Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, July 11, 2017

Superbike Ducati V4 TIDAK AKAN BERLUMBA Sebelum 2019

   
  • Ianya telah disahkan bahawa motosikal superbike Ducati V4 tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang perlumbaan sehingga permulaan musim 2019.
  • Ducati mempunyai rancangan untuk memperkenalkan motosikal ini kepada orang awam dahulu bagi tahun 2018 sebelum sebarang rancangan lanjut dan penyertaan dalam WorldSBK.
  • Walaupun tiada sebarang berita atau maklumat berkenaan spesifikasi motosikal itu, motosikal keluaran Ducati janaan V4 itu akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini ketika pertunjukan EICMA di Milan, Itali.
[caption id="attachment_31283" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: WorldSBK[/caption] Ducati telah mengesahkan bahawa pelan masa depan mereka untuk mengeluarkan motosikal superbike janaan V4 yang serba baru akan berjalan lancar seperti yang telah dirancang namun mereka tidak akan berlumba dengannya dalam masa yang terdekat, sekurang-kurang sehingga 2019. Selepas pusingan terkini WorldSBK yang telah berlangsung di litar legenda Laguna Seca, motosikal superbike V4 yang telah disahkan akan menggantikan Panigale janaan V-berkembar akan diuji rentaknya dahulu dengan menjadikannya tersedia untuk orang ramai sebelum ianya diserapkan ke dalam siri perlumbaan WorldSBK. [caption id="attachment_31280" align="alignleft" width="640"] Claudio Domenicali (sumber imej: MCN)[/caption] Berita yang baru diterima ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Claudio Domenicali. Kami juga menjangkakan yang motosikal itu akan secara rasminya diperkenalkan semasa pertunjukan EICMA tahun ini yang akan mengambil tempat di Milan, Itali pada bulan November nanti. Maklumat terperinci mengenai motosikal superbike V4 ini masih lagi samar-samar selain daripada beberapa gambar intipan yang telah tersebar di atas talian. [caption id="attachment_31282" align="alignleft" width="640"] Gambar intipan Ducati V4 (sumber imej: MCN)[/caption] "Seperti mana yang telah kami katakan sebelum ini, masa depan kami dalam motosikal superbike akan berada dengan enjin V4, dengan teknologi yang diambil dari MotoGP. Motosikal ini akan diperkenalkan di EICMA tahun ini. Dan seperti apa yang sering kami lakukan di Ducati, kami akan mengambil masa selama setahun untuk pembangunan model terbaru sebelum perlumbaan. Jadi, untuk tahun 2018, kami akan masih menggunakan Panigale R dan kemudiannya pada tahun 2019 baru kami akan menggunakan V4 untuk berlumba." Amalan menunggu selama setahun sebelum memperkenalkan sebuah model baru adalah kebiasaan bagi Ducati namun kami merasakan yang penantian itu amat berbaloi. Motosikal terbaru ini diharapkan mempunyai sesuatu yang istimewa bagi menamatkan kemarau kejohanan mereka di siri perlumbaan WorldSBK. [caption id="attachment_31284" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: WorldSBK[/caption] Buat masa ini, mereka telah mengecapi beberapa kejayaan dengan jentera Ducati 1199 Panigale R mereka yang telah dikemudi oleh Chaz Davies dan Marco Melandri tetapi ianya satu pertarungan yang senantiasa cukup memeritkan terutamanya dengan jentera ZX-10RR milik pasukan Kawasaki Racing Team serta penunggang-penunggang mereka, Jonathan Rea dan Tom Sykes. [caption id="attachment_31285" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: WorldSBK[/caption] Motosikal pengeluaran Ducati janaan V4 yang diilhamkan dari MotoGP kedengaran sungguh mengagumkan. Buat masa sekarang, marilah kita menikmati Ducati 1299 Panigale R Final Edition sebelum tamatnya era Panigale V-berkembar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Panigale R Final Edition, TEKAN SINI. https://youtu.be/KZr2pS9SvOI  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/