Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, July 31, 2017

Suzuka 8 Hours 2017 - Penunggang Negara Azlan Shah & Kawasaki Team Green Di Tempat KE-DUA!

  • Penunggang kelahiran Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman telah berjaya menduduki tempat di atas podium di tempat ke-dua bersama dengan pasukan Kawasaki Team Green bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 FIM World Endurance Championship pada hari Ahad lalu.
  • Bersama dengan penunggang BSB, Leon Haslam, dan penunggang dari Jepun,Kazuma Watanabe, Team Green merangkul tempat ke-dua dibelakang pasukan Yamaha Factory Racing Team yang membawa pulang kemenangan ke-tiga berturut-turut.
  • Pasukan F.C.C TSR Honda menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dengan jentera perlumbaan mereka, Honda CBR1000R SP2 yang telah dikemudi oleh Randy de Puniet, Dominique Aegerter dan Josh Hook.

Sebab-Sebab Utama Mengapa Art of Speed Malaysia 2017 MENGAGUMKAN

 
  • Festival art of Speed Malaysia 2017 menyaksikan jumlah hadirin yang besar sekali yang datang bagi menunjukkan sokongan, perasaan cinta serta dedikasi mereka terhadap kancah 'Ol-Skool' dan 'Kustom Kulture' di Malaysia.
  • Acara tahun ini yang telah berlangsung pada hujung minggu lalu ternyata lebih besar dan meriah dari sebelum ini dengan penyertaan dari para pengeluar ternama serta garaj-garaj tempatan yang mempamerkan jentera masing-masing yang menakjubkan tidak kira dari motosikal yang serba baru hinggalah jentera pengkhususan satu dalam sejuta.
  • Begitu ramai jemputan khas yang telah menghadiri AOS 2017 ini dari negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan banyak lagi.

Tunggang Uji Model Terkini Suzuki Di Litar Kart Antarabangsa Sepang

   
  • Suzuki Assemblers Malaysia (SAM) baru-baru ini telah menganjurkan satu sesi tunggang uji model terbaru Suzuki istimewa pada hujung minggu lalu di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Mereka telah membawa kesemua model terkini 2017 untuk orang awam bersempena dengan Idemitsu Asia Cup Talent dan Malaysia Superbike Championship yang telah berlangsung pada hujung minggu yang sama.
  • Orang ramai dapat menguji model-model keluaran Suzuki seperti SX-R1000R L7, motosikal lumba 'naked' GSX-S750, GSX-S1000, V-Strom 650 dan juga skuter Burgman 400.

Sunday, July 30, 2017

Honda Rebel 500 2017 Dilancarkan Secara Rasmi Di Art of Speed Malaysia 2017 - RM31,798!

 
  • Boon Siew Honda dengan rasminya telah mengumumkan bahawa motosikal terkini mereka, Honda Rebel 500 2017, akan tersedia sebagai sebahagian daripada rangkaian motosikal 'gayahidup' di Malaysia.
  • Pengumuman rasmi ini telah dibuat semalam bersempena dengan festival Art of Speed Malaysia 2017 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Parks Serdang (MAEPS).
  • Motosikal serba baru Rebel 500 "Bobber" ini ditetapkan harganya pada RM31,798.94 (asas beserta GST) bagi varian dwi-saluran ABS.

Ducati Scrambler Cafe Racer Dan Desert Sled 2017 Dilancarkan - RM68,899

  • Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) akhirnya telah memperkenalkan varian Ducati Scrambler mereka iaitu Ducati Scrambler Cafe Racer dan Desert Sled 2017.
  • Pelancaran itu telah diadakan petang semalam di festival Art of Speed Malaysia 2017, festival "Kustom Kulture" dan "Ol-Skool" utama anjuran anak watan Malaysia.
  • Kedua-dua varian Ducati Scrambler terbaru ini telah diletakkan harganya pada RM68,899 (asas beserta GST).

