Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, July 23, 2017

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan satu rumah terbuka Hari Raya yang istimewa pada hari Sabtu dirancang khas untuk meraikan anak-anak yatim serta seluruh warga Kawasaki.
  • Kakitangan, rakan taulan, serta keluarga ahli Kawasaki Owners Group Malaysia semuanya telah menghadiri acara meriah ini yang telah diadakan di Dewan Angkasaraya berdekatan dengan pangkalan udara TUDM, Sungai Besi.
  • Selain daripada makanan yang lazat, aktiviti yang menyeronokkan serta teman yang hebat, KMSB juga turut menyediakan satu sesi tunggang uji istimewa bagi mereka yang berminat untuk mencuba Kawasaki Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Versys-X 250.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan satu rumah terbuka Hari Raya yang cukup istimewa yang dirancang khas untuk meraikan anak-anak yatim bagi berkongsi keriangan serta semangat berhari raya menjelang penghujung bulan Syawal ini. Rumah terbuka istimewa ini telah diadakan di Dewan Angkasaraya yang terletak berdekatan dengan pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi. KMSB telah menjemput tetamu istimewa, anak-anak yatim, sebagai salah satu cara untuk memberi semula kepada komuniti dengan berkongsi sertai meraikan salah satu keraian umat beragama Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidilfitri. Dalam bulan yang menyaksikan ramai penduduk negara kita menjalinkan silaturrahim dan menyebarkan keriangan bersama keluarga serta sahabat taulan, begitu jugalah yang dapat disaksikan pada acara rumah terbuka ini semasa keseluruhan keluarga KMSB melayani dan meraikan semua yang hadir pada acara berkenaan. KMSB juga telah mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua pemilik serta penggemar motosikal Kawasaki untuk ke acara ini sebagai tanda terima kasih serta penghargaan untuk sokongan hebat dan pendedahan mengenai KMSB sejak setahun lalu. Semua orang baik pelanggan, taulan, keluarga sehinggalah ahli Kawasaki Owners Group telah memeriahkan lagi acara ini dengan kehadiran mereka dan juga kehadiran berbagai motosikal Kawasaki. Bagi memeriahkan lagi suasana, KMSB telah mengadakan beberapa aktiviti yang menyeronokkan untuk semua hadirin seperti cabutan bertuah dan pelbagai hiburan. Mereka juga turut membawa motosikal terkini 2017 sebagai sebahagian daripada sesi tunggang uji bagi mereka yang berminat untuk mencuba motosikal terkini Kawasaki Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Versys-X 250. Secara keseluruhannya, ianya merupakan satu acara yang cukup ringkas namun dipenuhi dengan keriangan serta gelak tawa yang telah diatur secara istimewa oleh Kawasaki Motors Malaysia. Dan dengan bulan Syawal kini semakin menghampiri tirai penutupnya, mereka di KMSB ingin mengucapkan kepada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri. [gallery columns="5" ids="31863,31862,31861,31860,31859,31858,31857,31856,31855,31854,31853,31852,31851,31850,31849,31848,31847,31846,31845,31844,31843,31842,31841,31840,31839,31838,31837,31836,31835,31834,31833,31832,31831,31830,31829,31828"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/