Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, July 20, 2017

Helmet Star Wars HJC RPHA 11 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia! Dari RM3,000

 
  • HJC Helmet Malaysia telah pun membawa masuk helmet Star Wars HJC RPHA 11 2017 yang terkini dalam bilangan terhad untuk pasaran Malaysia.
  • Helmet perlumbaan 'full-face' tercanggih ini merupakan replica topeng yang diilhamkan dari antara antagonis paling ikonik dalam alam semesta Star Wars, Kylo Ren dan Boba Fett.
  • Helmet replica HJC Kylo Ren diletakkan harga pada RM3,359 sementara edisi Boba Fett pula pada harga RM3,000. Kedua-dua helmet ini adalah edisi terhad.
HJC Helmets Malaysia dengan secara rasminya telah membawa masuk helmet Star Wars HJC RPHA 11 2017 yang terbaru untuk pasaran Malaysia. Rekaan terbaru ini diinspirasikan daripada dua watak yang paling ikonik dalam alam semesta Star Wars yang lama dan juga baru, pemburu ganjaran tersohor Boba Fett dan juga Komander First Order yang menggunakan lightsaber, Kylo Ren. Helmet-helmet ini diperkenalkan pada bulan Oktober 2016 yang lalu dan kini, mereka telah pun tiba! Replika helmet Star Wars telah diilhamkan sepenuhnya dari kemasan topeng watak-watak berkenaan di mana ianya telah dipersembahkan dengan sempurna oleh HJC pada helmet perlumbaan 'full face' utama mereka. Bagi anda yang menggemari filem ke-tujuh Star Wars, The Force Awakens, anda kini boleh mempamerkan persona antagonis utamanya dengan memakai helmet HJC RPHA 11 ini yang juga merupakan helmet keselamatan penunggangan tahap tertinggi. Kemasan warna hitam dan chrome mempertingkatkan lagi helmet replika ini dan ke semua helmet RPHA 11 didatangkan dengan visor berwarna hitam serta kanta anti-kabus bagi memastikan penglihatan yang jelas walaupun ketika menunggang dalam hujan. RPHA 11 ini sendiri merupakan helmet yang hebat dengan beberapa penambahbaikan berbading dengan RPHA 10. Ingin memilikinya untuk diri anda sendiri? Harga runcit saranan telah ditetapkan pada RM3,359. Jika anda tidak gemarkan Kylo Ren, mungkin sekali antara pemburu ganjaran paling terkenal dan 'old school' di alam semesta, Boba Fett, lebih sesuai untuk anda dengan RPHA 11 ini yang diinspirasikan dari helmet ikoniknya itu. Dengan warna utama hijaunya beserta dengan kemasan yang sesuai memberi penghormatan kepada Boba Fett, ianya sudah pasti menjadi kesukaan peminat tidak kiralah sama ada antara penggemar permotoran atau pun peminat Star Wars. Tidak syak lagi yang helmet ini pasti menjadi tambahan yang hebat pada apa-apa pun koleksi sama ada untuk barang kenangan Star Wars atau pun koleksi helmet. Helmet 'full face' HJC RPHA 11 2017 Star Wars Boba Fett edisi terhad ini diletakkan pada harga RM3,000. Hanya sejumlah kecil helmet-helmet ini yang berada di negara kita jadi segeralah dapatkannya untuk diri anda. Kedua-dua helmet ini didatangkan dengan beg helmet buatan khas dengan kemasan bertemakan Star Wars bagi melengkapkan temanya itu. Jika anda rasakan yang RPHA 10 adalah satu pakej yang hebat untuk nilai wang anda bagi penggemar hari litar dan motosikal lumba, RPHA 11 ini berada di satu tahap yang berbeza dengan aerodinamik, pengudaraan, rekaan dan berbagai kriteria lain seperti yang dinyatakan di bawah:
  • P.I.M. Plus tercanggih (Premium Integrated Matrix Plus) struktur tempurung aerodinamik gentian kaca untuk prestasi ekstrim pada kelajuan maksimum.
  • Tempurung komposit gentian kaca diperbuat dari adunan karbon fiber, gentian kaca, dan aramid untuk menghasilkan adunan jalinan yang unik yang teguh dan juga lebih ringan.
  • Ruang pandangan lebih luas untuk penglihatan pinggiran lebih baik buat penunggang.
  • Rekaan tempurung yang dioptimumkan untuk sistem pengalihudaraan aliran angin.
  • Aliran angin bolehubah enam-tahap lohong aliran udara maksimum atas dilaras oleh dail mesra sarung tangan pada setiap lohong masukan.
  • 'ACS Advanced Channelling Ventilation System' penuh dengan aliran udara hadapan-ke-belakang yang memaksa bahang dan kelembapan keluar dari dalaman helmet.
  • Fabrik anti-bakteria canggih MultiCool Interior yang memberikan fungsi pengeringan yang lebih pantas dari generasi sebelumnya.
  • Pad atas dan pipi yang boleh dikeluarkan dan dibasuh sepenuhnya.
  • Bentuk EPS yang mesra cermin mata dan cermin mata hitam.
  • Rapidfire II shield Replacement System, sistem yang memudahkan penukaran dan pemasangan pelindung yang pantas dan tanpa memerlukan alatan bagi pengoperasian yang cekap.
  • Pad pipi RPHA 11 Pro yang boleh ditukar bagi ke semua saiz tempurung.
  • 'Pin-Prepared' HJ-26 Shield, pelindung muka 2D yang lebih baik secara optikal dengan perlindungan UV sehingga 95%.
  • Sistem penguncian buka/tutup satu-sentuhan pusat yang merupakan sistem penguncian pelindung automatik yang lebih baik dengan tuil kawalan spring.
  • Sistem dwi-kunci pelindung yang dipertingkatkan untuk keadaan perlumbaan kelajuan tinggi.
  • Pad pipi kecemasan untuk operasi menyelamat yang pantas dan selamat ketika situasi kecemasan,
  • Poket speaker komunikasi bina dalam.
  • Pelapik nafas dan tirai dagu disertakan.
  • Disertakan kedua-dua pelindung berwarna jelas dan 'dark smoke' serta kanta lekapan anti-kabus.
  • Lulus DOT dan ECE (Nota: Hanya helmet yang lulus ECE yang dibenarkan di import ke Malaysia.
https://youtu.be/--u9pEaNb-k Hanya jumlah yang terhad yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia dan jika anda berminat untuk mendapatkannya, kunjungilah laman Facebook HJC Helmet Malaysia untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah mereka di seluruh negara untuk melihatnya dengan mata anda sendiri. Namun begitu diingatkan memandangkan kedua-dua helmet ini adalah amat terhad bilangannya, tidak semua pengedar sah HJC di Malaysia yang mempunyai helmet-helmet ini dalam stok mereka.   [gallery columns="5" ids="31677,31678,31679,31680,31681,31682,31683,31684,31685,31686,31687,31688,31689,31690,31691,31692,31693,31694,31695,31696,31697,31698,31699,31700,31701,31702,31703,31704,31705,31706,31707,31708"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/