Friday, July 28, 2017

Tunggang Uji Istimewa Suzuki di Litar Kart Antarabangsa Sepang - 29 dan 30 Julai 2017

  • Suzuki Assemblers Malaysia akan menganjurkan satu sesi tunggang uji istimewa Suzuki pada hujung minggu ini pada 29 dan 30 Julai 2017 di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
  • Bagi mereka yang berminat bole turut serta untuk menguji beberapa daripada model motosikal besar Suzuki yang terkini seperti GSX-R1000, GSX-R1000R, VStrom 650 ABS, SV 650 ABS, GSXS 750 ABS, GSXS1000F dan Burgman 400 ABS.
  • Acara ini akan berlangsung pada hujung minggu ini bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang pad hari Sabtu dan Ahad dengan beberapa jenama yang lain yang akan turut serta seperti Arai Helmet, Bike World, AutoBacks dan ramai lagi.

Moto Guzzi Malaysia Melancarkan Moto Guzzi V9 Bobber 2017 RM74,900

 
  • Moto Guzzi Malaysia akhirnya telah memperkenalkan motosikal terkini mereka iaitu Moto Guzzi V9 Bobber 2017 bersempena dengan acara tahunan antarabangsa yang akan kunjung tiba, Moto Guzzi Open House di Mandello Del Lario, Itali.
  • Motosikal V9 Bobber terbaru ini dijana oleh enjinV-berkembar melintang 90-darjah, 850cc yang patuh Euro4 yang menghasilkan 55hp dan 62Nm tork.Ianya dinilai pada harga RM74,900 (asas beserta GST).
  • Bersempena dengan Moto Guzzi Open House di Itali, Moto Guzzi Malaysia juga akan menganjurkan satu perjalanan penunggangan istimewa bagi mereka yang berminat untuk menghadiri Moto Guzzi Open House tahun ini yang terletak di Mandello Del Lario, ibu pejabat Moto Guzzi.

Guy Martin Bersara Dari Perlumbaan Jalanraya

 
  • Pelumba jalanraya legenda, Guy Martin, telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelumba jalanraya antarabangsa berikutan kemunculan kembali ke arena perlumbaan jalanraya yang kurang memberangsangkan.
  • Setelah kemunculan kembalinya yang tidak diduga ke perlumbaan jalanraya dengan menerima tawaran dari pasukan Honda Racing Team, segala usaha Guy Martin dan John McGuinness serba tidak menjadi.
  • Apabila McGuinness terpaksa menarik diri dari perlumbaan Isle of Man TT berikutan kecederaan patah kakinya yang dialami selepas kemalangan ketika perlumbaan North West 200, Martin akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari perlumbaan jalanraya selepas cubaan yang tidak membuahkan hasil bersama Honda Racing Team.

Thursday, July 27, 2017

Stefan Bradl Menarik Diri Dari Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance

[caption id="attachment_32158" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: Red Bull[/caption]  
  • Stefan Bradl telah diisytiharkan tidak layak untuk berlumba dalam pusingan terakhir FIM World Endurance Champiionship yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Suzuka.
  • Penunggang dari Jerman itu telah dinasihatkan untuk tidak menaiki kapal terbang untuk ke Jepun oleh kerana komplikasi kesihatan berkaitan dengan jangkitan kuman pada telinga.
  • Bradl sepatutnya bertanding di perlumbaan Suzuka 8 Hours bersama dengan pasukan TSR Honda yang memburu kedudukan di atas podium pada pusingan yang terakhir itu bagi musim 2017.

Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR650F & CB650F 2017 Yang Dikemaskini - Dari RM44,995

 
  • Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan versi yang dikemaskini motosikal Honda CBR650F dan Honda CB650F 2017 mereka dengan beberapa kemaskini dalaman serta luaran.
  • Rangkaian 650F yang baru ini juga didatangkan dengan enjin yang telah dibikin semula dengan lebih kuasa dan tork dan juga suspensi, brek, dan sistem pencahayaan yang dipertingkatkan.
  • Honda CBR650F dan CB650F 2017 yang dikemaskini ini diletakkan pada harga RM47,117.94 dan RM44,995.94 (asas dengan GST).

