Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, June 9, 2017

Litar Chang Membosankan - Valentino Rossi

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi telah menyifatkan Litar Antarabangsa Chang sebagai membosankan. Reaksi ini adalah tindak balasnya kepada laporan yang mengatakan Thailand mungkin menjadi negara Asia yang ketiga menganjurkan perlumbaan MotoGP di litar yang terletak di Buriram. Di dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh laman sesawang sukan permotoran crash.net, Rossi dikatakan kurang gembira untuk ke Thailand bagi 2018. Laporan itu mengatakan bahawa Rossi tampak tidak teruja selepas lawatan terkininya ke Litar Antarabangsa Chang itu. Dikatakan bahawa dia kurang menggemari lokasinya itu, dan merasakan perjalanan lima jam dari Bangkok akan "menyusahkan pergerakan komuniti MotoGP". Merujuk kepada kemungkinan penambahan perlumbaan ke-19 pada 2018, Rossi telah berujar, "Saya merasakan yang 18 adalah jumlah yang baik sekali." "Jika ianya bertukar dari 18 ke 19, ia tidak mengubah apa-apa, tetapi jika berkemungkinan untuk kekal pada 18 sahaja, saya lebih gembira." Dalam penerangannya mengenai masalah litar berkenaan, Rossi menyatakan, " Saya pernah ke Thailand untuk Yamaha dua tahun yang lalu, dan bagi saya, masalahnya litar ini tidak cukup menarik. Ianya membosankan, tidak mempunyai banyak selekoh, hanya jalan lurus yang panjang. Saya merasakan ianya bukanlah tempat yang terbaik untuk kami pergi." "Dan litarnya juga, agak teruk, ia terletak agak jauh dengan bandar. Jadi saya kurang gembira untuk pergi ke Thailand, terutamanya ke litar itu. Tetapi, jika kami terpaksa pergi, kami akan pergi." Marc Marquez juga telah melaungkan pendapat yang sama dengan seterunya, dan bersetuju yang jumlah perlumbaan setahun "sudah begitu banyak". Namun, Marquez juga terbuka dengan idea mencuba tempat yang baru. "Seperti apa yang Valentino katakan, 18 perlumbaan sudah cukup banyak," ujar Marquez. "Maksimum, saya tidak tahu akan rancangan masa depan, tetapi maksimum 20 perlumbaan akan menjadi batasan bagi para penunggang. Tetapi, ok, Thailand adalah litar terbaru, saya sukakan litar yang baru. Bila-bila masa kami ke litar baru saya rasa hebat. Jadi mengapa tidak? Saya sukakannya." Walaubagaimanapun, pendahulu semasa kejuaraan Maverick Viñales telah menyatakan kebimbangannya yang penambahan ini akan menyukarkan para penunggang untuk kekal sihat sepanjang musim. Dalam laporan ini, Maverick Viñales telah berkata, "Ianya sentiasa sukar. Apabila adanya lebih banyak perlumbaan ianya semakin sukar kerana anda perlu meneruskan dengan 100% sepanjang tahun. Ia cukup sukar sekali. Apabila anda mempunyai keadaan fizikal yang hebat, enam, tujuh lagi, anda akan mula terjatuh." "Tetapi setiap orang akan terjatuh, anda tidak akan dapat kekal pada tahap tertinggi sepanjang tahun. Ianya akan menjadikannya lebih sukar, tetapi pada masa yang sama baik untuk pertunjukan, lebih menarik. Kita tunggu dan lihat. Saya tidak tahu. Saya suka ke tempat yang baru, litar baru yang kami boleh nikmati." "Thailand, tempatnya agak baik, jadi ianya akan menjadi agak bagus disana. Ianya akan menjadi baik-baik sahaja. Dan juga, tempat-tempat yang lain, saya ingin untuk ke litar baru dan mencubanya, dan bukanlah pada litar yang sama sahaja. Ianya pasti sukar untuk meneruskan sepanjang tahun di tahap yang amat baik." Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/