Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, June 29, 2017

HJC Helmets Memperkenalkan Helmet Spider-Man dan Ironman Terbaru!

[caption id="attachment_30741" align="alignleft" width="640"] Helmet bertemakan adiwira Marvel Spider-Man dan Ironman bersempena filem Spider-Man: Homecoming[/caption] HJC Helmets kini telah pun kembali dengan satu lagi rangkaian helmet yang bertemakan adiwira, dan untuk kali pembuat helmet terkemuka ini telah penghormatan kepada dua adiwira Marvel - Spider-Man dan Ironman - dengan dua helmet baru yang ranggi. [caption id="attachment_30739" align="alignleft" width="640"] Helmet CS-R3 Spider-Man dengan kemasan warna biru dan merah ikonik Spider-Man beserta grafiknya yang cukup dikenali ramai[/caption] Helmet yang bertemakan Spider-Man telah dinamakan sebagai CS-R3 Spider-Man dan dibezakan dengan helmet RPHA 11 yang telah dikeluarkan sebelum ini dengan kemasan warna digital, biru, merah seperti sut Spider-Man dari filem yang bakal ditayangkan pada bulan hadapan. Helmet Spider-Man sebelum ini berperincikan warna grafik dari komik klasik Spider-Man. [caption id="attachment_30740" align="alignleft" width="640"] Helmet Ironman model RPHA ST yang tampak  cukup mengagumkan[/caption] Helmet yang bertemakan Ironman pula dikenali sebagai model RPHA 70 ST, dan ia dilengkapkan dengan grafik yang diperbaharui yang menonjolkan tema metalik yang sofistikated berdasarkan sut terkini Ironman dari filem yang bakal ditayangkan pada bulan Julai akan datang. Helmet ini telah direka untuk kegunaan Sport Touring dan ianya didatangkan dengan pelindung matahari dalaman 'drop-down'. Kedua-dua helmet ini telah dibuat bersempena dengan filem terbaru Spider-Man: Homecoming yang akan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula pada bulan Julai yang akan tiba nanti. Helmet Spider-Man ini akan mula tersedia bagi pasaran Amerika Syarikat bermula pada bulan Julai ini sementara Helmet Ironman pula boleh didapati pada suku ketiga tahun ini. Helmet bertema Spider-Man ini telah ditetapkn harganya pada RM650 sebelum cukai sementara hemet Ironman pula bermula pada harga RM2,621 sebelum cukai. Buat masa ini, masih tiada berita sama ada helmet-helmet ini akan boleh didapati untuk jualan di pasaran tanah air kita. Kunjungilah laman Facebook HJC Helmets Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai helmet-helmet terbaru yang teramat ranggi ini!

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/