Sejarah Boon Siew Honda - Bagaimana Ianya Bermula

  • Sejarah Boon Siew Honda bermula sejak tahun 1950-an apabila seorang lelaki berusia 43 tahun dari Pulau Pinang telah pergi bercuti ke Jepun dan telah ternampak motosikal Honda Cub.
  • Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew memutuskan untuk membawa balik beberapa model ke Malaysia bagi membantu negara mencari mod pengangkutan yang sesuai dalam usaha membangunkan semula negara selepas Perang Dunia II.
  • Bersama dengan Soichiro Honda, Boon Siew Honda berjaya menjadikan motosikal Honda sebagai sebutan ramai menjelang tahun 1970-an apabila mereka memperkenalkan Honda C70 yang amat popular.

Wednesday, July 26, 2017

Adakah Ini BMW S1000RR 2018 Yang Terbaru?

 
  • Terdapat sebuah gambar yang telah tersebar di atas talian yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai generasi terkini BMW S1000RR 2018.
  • Difotograf oleh Motorrad Magazine, motosikal lumba baru yang dikatakan dari BMW Motorrad itu dilengkapi dengan kemaskini keseluruhan baru pada bahagian casisnya, lenganbuai, dan panel badannya yang lain.
  • Khabar angin juga turut tersebar mengenai enjin empat silinder terbaru dari BMW yang akan mereka gunakan pada motosikal lumba premium generasi berikutnya pada tahun yang mendatang.

GIVI Melancarkan GIVI B32 Bold Topcase 32 liter terbaru - RM222

 
  • GIVI Asia telah melancarkan GIVI B32 Bold Topcase terbaru mereka dengan rekaan kotak bersegi dengan kapasiti sehingga 32 liter.
  • Rekaan terkini ini telah dipilih khususnya untuk memberikan satu pilihan berlainan bagi mereka yang kurang meminati topcase berbentuk bujur yang ada di pasaran sekarang.
  • B32 Bold Topcase terbaru ini diletakkan harganya pada RM222 (asas beserta GST) dan didatangkan dengan sebuah plet tapak. Rak motosikal dijual berasingan.
[caption id="attachment_32083" align="alignleft" width="640"] Satu HATI Honda Team Asia sudah bersedia untuk perlumban ketahanan Suzuka 8 Hours - (dari kiri ke kanan) Zaqhwan Zaidi, Dimas Ekky Pratama, Ratthapong Wilairot, dan Makoto Tamada[/caption]    
  • Boon Siew Honda Motorsports Team telah dipilih sebagai pasukan Malaysia pertama yang akan mengendalikan Satu HATI Honda Team Asia bagi perlumbaan kali ke-40 Coca Cola Suzuka 8 Hours Endurance.
  • Pengurus Pasukan Boon Siew Honda Motorsports, Zulhelmi bin Ahmad bersama dengan pasukan mekaniknya akan menjadi pasukan Malaysia yang pertama yang bukan sahaja menyokong malah mengetuai pasukan Satu HATI Honda Team Asia di Suzuka pada tahun ini.
  • Pada tahun ini, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi bersama dengan penunggang Indonesia Dimas Ekky Pramata dan penunggang ARRC Thailand Ratthapong Wilairot akan memberikan sebaik usaha mereka untuk mencapai kemenangan di perlumbaan ketahanan ini.

Tuesday, July 25, 2017

Model-Model Motosikal KTM Six Days 2018 Serba Baru Diperkenalkan Dengan Rangkaian Kemaskini Penuh

   
  • KTM Amerika Utara telah mengumumkan dua model motosikal KTM Six Days 2018 edisi khas serba baru bersempena dengan perlumbaan 'off-road' International Six Days Enduro (ISDE) tahun ini.
  • Dua model baru 2018 adalah KTM 300 XC-W Six Days dan KTM 450 EXC-F Six Days yang didatangkan dengan grafik istimewa serta pelbagai bentuk kemaskini prestasi.
  • Kedua-dua model ini telah diletakkan pada harga €9,298 (kira-kira RM46,104) bagi KTM 300 XC-W Six Days dan €10,499 (kira-kira RM52,060) untuk KTM 450 EXC-F Six Days.

