Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, July 26, 2017

GIVI Melancarkan GIVI B32 Bold Topcase 32 liter terbaru - RM222

 
  • GIVI Asia telah melancarkan GIVI B32 Bold Topcase terbaru mereka dengan rekaan kotak bersegi dengan kapasiti sehingga 32 liter.
  • Rekaan terkini ini telah dipilih khususnya untuk memberikan satu pilihan berlainan bagi mereka yang kurang meminati topcase berbentuk bujur yang ada di pasaran sekarang.
  • B32 Bold Topcase terbaru ini diletakkan harganya pada RM222 (asas beserta GST) dan didatangkan dengan sebuah plet tapak. Rak motosikal dijual berasingan.
GIVI, pengeluar aksesori motosikal tersohor dari Itali telah memperkenalkan produk terkini bagi simpanan motosikal topcase saiz medium atau 'topbox' yang dikenali sebagai Monolock B32 Bold. Dibangunkan dengan Monolock System yang dipatenkan, B32 terbaru ini telah direka khas untuk ruang simpanan maksimum bagi motosikal berkapasiti kecil, moped, serta skuter. Rekaan terkini ini telah dipilih mengikut trend terkini yang telah digunakan untuk membangunkan B32 Bold Topcase ini. Menggunakan Polipropilena (PP), B32 Bold terkini ini dibuat untuk menangani keadaan cuaca yang terburuk yang ada di Malaysia. Ianya amat teguh serta tahan lasak. "Kami dengan sengajanya telah memilih rekaan kotak bersegi setelah kajian mendalam mengenai trend pengguna topcase semasa. Kami menyedari yang kotak bersegi lebih popular berbanding dengan rekaan bujur yang biasa dijumpai. Ini bukanlah bermakna kami akan mengenepikan topcase berbentuk bujur sama sekali kerana ianya juga mempunyai segmen peminatnya tersendiri. B32 Bold akan bole didapati di pasaran bermula pada awal bulan Ogos" ujar Encik On Hai Swee, Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd. Para pihak media telah dijemput semalam sebagai antara yang pertama di seluruh dunia menerima topcase-topcase ini bersempena dengan pra pelancaran produk topcase ini bersama dengan "Media Appreciation Ride" ke Port Dickson pada awal hari kelmarin. Sehingga kini, Givi telah pun menjual sehingga melebihi 1 juta topcase, yang mana secara kasarnya berjumlah sehingga 15% daripada bilangan keseluruhan motosikal di Malaysia. Sistem kunci "clack" telah dipilih untuk dilengkapkan dengan B32 Bold ini kerana ianya mudah digunakan. Para pengguna dapat menutup topbox mereka tanpa perlu menggunakan kunci. Bersama dengan pemegangnya, membuka dan menutup topbox ini telah dipermudahkan untuk penggunanya. Rekaan kotak bersegi 32 liternya telah dipilih untuk memenuhi keinginan pasaran untuk gaya yang lebih moden serta bersisi berbanding dengan kotak berkapasiti serupa dengan rekaan yang lebih bulat. B32 Bold terbaru ini diletakkan pada harga RM222 (asas beserta GST). Topcase ini ini akan dilengkapi dengan plet tapaknya dan rak motosikalnya akan dijual secara berasingan dalam linkungan harga RM45 hingga RM138 (bagi motosikal berkapasiti kecil). Selain itu, mereka akan menghadiahkan baju-T percuma dengan setiap pembelian B32 ini (sementara stok masih ada, dengan terma dan syarat). B32 Bold akan mula tersedia untuk jualan kepada orang ramai bermula dari bulan Ogos 2017. Ianya juga akan didatangkan dengan waranti dua tahun.   [gallery columns="5" ids="32068,32069,32070,32071,32072,32073,32074,32075,32076,32077,32078,32079,32093"]  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/