Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, June 28, 2017

Spesifikasi Ducati Panigale R Yang Terakhir Telah Dibocorkan!

7 Julai akan menjadi satu tarikh yang cukup penting di mana dunia akan dipersembahkan dengan apa yang mungkin sekali merupakan edisi Ducati Panigale yang termuktamad. Ducati telah pun mengeluarkan usikan demi usikan (seperti video yang terpapar di bawah) dan telah pun beberapa menghebahkan kepada dunia tentang betapa 7 Julai ini akan menjadi satu tarikh yang penting bagi mereka dan penggemar motosikal Ducati. 7 Julai yang akan tiba nanti juga merupakan tarikh di mana siri perlumbaan MotoGP akan berkunjung ke litar Laguna Seca yang amat terkenal, dan ianya bakal menjadi pentas di mana Ducati akan menyingkap tirai bagi memperkenalkan motosikal superbike yang paling dinanti-nantikan untuk tahun ini. Tarikh ini juga adalah tarikh yang penting kerana motosikal Ducati Panigale R yang terakhir ini akan menjadi motosikal superbike Ducati yang terakhir yang akan menggunakan enjin L-berkembar. Ducati akan beralih kepada format enjin serba baru, di mana pada bulan Januari yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicalli, telah mengesahkan bahawa pembuat motosikal dari Itali ini akan menggantikan enjin L-berkembar yang disayangi ramai untuk enjin V4 yang lebih berarus perdana. Generasi berikutnya untuk motosikal superbike Ducati tidak akan menggunakan enjin L-berkembar yang cukup ikonik, dan sebaliknya akan berpindah kepada format V4 seperti yang telah disebut sebelum ini. Enjin V4 ini merupakan pilihan pengeluar motosikal Jepun seperti Yamaha dan juga Honda kerana ianya menghasilkan tork yang lebih tinggi, dan juga teramat lancar. Dan baru-baru ini,sebuah pengedar Ducati telah pun membocorkan maklumat tentang spesifikasi motosikal Ducati Panigale R yang terakhir ini di atas talian Internet, yang membandingkan motosikal Ducati Panigale R yang termuktamad ini dengan motosikal Ducati 1299 Superleggera, teraju utama pengeluar motosikal dari Itali itu. Bagaimanakah perbandingan antara kedua-dua motosikal keluaran Ducati ini? Lihatlah dengan sendiri pada gambar di bawah dan tuan-tuan boleh membuat rumusannya sendiri. Tarikh 7 Julai semakin menghampiri kita. Bukan sahaja dapat kita menikmati perlumbaan MotoGP yang akan berlangsung di salah sebuah litar yang tersohor di dunia, kita juga bakal diperkenalkan kepada sebuah motosikal Ducati Panigale R yang terkini, dan mungkin sekali yang terakhir dalam keluarga Panigale ini. Tandakan tarikh 7 Julai di kalendar anda dan teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini mengenai motosikal superbike Ducati yang berenjin L-berkembar termuktamad ini. Buat sementara waktu, tontonilah video teaser dari Ducati tentang Panigale R terakhir ini. https://youtu.be/g4hQUl6BjxI  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/