Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, July 23, 2017

MForce Bike Holdings Telah Melancarkan Jenama Serta Motosikal Terbaru - SM Sport 110R 2017! (RM3,788)

   
  • MForce Bike Holdings telah melancarkan SM Sport, sebuah jenama baru motosikal keluaran tempatan dan juga motosikal pertama mereka; SM Sport 110R 2017.
  • Jenama motosikal tempatan ini telah dibangunkan dengan kerjasama Benelli dan Keeway untuk membekalkan jentera berkualiti tinggi pada harga berpatutan di pasaran ASEAN.
  • Motosikal SM Sport 110R 2017 ini diletakkan harganya pada RM3,788 (asas tanpa GST).
Motosikal SM Sport 110R 2017 adalah motosikal moped yang pertama yang dilancarkan sebentar tadi oleh sebuah jenama motosikal tempatan baru di bawah MForce Bike Holdings, SM Sport. Dibangunkan oleh Benelli dan Keeway, moped terbaru ini dan juga model-model yang akan datang akan dikeluarkan dengan penekanan kepada motosikal dengan harga berpatutan yang dibangunkan dan dikeluarkan secara tempatan. SM Sport 110R 2017 adalah motosikal tahap permulaan yang mempunyai segala kandungan yang tepat untuk laris di pasaran ASEAN; berpatutan, mesra alam, bergaya, dan tahan lasak. Usahasama antara MForce Holdings bersama dengan Qian Jiang Motorcycle (pemilik jenama Benelli) telah menghasilkan moped atau kapchai terkini ini untuk pasaran yang sentiasa dahagakan motosikal yang berkualiti. Apa yang menjadikan motosikal SM Sport 110R 2017 ini lebih istimewa adalah hakikat yang 30% daripada bahagiannya terdiri dari bahagian yang dihasilkan dalam negara oleh pembekal tempatan dan jumlah itu dikatakan akan meningkat sehingga 60% dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Dengan penggayaannya yang hebat dan ciri-ciri yang terkini, SM Sport 110R 2017 ini pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia dan juga negara-negara jiran serantau. Dijana oleh enjin 109cc SOHC, empat lejang yang patuh Euro3, ianya menghasilkan 6.4hp pada 7,500rpm dan 7.0Nm tork pada 7,000rpm. Moped yang cekap bahanapi ini didatangkan dengan suis penjimatan bahanapi yang membolehkan penunggang untuk menjimatkan sehingga 10% lebih bahanapi dengan mengurangkan sedikit keluaran kuasa keseluruhannya. Suis ini disambungkan ke CDI motosikal berkenaan yang mengawal penggunaan bahanapi keseluruhannya bagi memberikan perbatuan tambahan dan menjimatkan untuk penunggangan harian bagi mereka yang ingin berjimat. Keseluruhan kuasanya dipacu ke roda belakangnya menggunakan kotak gear empat kelajuan dan pacuan rantai terakhir. Motosikal ini telah didakwa mampu mencapai sehingga 100km/j dan kami akan cuba menguji dakwaan ini dalam sesi tunggang uji dalam masa yang terdekat. Dari segi penggayaannya, SM Sport 110R 2017 ini dilengkapi dengan lampu LED keseluruhan bagi lampu hadapannya, lampu belakang, dan juga pada penunjuk isyaratnya bagi memberikan ketampakan tambahan dalam semua keadaan menunggang. Moped terbaru ini juga didatangkan dengan Lampu Nyalaan Siang (Daylight Running Lights - DRL) dan juga suis anti-kecurian pada slot kuncinya bagi meningkatkan keselamatan keseluruhan SM Sport 110R 2017 ini. Kebanyakan orang kini sedang mencari sesuatu dengan aspek keserbagunaan bagi tunggangan harian mereka dan SM Sport kini dapat membantu anda dengan motosikal terbaru mereka ini. Motosikal 110R ini didatangkan dengan ruang simpanan bawah pelana 10-liter yang dengan mudah mampu memuatkan sebahagian barangan anda. SM Sport juga telah melengkapkan motosikal ini dengan port USB supaya anda dapat mengecas peranti mudah alih anda ketika menunggang dengan selamat di dalam ruang simpanan bawah pelana motosikal 110R ini. Motosikal SM Sport 110R 2017 ini dinilai pada harga RM3,788 (asas tanpa GST) dengan waranti selama 2 tahun atau 20,000km, yang mana tiba dahulu. Terdapat tiga pilihan warna yang telah ditawarkan iaitu Kuning Bumblebee, Merah Ruby, serta Biru Ocean. Motosikal ini boleh didapati di ke semua pengedar sah MForce Bike Holdings di seluruh negara bermula esok. [gallery columns="5" ids="31943,31944,31945,31946,31947,31941,31940,31939,31938,31937,31936,31942,31935,31934,31933,31931,31930,31929,31932,31928,31927,31926,31925,31924,31923,31922,31921,31920,31919,31918,31917,31916,31915,31914,31913,31912,31906,31907,31908,31909,31911,31905,31904,31902,31901,31900,31899,31893,31894,31895,31896,31897,31898,31892,31891,31879,31910"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/