yang menghasilkan sehingga 31hp.
  • SAM telah menetapkan harga skuter Suzuki Burgman 400 terkini pada RM45,000 (asas tidk termasuk GST).

MotoGP: "'Surat Cinta' Rossi Buat Yamaha Akan Dilelong!

 
  • 'Surat cinta' Rossi yang telah ditujukan kepada Yamaha kini akan dilelong di sebuah laman sesawang Australia bagi mengumpul derma untuk satu inisiatif bergelar "A Cure for Freyja".
  • Lelongan atas talian ini akan bermula esok pada 2 Ogos 2017 dan orang ramai mempunyai peluang untuk memiliki beberapa memorabilia yang teramat jarang dari MotoGP, Moto2, dan juga Moto3 yang dijual untuk membantu mengumpul dana.
  • Barangan lain yang ada adalah HJC Helmet milik Jonas Folger, sepasang fork hadapan Moto2 Ohlins Racing dan pelbagai barangan menarik yang akan dilelong di www.shannons.com.au.

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/