Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, July 31, 2017

Tunggang Uji Model Terkini Suzuki Di Litar Kart Antarabangsa Sepang

   
  • Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi tunggang uji model terbaru Suzuki istimewa pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Mereka telah membawa kesemua model terkini 2017 untuk orang awam bersempena dengan Idemitsu Asia Cup Talent dan Malaysia Superbike Championship yang telah berlangsung pada hujung minggu yang sama.
  • Orang ramai dapat menguji model-model keluaran Suzuki seperti SX-R1000R L7, motosikal lumba 'naked' GSX-S750, GSX-S1000, V-Strom 650 dan juga skuter Burgman 400.
Di kala semakin ramai pengeluar menganjurkan acara tunggang uji bagi model terkini mereka untuk orang ramai, Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) juga turut mengorak langkah yang sama, dengan menganjurkan acara tunggang uji mereka tersendiri di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Acara tunggang uji sebegini adalah satu langkah yang penting oleh para pengeluar dalam usaha mereka mendekati bakal pemilik, dan juga bagi pemilik semasa yang mungkin ingin menukar atau mengemaskini ke model yang terbaru. Ianya merupakan acara tunggang uji yang julung kalinya diadakan oleh SAM bagi motosikal berkapasiti besar mereka. Oleh dengan itu, keseluruhan rangkaian motosikal mereka terdapat pada acara ini, yang antaranya terdiri daripada Hayabusa, pujaan ramai superbike GSX-R1000R L7, motosikal lumba 'naked' GSX-750, versi ber reraup penuh GSX-S1000 yang menyeronokkan, si lincah SV650 (yang menggantikan Gladius 650), serta motosikal untuk pelbagai muka bumi V-Strom 650 dalam varian XA dan A. SAM kini menumpukan perhatian kepada model motosikal berkapasiti besar yang telah mereka mulakan sejak 2014, setelah penutupan kilang motosikal berkapasiti kecil mereka yang memilukan. Meskipun begitu, SAM telah membawa masuk beberapa model yang amat menarik seperti GSX-R1000 L4, GSX-1250FA, V-Strom 1000 L4 pada tahun berkenaan sahaja, dan keluarga itu semakin berkembang dengan penambahan model seperti mana yang ada pada sesi tunggang uji yang telah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu. SAM juga telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan maxi skuter Burgman 400 AL8 pada acara tunggang uji ini. Skuter Burgman ini juga telah disediakan bagi sesi tunggang uji berkenaan. Kesemua model motosikal berkapasiti besar Suzuki telah diimport dari Jepun dan disertakan dengan waranti pengilang selama dua tahun atau 20,000km, yang mana tiba dahulu. Diimport sepenuhnya sebagai CBU (Completely Build Up), motosikal-motosikal besar Suzuki ini didatangkan dengan sistem brek ABS. Bagi model GSX-R1000R L7 pula, kita sudah sedia maklum akan kejayaannya dalam dunia perlumbaan. Lebih dikenali sebagai Gixxer, ianya telah memenangi 12 takhta Kejohanan Ketahanan Dunia dalam masa 15 tahun, 8 daripada 15 kejuaraan itu dari Perlumbaan Ketahanan 24-jam Le Mans, dan 10 kejuaraan dalam 15 tahun perlumbaan dalam siri Kejohanan Superbike AMA. Oleh dengan itu, motosikal Gixxer ini berperincikan Advanced-Inertial Measurement Unit (IMU) bagi mengawal agihan kuasa, cengkaman, dan juga kebolehan pembrekannya, selain daripada Sistem Kawalan Cengkaman Litar Gerakan (Motion Track Traction Control System - TCS) 10-tahap. Motosikal ini juga dilengkapkan dengan angkup brek pautan jejari terkini dari Brembo, dan juga fork terkini Showa BFF. Perincian Advanced-IMU hanya boleh didapati pada GSX-R1000R L7 dan tidak pada motosikal lain yang berada di pasaran buat masa sekarang. [gallery columns="5" ids="32279,32280,32281,32282,32283,32284,32285,32286,32287,32288,32289,32290,32291,32292,32293,32278,32294,32295,32296,32297,32298,32299,32300,32301,32302,32303,32304,32305,32306,32307,32308,32309,32310,32311,32312"] Kredit Artikel: Wahid Ooi Abdullah  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/