Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, July 26, 2017

[caption id="attachment_32083" align="alignleft" width="640"] Satu HATI Honda Team Asia sudah bersedia untuk perlumban ketahanan Suzuka 8 Hours - (dari kiri ke kanan) Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada[/caption]    
  • Boon Siew Honda Motorsports Team telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang akan mengendalikan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan kali ke-40 Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance.
  • Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia yang pertama yang bukan sahaja menyokong malah mengetuai pasukan Satu HATI Honda Team Asia di Suzuka pada tahun ini.
  • Pada tahun ini, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi bersama dengan penunggang Indonesia Dimas Ekky Pramata dan penunggang ARRC Thailand Ratthapong Wilairot akan memberikan sebaik usaha mereka untuk mencapai kemenangan di perlumbaan ketahanan ini.
[caption id="attachment_32081" align="alignleft" width="640"] Pasukan BSH Motorsports sedia beraksi di pentas dunia[/caption] Satu tanda aras baru telah dicapai oleh pasukan Boon Siew Honda Motorsports yang telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang rasmi diamanahkan untuk menyediakan pasukan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan ketahanan Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance Race buat kali ke-40 yang akan diadakan pada hujung minggu ini. [caption id="attachment_32082" align="alignleft" width="640"] Pasukan Boon Siew Honda Motorsports Team - Ketua Jurutera Data, Mohamad Redzuan bin Kamis, Pengurus Pasukan, Zulhelmi Ahmad, Ketua Mekanik, Muhammad Zarul bin Sirat[/caption] Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Encik Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia pertama yang bukan sahaja menyokong malah mengetuai pasukan Satu HATI Honda Team Asia di salah sebuah perlumbaan ketahanan yang paling dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ini telah memberikan Boon Siew Honda satu peluang keemasan bagi mempamerkan kepada dunia perlumbaan kebolehan anak watan kita di mata dunia. Pasukan Satu HATI Honda Team Asia telah ditubuhkan pada 2012 dengan misi untuk membangunkan kancah sukan permotoran Asia. Semasa tahun pertamanya, pasukan ini bermula dengan dua penunggang Jepun dan seorang penunggang dari Malaysia, Azlan Shah. Salah seorang penunggang dari Jepun, iaitu Makoto Tamada merupakan seorang penunggang berpengalaman dengan status legenda yang telah memenangi satu perlumbaan MotoGP pada tahun 2004. Ianya telah menandakan permulaan perjalanan bagi penunggang muda Asia (terutamanya yang dari Malaysia) bertanding dalam perlumbaan ketahanan bertaraf dunia. [caption id="attachment_32088" align="alignleft" width="640"] Litar Perlumbaan Antarabangsa Suzuka atau Litar Suzuka[/caption] Dalam tahun pertamanya 2012, mereka telah menamatkan perlumbaan di tempat ke-25. Mereka kembali pada tahun yang berikutnya dan sekali lagi dengan bantuan Azlan Shah, dengan jayanya mereka telah memperbaiki kedudukan secara dramatik apabila mereka menamatkan perlumbaan di tempat ke-enam bersama dengan bekas penunggang MotoGP Jepun, Tamada dan Yuki Takahashi. Tamada kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus pasukan pada tahun yang berikutnya dan dengan visi untuk meletakkan penunggang Asia sebagai satu kuasa yang gah dalam dunia perlumbaan, dia memulakan tugasnya untuk menubuhkan satu pasukan yang dipenuhi orang Asia sepenuhnya baik dari para penunggang hinggalah ke petugas, jurutera, dan juga mekanik. Tamada kemudiannya telah melantik pasukan Boon Siew Honda untuk menyokong dan melatih keseluruhan pasukan mekanik bagi membantunya dengan visinya itu. Pada 2015, tiga penunggang Asianya terdiri dari penunggang Malaysia, Thailand dan Indonesia. Namun, nasib tidak menyebelahi apabila jentera perlumbaan mereka mengalami kerosakan mekanikal ketika perlumbaan. Untuk tahun ini, mereka telah memilih Zaqhwan Zaidi, yang juga juara Kejohanan Perlumbaan Jalanraya Asia 2016 (Asia Road Racing Championship 2016) sebagai salah seorang penunggang mereka. Penunggang berusia 22 tahun itu sekali lagi telah dipilih untuk berlumba bagi pasukan Satu HATI Honda Team Asia bersama dengan penunggang Moto2 CEV FIM dari Indonesia Dimas Ekky Pramata dan penunggang ARRC dari Thailand, Ratthapong Wilairot. [caption id="attachment_32085" align="alignleft" width="640"] Honda Team Asia (Sumber imej - www.world.honda.com)[/caption] Pasukan ini akan berlumba di atas jentera terkini Honda CBR1000RR dengan sokongan daripada Honda Racing Corporation (HRC) oleh kerana keputusan memberangsangkan pasukan Satu Hati dalam siri perlumbaan ketahanan. Pada 2016, pasukan ini berjaya merangkul tempat ke-lapan dan kini mereka mensasarkan kedudukan podium bagi bukan sahaja meletakkan nama Malaysia dalam dunia perlumbaan sebagai pesaing yang digeruni malah mengukuhkannya lagi ke status legenda. Perlumbaan ketahanan Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance Race kali yang ke-40 ini akan berlangsung pada 28 Julai hingga 30 Julai 2017. Jangan ketinggalan dalam membreikan sokongan anda kepada pasukan Satu HATI Honda Team Asia pada hujung minggu ini! Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penunggang-penunggang negara yang lain yang menyertai Suzuka 8 Hours Endurance Race 2017, TEKAN SINI.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/