Monday, July 24, 2017

Kunjungi Art of Speed Malaysia 2017 & MENANGI MOTOSIKAL BUATAN KHAS YAMAHA RXZ TWINBOSS DRAGSTER INI!

 
  • Acara Art of Speed Malaysia 2017 akan menghadiahkan satu hadiah utama yang cukup istimewa pada hari Ahad ini dalam bentuk sebuah motosikal dragster Yamaha RXZ Twinboss.
  • Motosikal dragster RXZ Twinboss ini dijana oleh dua enjin dua lejang yang bekerja seiring dengan gabungan kapasiti sehingga 270cc yang bersamaan dengan sebuah motosikal lumba empat lejang middleweight dari segi kapasiti.
  • Acara Art of Speed tahun ini akan diadakan dari 29 hingga 30 Julai 2017 di MAEPS Serdang jadi pastikan anda berada di sana sewaktu mereka mengumumkan siapakah pengunjung yang bertuah yang boleh membawa pulang si buas ini!

Sunday, July 23, 2017

MForce Bike Holdings Telah Melancarkan Jenama Serta Motosikal Terbaru - SM Sport 110R 2017! (RM3,788)

   
  • MForce Bike Holdings telah melancarkan SM Sport, sebuah jenama baru motosikal keluaran tempatan dan juga motosikal pertama mereka; SM Sport 110R 2017.
  • Jenama motosikal tempatan ini telah dibangunkan dengan kerjasama Benelli dan Keeway untuk membekalkan jentera berkualiti tinggi pada harga berpatutan di pasaran ASEAN.
  • Motosikal SM Sport 110R 2017 ini diletakkan harganya pada RM3,788 (asas tanpa GST).

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan satu rumah terbuka Hari Raya yang istimewa pada hari Sabtu dirancang khas untuk meraikan anak-anak yatim serta seluruh warga Kawasaki.
  • Kakitangan, rakan taulan, serta keluarga ahli Kawasaki Owners Group Malaysia semuanya telah menghadiri acara meriah ini yang telah diadakan di Dewan Angkasaraya berdekatan dengan pangkalan udara TUDM, Sungai Besi.
  • Selain daripada makanan yang lazat, aktiviti yang menyeronokkan serta teman yang hebat, KMSB juga turut menyediakan satu sesi tunggang uji istimewa bagi mereka yang berminat untuk mencuba Kawasaki Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Versys-X 250.

Motosikal Konsep Ducati Oleh Jakusa Design Yang Lain Daripada Lain!

 
  • Jakusa Design telah mengeluarkan beberapa rekaan konsep yang menarik bagi beberapa motosikal Ducati semasa dan yang terdahulu dengan beberapa kemaskini futuristik yang cukup cantik sekali.
  • Mereka telah menghasilkan beberapa model contoh untuk model-model utama Ducati seperti Panigale, XDiavel, Desmosedici, Hypermotard, Monster serta banyak lagi.
  • Di mana kebanyakan motosikal konsep cenderung untuk kelihatan terlalu futuristik, motosikal yang telah dihasilkan oleh Jakusa Design tampak seperti ianya mampu dihasilkan dari kilang dalam masa terdekat (pada pandangan kami).

Saturday, July 22, 2017

MotoGP: Alvaro Baustista Akan Kekal Bersama Aspar Bagi Musim 2018

  • Alvaro Baustista telah mengesahkan bagi musim 2018 dia akan terus berlumba bagi pasukan semasanya, Aspar Team.
  • Penunggang kelahiran Sepanyol yang berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam separuh yang pertama musim 2017, dengan pencapaian tertingginya buat setakat ini di tempat ke-empat pada pusingan GP Argentina dan beberapa penamat sepuluh keatas yang lain.
  • Baustista akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 bagi musim 2018 dengan penunggang ke-dua pasukan itu yang masih belum disahkan.

Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Yang Ingin Beli Ducati!

  • Laporan terkini dari Reuters menunjukkan beberapa lagi nama telah muncul sebagai bakal pemilik baru Ducati.
  • Buat masa ini, pilihan terbaru yang mendahului perang pembidaan adalah keluarga Benetton dari Itali yang merupakan orang yang sama menerajui United Colors of Benetton.
  • Firma-firma lain seperti Bajaj, Polaris, Harley-Davidson dan Eicher Motors masih lagi berpeluang memiliki Ducati yang kini menuju ke pusingan kedua bidaan bermula pada bulan hadapan.

Thursday, July 20, 2017

Helmet Monster Energy HJC RPHA 11 2017 Kini Di Malaysia - RM2,429!

 
  • HJC Helmet Malaysia juga telah membawa masuk beberapa helmet siri Monster Energy HJC RPHA 11 2017 edisi terhad ke pasaran Malaysia.
  • Siri Monster Energy ini adalah kerjasama rasmi yang pertama bersama dengan jenama minuman tenaga itu dan rekaannya adalah hasil daripada pereka helmet yang amat terkenal, Drudi Performance.
  • Hanya terdapat sejumlah bilangan unit yang terhad di Malaysia dan setiap satu daripada siri HJC Monster Energy ini diletakkan harganya pada RM2,429.

Helmet Star Wars HJC RPHA 11 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia! Dari RM3,000

 
  • HJC Helmet Malaysia telah pun membawa masuk helmet Star Wars HJC RPHA 11 2017 yang terkini dalam bilangan terhad untuk pasaran Malaysia.
  • Helmet perlumbaan 'full-face' tercanggih ini merupakan replica topeng yang diilhamkan dari antara antagonis paling ikonik dalam alam semesta Star Wars, Kylo Ren dan Boba Fett.
  • Helmet replica HJC Kylo Ren diletakkan harga pada RM3,359 sementara edisi Boba Fett pula pada harga RM3,000. Kedua-dua helmet ini adalah edisi terhad.

Honda Akan Menganjurkan Konvoi Honda Asian Journey Ke-Dua Merentasi Semenanjung Malaysia

 
  • Selepas kejayaan perjalanan Honda Asian Journey yang julung kalinya diadakan pada tahun lalu dari Thailand ke Litar Antarabangsa Sepang, Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya konvoi buat kali ke-dua dirancang untuk tahun 2017.
  • Perjalanan tahun ini akan memberikan para peserta peluang untuk menguji beberapa motosikal berprestasi tinggi Honda seperti model CB500, CBR1000RR, Africa Twin, Goldwing dan sebagainya.
  • Honda Asian Journey 2017 sepanjang empat hari ini akan bermula dari 26 Oktober hingga 29 Oktober 2017 di mana para peserta akan menunggang dari Melaka hinggalah ke Genting Highlands sebelum turun kembali menuju ke Litar Antarabangsa Sepang untuk Pusingan MotoGP Malaysia.

Tuesday, July 18, 2017

2017 Yamaha 125ZR Movistar Edisi Terhad - hanya 5000 unit siap bernombor siri

HLYM memperkenalkan jentera edisi terhad Yamaha 125ZR yang hadir dalam 5000 unit sahaja. 

Yamaha NVX 2017 Tampil Dengan Kemasan Movistar Yamaha Dan Monster Yamaha Tech 3

   
  • Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai.
  • Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang telah diubahsuai oleh penunggang lagak ngeri mereka yang dikenali sebagai Gaban.
  • Motosikal yang paling menarik perhatian dipamerkan adalah motosikal Yamaha NVX yang dilitupi dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3.

