Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, July 1, 2017

Video Misteri Menunjukkan Kelajuan Tertinggi Modenas Pulsar NS200!

      Motosikal Modenas Pulsar NS200 semakin menjadi sebutan para penggemar motosikal di Malaysia meskipun terdapat sesetengah pihak mengatakan Modenas sepatutnya mengeluarkan motosikal binaan sendiri. Bagi kami, ianya satu perdebatan untuk lain waktu tetapi secara sejujurnya, motosikal NS200 ini sebuah motosikal yang sesuai sekali bagi mereka yang inginkan sebuah motosikal permulaan berkapasiti lebih besar dengan harga yang berpatutan. Telah banyak ulasan di atas talian internet berkaitan motosikal ini, dan kami juga telah menguji kedua-dua varian RS200 dan NS200 dengan ulasan yang telah dikarang dan tersedia untuk dikeluarkan. Tetapi, sebelum sempat kami sebarkan ulasan itu dalam masa terdekat ini, kami telah terjumpa sebuah video yang menunjukkan seorang penunggang sedang menguji kelajuan tertinggi motosikal NS200 ini. Berdasarkan pada rakaman video berkenaan, kita dapat melihat bahawa motosikal NS200 mencecah kelajuan sehingga 151km/j, dan ada khabar dari rakan-rakan kami mengatakan ianya mampu mencapai 156km/j, namun ianya dicapai ketika menuruni bukit, jadi ianya bukannya satu anggaran yang boleh diterima sebagai tahap kelajuan yang tepat. Namun, jika diambil kira harga motosikal ini, kelajuan itu bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, cuma kami tertanya-tanya akan kestabilan motosikal ini pada kelajuan setinggi itu. Sementara anda semua menantikan ulasan kami mengenai motosikal terkini daripada Modenas ini, tontonilah video yang memaparkan ujian kelajuan tertinggi berkenaan! TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran terkini dari Modenas, motosikal naked Modenas Pulsar NS200. https://youtu.be/G1Bo-UxeKH8  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/