Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, June 6, 2017

Moto Guzzi Merancang Untuk Kembali Ke Malaysia Dalam Masa Terdekat!

Moto Guzzi, jenama motosikal tersohor dari Itali pernah mengecapi kejayaan dalam pasaran Malaysia suatu ketika dahulu. Jentera retro moden yang cukup indah dengan penggayaan Itali ini menarik minat sebahagian besar pengguna, namun pelbagai rintangan terhampar di laluan mereka. Pertukaran pengurusan yang sering kali berlaku dan permainan politik di belakang tabirnya menyebabkan para pemilik motosikal ini terumbang ambing tanpa bantuan bengkel rasmi dan perkhidmatan selepas jualan. Telah lebih dua tahun sejak jenama ini mempunyai keberadaan rasmi di Malaysia, tetapi khabar berita ada mengatakan bahawa ianya akan berubah dalam masa yang terdekat ini. Menurut sumber-sumber kami, Moto Guzzi kini sedang sedia untuk membuat kemunculan semula di pasaran Malaysia, dan untuk kali ini jenama ini akan dibantu oleh sebuah syarikat yang terkenal sebagai 'pakar dalam perusahaan runcit'. Buat masa ini, ianya kelihatan seperti hanya dua model yang akan ditawarkan di Malaysia - V7 dan V9 yang bergaya retro, tetapi ianya sebagai permulaan sebelum diperkenalkan satu rangkaian yang lebih lengkap. Sumber kami mengatakan bahawa fokus utama syarikat adalah untuk mendekati pemilik semasa motosikal Moto Guzzi dan menyediakan untuk mereka bengkel rasmi, mekanik terlatih dan sebagainya. Kami juga dimaklumkan yang jenama ini akan mempunyai keberadaan rasmi di sebuah bilik pameran yang bergaya yang terletak di tengah-tengah Petaling Jaya dengan sebuah bengkel terletak disebelahnya. Mereka yang dibelakang tabir untuk kemunculan kembali jenama ini memberi komitmen sepenuhnya untuk jenama ini dan tidak mempunyai jenama motosikal arus perdana dalam portfolio semasa mereka. Ini bermakna yang syarikat ini akan mendedikasikan 100% usaha mereka dalam membangunkan semula jenama ini untuk pasaran tempatan. [gallery columns="4" ids="29778,29779,29776,29780"] Moto Guzzi V7 II menawarkan 4 varian berbeza - V7 II Stone (di atas kiri), V7 II Special (di atas dua dari kiri), V7 II Racer (atas kanan), dan V7 II Stornello (atas dua dari kanan). Buat masa ini masih samar-samar lagi yang mana satukah yang akan dibawa masuk ke Malaysia. Kesemua empat varian ini dijana oleh enjin 744cc dengan hasilan kuasa dalam jangkauan 46.9hp hingga 48hp, dengan beberapa perbezaan teknikal. [gallery columns="4" ids="29770,29781,29771,29774"] Terdapat juga Moto Guzzi V7 III yang juga menawarkan empat varian - V7 III Stone (dua dari kiri), V7 III Special (kanan), V7 III Racer (dua dari kanan), dan V7 III Anniveersario (kiri). Kesemua varian ini juga dijana oleh enjin 744cc yang sama namun menghasilkan lebih kuasa - 52hp dan 60Nm tork. Masih tidak dipastikan lagi varian manakah yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. [gallery ids="29775,29773"] Moto Guzzi V9 pula menawarkan dua varian - bobber (kanan) dan roamer (kiri). Kedua-dua varian ini dijana oleh enjin dwi-silinder 850cc yang menghasilkan 55hp dan 64Nm tork. Kuasanya dipacu melalui aci pacu, dan dengan beratnya hanyalah 199kg sahaja, V9 ini merupakan antara yang teringan dalam kelasnya. Belum ada lagi khabar mengenai harganya, namun jenama ini dijangkakan akan membuat pengumuman rasmi dalam bulan Julai nanti.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/