Friday, July 14, 2017

Art of Speed Malaysia 2017 Sedia Untuk Menggegarkan MAEPS, Serdang Dari 29-30 Julai 2017

 
  • Art of Speed Malaysia 2017 akan kembali untuk kali ke-enamnya pada tahun ini; lebih besar dan lebih hebat dari sebelumnya dengan lebih daripada 1,000 kenderaan tempahan khas akan berkumpul dari 29 hingga 30 Julai 2017 di MAEPS, Serdang.
  • Terdapat pelbagai motosikal dan kereta tempahan khas, pameran, pandu/tunggang uji, aktiviti, tokoh permotoran antarabangsa terkenal, persembahan dan banyak lagi untuk para pengunjung AOS tahun ini.
  • Paling menarik sekali, TIGA motosikal akan dihadiahkan sepanjang tempoh dua hari pameran yang terdiri daripada CMC XY400 serba baru, Harley-Davidson Street Rod 750 dan juga sebuah dragster RXZ dwi-enjin tempahan khas sepenuhnya yang dinamakan "RXZ Twinboss".

KTM Mengumumkan KTM RC390 2017 Yang Dikemaskini - Kini Dengan teknologi ride-by-wire!

 
  • KTM telah mengumumkan bahawa KTM RC390 2017 terbaru mereka akan menerima beberapa kemaskini penting yang terbaru termasuk satu sistem pendikit 'ride-by-wire'.
  • Kemaskini lain termasuk 'power assist slipper clutch', ekzos yang dilekap secara sisi, dan cakera brek hadapan lebih besar untuk peningkatan prestasi keseluruhan.
  • KTM juga telah menyatakan bahawa motosikal RC390 terbaru ini mempunyai ergonomik yang lebih baik dengan klac dan tuil brek bolehsuai, cermin sisi yang lebih lebar, dan pelana yang direka semula untuk keselesaan yang lebih hebat buat penunggang serta pembonceng.

Thursday, July 13, 2017

Siapakah Tiga Penunggang Negara Yang Akan Bertanding Dalam Perlumbaan Ketahanan Suzuka 8 Hours 2017?

   
  • Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
  • Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
  • Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.

Wednesday, July 12, 2017

Format Grid Terbalik WorldSBK TIDAK BERKESAN

 
  • Sesetengah pihak telah mengatakan bahawa format grid terbalik yang terkini dalam WorldSBK tidak membuahkan hasil seperti apa yang telah diharapkan.
  • Rancangannya adalah untuk meletakkan para penamat di atas podium bagi Perlumbaan 1 dalam kedudukan terbalik dari baris yang ketiga dengan harapan yang ianya akan memberikan peluang kepada pasukan dan penunggang namun ianya tidak berjaya.
  • Hampir 94% daripada kedudukan podium setakat ini telah diisi oleh Jonathan Rea dan Tom Sykes dari Kawasaki Racing Team dan juga Chaz Davies dan Marco Melandri dari Aruba.it Racing - Ducati.

Tuesday, July 11, 2017

Superbike Ducati V4 TIDAK AKAN BERLUMBA Sebelum 2019

   
  • Ianya telah disahkan bahawa motosikal superbike Ducati V4 tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang perlumbaan sehingga permulaan musim 2019.
  • Ducati mempunyai rancangan untuk memperkenalkan motosikal ini kepada orang awam dahulu bagi tahun 2018 sebelum sebarang rancangan lanjut dan penyertaan dalam WorldSBK.
  • Walaupun tiada sebarang berita atau maklumat berkenaan spesifikasi motosikal itu, motosikal keluaran Ducati janaan V4 itu akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini ketika pertunjukan EICMA di Milan, Itali.

Kemaskini Terbaru Bagi Model BMW Motorrad 2018 - Warna Baru & Butang 'Panggilan Kecemasan'

 
  • Kesemua motosikal BMW Motorrad 2018 akan mendapat beberapa kemaskini yang menarik yang termasuk warna-warna baru untuk seluruh model BMW.
  • Kemaskini ini bukan sahaja dari segi rupanya sahaja seperti warna yang baru tetapi juga terdapat kelengkapan pilihan dan perincian unik bagi setiap motosikal BMW Motorrad.
  • Daya tarikan terbesarnya selain daripada warnanya yang baru adalah butang 'panggilan kecemasan' yang secara automatik menghantar isyarat untuk bantuan sekiranya berlaku sebarang kemalangan serius.

