Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, July 27, 2017

Stefan Bradl Menarik Diri Dari Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance

[caption id="attachment_32158" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: Red Bull[/caption]  
  • Stefan Bradl telah diisytiharkan tidak layak untuk berlumba dalam pusingan terakhir FIM World Endurance Champiionship yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Suzuka.
  • Penunggang dari Jerman itu telah dinasihatkan untuk tidak menaiki kapal terbang untuk ke Jepun oleh kerana komplikasi kesihatan berkaitan dengan jangkitan kuman pada telinga.
  • Bradl sepatutnya bertanding di perlumbaan Suzuka 8 Hours bersama dengan pasukan TSR Honda yang memburu kedudukan di atas podium pada pusingan yang terakhir itu bagi musim 2017.
Semakin kita menghampiri tarikh perlumbaan ketahanan Coca Cola Suzuka 8 Hours, satu berita yang kurang menggembirakan telah disampaikan oleh pasukan Red Bull Honda Superbike Team mengenai penunggangnya, Stefan Bradl. Pada waktu ini, pasukan, mekanik, petugas, dan jenteranya telah pun berada di Jepun, namun Stefan Bradl yang ditetapkan untuk berlumba bagi pasukan TSR Honda telah diisytiharkan tidak layak untuk berlumba atas sebab kesihatan. https://youtu.be/fKMJxe3RD2c Setelah merasakan dirinya dalam keadaan yang kurang sihat pada awal minggu ini pada hari Isnin yang lalu, dia telah dimasukkan ke dalam hospital pada hari Selasa sebelum disahkan mengalami jangkitan kuman pada bahagian telinga. Disebabkan jangkitan kuman di telinga ini, bersama dengan komplikasi-komplikasi kesihatan yang lain, doktor telah menasihatinya untuk tidak menaiki kapal terbang untuk ke Jepun kerana dia diisytihar tidak cukup sihat untuk berlumba dalam pusingan terakhir untuk FIM Endurance World Championship yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Suzuka. [caption id="attachment_32156" align="alignleft" width="640"] Pasukan F.C.C. TSR Honda (Sumber imej: www.lerepairedesmotards.com)[/caption] Menurut penunggang dari Jerman itu, "Saya berasa amat sedih kerana terlepas peluang untuk menyertai Suzuka 8 Hours kerana saya amat ternanti-nantikan peluang untuk berlumba di litar dan pusingan ini sepanjang tahun. Malangnya, jangkitan kuman dalaman telinga ini telah menyebabkan kerosakan pada bahagian dalaman telinga dan gegendang telinga saya dan doktor telah menasihati saya untuk tidak menaiki kapal terbang. Saya berasa cukup sihat ketika ujian dan terasa amat teruja untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mengharapkan yang terbaik buat semua yang berada di TSR dan juga Honda untuk hujung minggu ini dan saya pasti akan memberi sokongan serta sorakan kepada mereka dari rumah." Sumber: Red Bull Honda World Superbike Team  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/