Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, July 22, 2017

MotoGP: Alvaro Baustista Akan Kekal Bersama Aspar Bagi Musim 2018

  • Alvaro Baustista telah mengesahkan bagi musim 2018 dia akan terus berlumba bagi pasukan semasanya, Aspar Team.
  • Penunggang kelahiran Sepanyol yang berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam separuh yang pertama musim 2017, dengan pencapaian tertingginya buat setakat ini di tempat ke-empat pada pusingan GP Argentina dan beberapa penamat sepuluh keatas yang lain.
  • Baustista akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 bagi musim 2018 dengan penunggang ke-dua pasukan itu yang masih belum disahkan.
Pasukan MotoGP Aspar Team telah mengesahkan bahawa penunggang utama mereka, Alvaro Bautista akan terus bersama mereka untuk satu lagi musim. Pasukan itu telah melanjutkan kontrak penunggang berusia 32 tahun yang berasal dari Sepanyol itu yang telah mempamerkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam musim 2017. Alvaro Bautista telah menarik perhatian ramai pihak dalam tahun ini dengan pencapaiannya berada di kedudukan sepuluh teratas di hampir setiap pusingan perlumbaan kecuali di Circuit of the Americas di mana dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Penamat terbaiknya setakat ini adalah pada pusingan ke-dua musim ini di GP Argentina di mana Bautista telah bersaing dengan sengit untuk mendapatkan tempat di atas podium namun akhirnya telah melintasi garisan penamat di tempat yang ke-empat. Tempat ke-empatnya itu satu keputusan yang agak baik sebenarnya memandangkan dia telah melintasi garisan penamat dengan jarak masa hanya sebanyak enam saat sahaja dari pemenang perlumbaan Maverick ViƱales (Movistar Yamaha MotoGP), Valentino Rossi, dan Cal Crutchlow (LCR Honda). Dia juga telah berjaya melakukannya di atas jentera generasi terdahulu Ducati Desmosedici GP16, dan ini telah mnjadikannya penunggang bukan pengilang di kedudukan teratas dan juga penunggang Ducati di kedudukan teratas pada hujung minggu tersebut. Keputusannya untuk kekal dengan pasukan Aspar itu bukanlah satu kejutan besar bagi kebanyakan pihak yang peka. Memandangkan yang pasukan inilah yang telah membantunya untuk mendapatkan kemenangan takhta kejuaraan dunia 125cc pertamanya pada tahun 2006 yang lalu, pastinya ia menjadi satu faktor penentuan utama bagi kebanyakan penunggang di dalam lapangan yang sama. Dengan satu lagi teka-teki barisan penunggang untuk tahun 2018 terjawab, Aspar masih perlu mengesahkan penunggang ke-dua mereka untuk tahun hadapan tetapi apa yang pasti, Bautista akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 bagi tahun 2018. Kami juga mengagak yang kontrak Karel Abraham akan dilanjutkan dengan pakej yang sama namun tiada sebarang berita mengenainya buat setakat ini. [caption id="attachment_31809" align="alignleft" width="640"] Ducati Desmosedici GP17[/caption] Untuk sementara waktu, kita hanya mampu tunggu dan lihat separuh yang ke-dua musim MotoGP 2017 untuk melihat segalanya yang akan terhurai nanti. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP Sumber gambar: MotoGP  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/