Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, July 5, 2017

MV Agusta Brutale 800 America 2017 Diperkenalkan - RM64,500*

 
  • MV Agusta telah memperkenalkan sebuah edisi terhad terbaru mereka bersempena perayaan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat bagi tahun 2017, MV Agusta Brutale 800 America.
  • Hanya 50 unit sahaja yang akan disediakan berkesesuaian dengan bilangan negeri di Amerika Syarikat dan setiap satu memberikan penghormatan kepada warna merah, putih, dan biru motosikal MV Agusta 750 S 1973.
  • Setiap daripada lima puluh unit edisi terhad Brutale 800 America ini diletakkan harganya pada $14,998 (sekitar RM64,522* selepas pertukaran terus).
Terdapat sebuah MV Agusta edisi terhad yang baru dan ianya tersemat megah dengan warna merah, putih, dan biru. Dibikin khas untuk pasaran Amerika Syarikat, rangkaian yang terbaru dan amat terhad ini digelar MV Agusta Brutale 800 America. Ianya cukup terhad sekali, hanya 50 buah unit sahaja yang telah dibina dan anda perlulah bertindak dengan pantas sekali jika ingin memiliki motosikal edisi terhad yang amat istimewa ini. Dengan skema warna yang cukup tidak asing lagi dengan negara Amerika Syarikat ini, motosikal ini memberikan penghormatan kepada MV Agusta 750 S 1973 dengan skema warna yang pastinya menjadi kesukaan untuk Captai America sendiri. Walaupun motosikal Brutale 800 ini adalah motosikal buatan Itali, Brutale 800 America ini cukup indah sekali hinggakan Barack Obama sendiri pasti memberikan tabik hormat padanya. Selain daripada kemasan warna merah, putih, dan birunya itu, MV Agusta juga telah mempertonjolkan dapra belakang dan panel radiator sisi yang telah dihiasi dengan logo "America Special Edition". Bagi memastikan keaslian edisi terhad ini, pengapit tiga serangkainya telah diukir secara laser dengan nombor siri produksi dari satu hingga lima puluh. Mengapa hanya 50 buah unit sahaja yang dibina? Kerana ianya melambangkan 50 buah negeri dalam Amerika Syarikat dan oleh kerana perayaan 4 Julai menandakan tarikh kemerdekaan negara itu, mereka menyambutnya dengan menghiasi jentera cantik Itali ini dalam warna yang sinonim dengan Amerika Syarikat. Walau apa pun sebabnya jua, kami amat tertarik dengan binaan jentera ini yang cukup menggiurkan ini. MV Agusta USA telah meletakkan harga bagi MV Agusta Brutale 800 America ini pada $14,998 (sekitar RM64,522 selepas pertukaran terus). [gallery columns="5" ids="30946,30947,30948,30949,30945,30953,30959,30958,30957,30956,30955,30954,30943,30944,30942"] Sumber gambar: MV Agusta

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/