Sunday, July 9, 2017

Memperkenalkan Ducati 1299 Panigale R Final Edition!

 
  • Akhirnya, motosikal Ducati Panigale 1299 R Final Edition telah pun dilancarkan di Pusingan Amerika Syarikat WorldSBK di litar lumba ikonik Laguna Seca.
  • Edisi terakhir ini digayakan dengan elegan sekali dalam kemasan ikonik 'tricolore' bendera Itali ini secara dasarnya adalah sebuah Superleggera yang dipermudahkan tetapi masih lagi menyengat dengan 209hp.
  • Berharga $40,000 (sekitar RM172,000), Panigale yang dijana V-berkembar yang terakhir sekali ini akan memberi laluan buat motosikal superbike Ducati janaan V-4 yang mana ia mungkin diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Saturday, July 8, 2017

2017 Yamaha Aerox 155 Movistar Yamaha MotoGP rasmi di Indonesia

Yamaha Indonesia kini dengan rasminya membawakan Yamaha Aerox 155 dengan grafik khas bertemakan Movistar Yamaha Team dalam siri perlumbaan MotoGP. Yamaha Aerox 155 seperti yang kita ketahui adalah model yang sama dengan Yamaha NVX 155, yang dikatakan akan dilancarkan pada 11 Julai ini di Malaysia. Jika grafik khas Movistar Yamaha Team ini dibawakan ke Malaysia, pastinya akan laku keras dan menjadi barangan koleksi peminat motosikal di Malaysia kerana hobi mereka mahal.  

Adakah Ini Gambar Intipan Motosikal Retro Kawasaki Z900RS 2018?

  [caption id="attachment_31060" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: AutoBy[/caption]  
  • Sebuah majalah permotosikalan terkenal di Jepun telah mengeluarkan satu lakaran imej yang didakwa merupakan gambaran sebuah motosikal retro Kawasaki Z900RS.
  • Motosikal retro yang baru dari Kawasaki itu dikhabarkan akan dijana oleh enjin yang sama yang boleh didapati pada motosikal Kawasaki Z900 ABS dengan penggayaan berilhamkan motosikal legenda Kawasaki Z1.
  • Satu-satunya motosikal retro yang ditawarkan oleh Kawasaki adalah motosikal W800 yang mana ianya diangap oleh sesetengah pihak sebagai biasa-biasa sahaja dan agak hambar namun dengan motosikal Z900RS ini ia tampak bagai satu tambahan baru yang dapat menghangatkan lagi kategori motosikal retro.

Friday, July 7, 2017

Roadshow Shell Advance Bermula Hari Ini!

 
  • Roadshow Shell Advance 2017 bermula pada hari ini di Jalan Sentul dan akan meneruskan perjalanannya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak dalam tempoh empat bulan.
  • Terdapat banyak aktiviti yang telah disediakan untuk para pengunjung termasuk acara permainan, hadiah serta tiket MotoGP untuk dimenangi serta peluang bergambar "Elbow Down Challenge".
  • Roadshow ini juga akan mengadakan sesi 'masterclass' bagi para mekanik dan peminat motosikal berkenaan dengan produk Shell Advance yang hebat serta cara penyelenggaraan motosikal yang betul.

Wednesday, July 5, 2017

MV Agusta Brutale 800 America 2017 Diperkenalkan - RM64,500*

 
  • MV Agusta telah memperkenalkan sebuah edisi terhad terbaru mereka bersempena perayaan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat bagi tahun 2017, MV Agusta Brutale 800 America.
  • Hanya 50 unit sahaja yang akan disediakan berkesesuaian dengan bilangan negeri di Amerika Syarikat dan setiap satu memberikan penghormatan kepada warna merah, putih, dan biru motosikal MV Agusta 750 S 1973.
  • Setiap daripada lima puluh unit edisi terhad Brutale 800 America ini diletakkan harganya pada $14,998 (sekitar RM64,522* selepas pertukaran terus).

