Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, June 16, 2017

Motosikal Dwi-Sukan Yamaha XT250 & TW200 2018 Terbaru Didedahkan - Dari RM19,626!

  • Yamaha Motor Corporation (USA) baru sahaja mendedahkan dua motosikal dwi-sukan berkapasiti kecil baru yang menyeronokkan dalam rangkaian mereka iaitu Yamaha XT250 dan TW200 2018.
  • Motosikal XT250 dan TW200 cukup sesuai untuk penunggang di setiap peringkat kemahiran yang inginkan keseronokan menunggang secara off-road dan trail kedua-dua pakej hebat ini.
  • Harga saranan bagi kedua-dua motosikal XT250 dan TW200 adalah $5,199 (kira-kira RM22,186) dan $4,599 (kira-kira RM19,626).
Yamaha Motor Corporation (USA) baru sahaja memperkenalkan dua tambahan terkini yang menyeronokkan di dalam rangkaian semasa mereka iaitu motosikal dwi-sukan Yamaha XT250 dan TW200 2018. Kedua-dua buah motosikal ini telah dilancarkan bagi menambahkan lagi gaya, variasi dan keseronokan di segmen dwi-sukan berkapasiti kecil.
Yamaha XT250 2018 - $5,199 (sekitar RM22,186 selepas pertukaran terus)
Tawaran terkini mereka bagi kategori dwi-sukan berkapasiti kecil datang dalam pakej yang ringan dan lincah digandingkan bersama dengan ketinggian pelananya yang rendah yang akan memenuhi keperluan kebanyakan penunggang yang berbeza. Digabungkan pula dengan enjin sejukan udara, empat lejang, suntikan bahanapi, SOHC, satu silinder 249cc yang memacu keseluruhan kuasa itu ke bahagian belakangnya melalui sistem klac basah berbagai lima kelajuan. Enjinnya dirumahkan di tengah-tengah casis 'trail-ready' Yamaha itu. Bagi mereka yang menggemari penunggangan off-road atau trail secara kasual akan mendapati yang XT250 terbaru ini dilengkapkan dengan suspensi perjalanan jauh yang maju beserta dengan kelegaan tanah melebihi 280mm. Terdapat juga aturcara dwicakera brek dengan cakera 245mm di bahagian hadapan dan cakera 203mm untuk bahagian belakangnya. Pakej pembrekan ini membolehkan daya henti yang lebih hebat di kedua-dua permukaan berturap dan juga tanpa turapan, memberikan keseronokan pada tahap yang tertinggi. Didatangkan dengan roda dwi-sukan yang berlilitan sehingga 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, roda aluminium ini diperbuat untuk keteguhan tambahan dan menawarkan prestasi dan juga pengendalian hebat tanpa mengira keadaan penunggangan. Yamaha sendiri telah menyatakan bahawa motosikal XT250 ini mempunyai tahap penggunaan bahanapi serendah 3.1 liter/100km. Digandingkan tangki bahanapi 9.8 liter XT250 ini, ianya dijangkakan yang motosikal ini dapat meliputi jarak sehingga 300km untuk satu tangki penuh. Yamaha USA telah mengumumkan bahawa XT250 2018 ini akan boleh didapati dalam warna Sandy Beige dengan harga runcit saranan pada $5,199 (sekitar RM22,186 selepas pertukaran terus). Motosikal ini akan tersedia untuk jualan di Amerika Syarikat dalam bulan ini.
Yamaha TW200 2018 - $4,599 (RM19,626 selepas pertukaran terus)
Bagi anda yang ingin berjinak-jinak dengan arena dwi-sukan atau masih lagi mentah dengan trail riding, Yamaha dapat membantu anda dengan sebuah Yamaha TW200 2018 yang lebih mampu milik. Dibangunkan sebagai jentera serba boleh dan mesra pengguna, motosikal TW200 ini dijana oleh enjin karburetor SOHC, sejukan udara, satu silinder, 196cc yang cukut padu dan boleh diharap. Digandingkan dengan kotak gear sirat malar lima kelajuan, sesiapa pun boleh menunggang TW200 ini tanpa sebarang masalah. Salah satu perincian paling menarik pada TW200 2018 ini adalah tayar 'penakluk permukaan bumi' yang besar yang menawarkan traksi yang hebat dan keselesaan kepada penunggang. Mereka juga melengkapkan TW200 ini dengan rupa yang begitu bergaya yang akan dicemburui oleh motosikal dwi-sukan yang lain. Satu lagi perincian hebat yang terdapat pada TW200 yang sama seperti XT250 adalah ketinggian pelananya yang rendah. Ini menjadikannya cukup sesuai bagi penunggang-penunggang muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia penunggangan off-road dan trail. Perincian lain termasuklah fork hadapan 33mm dengan jarak gerakan sehingga 160mm, lenganbuai seksyen kotak yang ringan dipasang pada penyerap hentakan belakang dengan jarak gerakan 150mm dan cakera brek hadapan beroperasi secara hidraulik yang memberikan TW200 ini sebuah pakej dwi-sukan berkapasiti kecil yang hebat untuk mereka yang masih baru. Motosikal TW200 2018 ini juga didatangkan dalam warna Sandy Beige dan harga runcit saranannya untuk pasaran Amerika Syarikat adalah $4,599 (sekitar RM19,626 selepas pertukaran terus). Motosikal TW200 ini boleh didapati bermula pada bulan Ogos 2017. Di mana pasaran Amerika Syarikat dapat memiliki motosikal-motosikal ini dahulu kerana arena penunggangan off-road dan trailnya yang lebih rancak berbanding dengan kita di Malaysia, kami dengan bersungguh-sungguh berharap yang Hong Leong Yamaha mempertimbangkan untuk membawa masuk motosikal-motosikal ini ke tanah air kita memandangkan arena motosikal dwi-sukan berkapasiti kecil di negara kita sudah semakin hangat Sumber : Yamaha Motorsports  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/