Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, June 11, 2017

Robbie Madison Mengejar Impiannya Sekali Lagi Dengan 'Pipe Dreams 2'

  • Penunggang lagak ngeri Australia, Robbie Madison telah berjaya melakukannya sekali lagi dengan sebuah lagi filem pendek meluncur-laut dipanggil 'Pipe Dreams 2'.
  • Dalam video itu, Robbie Madison telah meluncur di atas laut menggunakan jenteranya yang telah diubahsuai KTM 450 empat lejang.
  • Dia juga telah mempamerkan cubaan memecahkan rekodnya bagi jarak terjauh direntasi atas air menggunakan motosikal dengan jaraj sejauh 31.8km dengan kelajuan tertinggi sehingga 72.4km/j.
Sediakan diri anda, tuan-tuan. Penunggang lagak ngeri motocross dari Australia telah tiba lagi. Untuk kali ini, dia akan keluar menghadapi gelora ombak lautan luas sekali lagi di atas jentera binaan khasnya, si raksasa pembelah ombak, KTM 450 empat lejangnya. Bagi para pembaca yang kurang arif mengenai siapakah Robbie Madison ini, dia tanpa sebarang keraguan, adalah antara orang paling gila-gila sekali di dunia. Anda mungkin tidak mengenali namanya tetapi kami pasti anda pernah terdengar akan atau pun telah melihat aksi lagak ngerinya yang telah dipertunjukkannya sejak beberapa tahun yang lalu. Antara pencapaian terhebatnya adalah melompat ke atas Arc de Triomphe di Paris dan melompat turun semula. Ya, dia telah melakukan aksi tersebut menggunakan sebuah motosikal motocross pada Tahun Baru 2009 di atas jentera Yamaha Z 250nya. Anda rasakannya ianya terlalu sukar untuk dipercayai? saksikanlah video cubaannya itu di bawah. https://youtu.be/MLejkyXbJlc Jika itu masih lagi tidak mengcukupi, Robbie telah melakukan satu lagi aksi yang lebih tidak masuk dek akal pada bulan April 2015 di mana di telah meluncur ombak yang besar di laut berhampiran Teahupo'o, kepulauan Tahiti. Setakat ini masih kedengaran seakan normal bukan? TIDAK SAMA SEKALI. Ini kerana Robbie Maddison telah meluncur ombak gergasi di lautan ini di atas sebuah jentera motocross yang telah diubahsuai. Inilah filem 'Pipe Dreams' yang memulakan segalanya. Tontonilah videonya di bawah. https://youtu.be/lDi9uFcD7XI Rentetan aksinya itu, penunggang berumur 36 tahun dari New South Wales ini telah menguji batasannya tahap yang baru. Kali ini, dia telah mengubahsuai motosikal KTM 450 empat lejangnya dan menuju ke lautan semula dan telah memecahkan rekod dunia bagi jarak terjauh direntasi atas air menggunakan sebuah motosikal. https://www.facebook.com/robbiemaddison/photos/a.183144009005.127791.43287869005/10154574163654006/?type=3 Sebagai penghormatan untuk peminatnya yang terkorban semasa cuba mengikuti jejak langkahnya, rekod itu telah disahkan pada 4 Februari 2017, di mana 'Maddo' dengan jentera KTMnya meluncur deras di atas air dan menunggang sehingga jarak 31.8km dengan kelajuan tertinggi 72.4km/j. Mendiang peminatnya itu yang merupakan pemegang rekod sebelumnya dengan jarak 27.3km telah meninggal dunia beberapa hari selepas mencipta rekod dunianya menunggang motosikal di atas air. [caption id="attachment_30108" align="alignleft" width="640"] Robbie Maddison melakukan aksi untuk penggambaran filem Red Bull, "On Any Sunday", di Olympic Park di Park City, Utah, Amerika Syarikat pada 4 Jun 2013.[/caption] Tidak syak lagi bahawa Robbie Maddison adalah antara tokoh terhebat permotoran sepanjang zaman bila anda ambil kira segala pencapaian yang dikecapinya. Tiada kata dapat mengungkapkan betapa gila dan hebatnya Robbie ini. Satu-satunya cara adalah dengan menonton kesemua videonya. Tanpa melengahkan masa lagi, kami persembahkan, "Pipe Dreams 2". https://youtu.be/Ge2Rp7Fcw78 Sumber imej: Red Bull

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/