Pusingan Kelayakan Peringkat SEA BMW Motorrad Malaysia GS Trophy Dibuka Untuk Penyertaan

   
  • BMW Motorrad Malaysia menjemput semua pemilik BMW GS untuk menyertai Pusingan Kelayakan Asia Tenggara BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 yang akan berlangsung dari 12 hingga 13 Ogos 2017.
  • Pemenang bagi pusingan kelayakan dua hari itu akan mendapat peluang untuk mewakili Malaysia sebagai sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia pada 2018.
  • Pendaftaran dibuka sekarang hingga 12 Julai 2017. Kesemua pemilik BMW GS dijemput mendaftar dan menyertai pusingan kelayakan ini.

Tuesday, July 4, 2017

Diuji: Modenas Pulsar RS200 & NS200 2017 - "The Dynamic Duo"

  • Dilancarkan pada bulan Mei 2017 yang lalu, Modenas telah memperkenalkan dua motosikal terbaru bagi pasaran Malaysia dengan model Modenas Pulsar RS200 dan NS200 2017 yang cukup menyeronokkan.
  • Pada masa ia dilancarkan, model NS200 dianggap sebagai versi motosikal naked bagi RS200 namun perbezaan antara keduanya bak langit dan bumi.
  • Kami telah menunggang uji kedua-dua motosikal ini dalam dua pengalaman menunggang dan lokasi yang berbeza dan kedua-duanya menawarkan pakej yang hebat pada harga yang berpatutan yang sudah pasti menjadikannya hangat di pasaran Malaysia ini.

Diuji: Kawasaki Z900 ABS 2017 & Z900 ABS SE - "Jembalang Kelajuan"

 
  • Kawasaki Z900 ABS 2017 terkini dianggap sebagai satu penambahbaikan yang hebat bagi model yang digantikannya, motosikal Z800.
  • Kami membawa motosikal Z900 dan Z900 SE (Special Edition) untuk satu sesi tunggang uji yang panjang untuk melihat sendiri prestasi motosikal-motosikal ini.
  • Bagi memberi perspektif, kami bandingkannya dengan model Z800 terdahulu dan juga model Z1000 bagi memahami sepenuhnya bagaimana Z900 ABS ini menjadi sebuah jentera super naked yang jauh lebih baik dari Kawasaki.

Sebuah Lagi Video Misteri Memaparkan Kelajuan Tertinggi Modenas Pulsar RS200!

Monday, July 3, 2017

MotoGP: Marquez Meneruskan Penguasaan Di Sachsenring; Folger Dan Pedrosa Penuhi Podium

 
  • Pusingan MotoGP Jerman menyaksikan Marc Marquez (Repsol Honda) meneruskan penguasaannya di Sachsenring dengan kemenangan bergaya dari petak pertama.
  • Namun, Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) telah mencuri perhatian semua dengan persembahan yang menakjubkan di hadapan penonton tuan rumah, dan berjaya merangkul tempat kedua.
  • Pelumba rookie MotoGP itu memberikan saingan yang hebat kepada Marquez, malah berjaya mendahului perlumbaan pada satu ketika sebelum terpaksa berpuas hati di tempat kedua kerana kehausan tayar.

Sunday, July 2, 2017

Disahkan: Mesej Teks Papan Pemuka Untuk MotoGP Dan Moto3 Diluluskan!

  Tidak seperti pasukan Formula 1 yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan pemandu mereka melalui radio walaupun ketika di tengah-tengah kesengitan pertandingan (selalunya dengan jawapan yang sama ada berang atau pun melucukan daripada para pemandu), pasukan MotoGP telah mencuba pelbagai cara yang lain untuk menyampaikan maklumat dengan lebih baik kepada para penunggang.

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/