Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, June 6, 2017

BMW R nineT Scrambler 2017 Dengan Tangki Bahanapi Monolitik Metalik Matte - RM86,900

[caption id="attachment_29832" align="alignleft" width="640"] BMW R nineT Scrambler[/caption]  
  • BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan BMW R nineT Scrambler 2017 terkini yang datang dengan tangki bahanapi monolitik metalik matte.
  • BMW R nineT Scrambler ini menekankan karakteristik ikonik yang juga klasik yang teralir sepanjang sisi motosikal dari enjin boxernya yang tersohor hinggalah ke keseluruhan rupa luarannya.
  • R nineT Scrambler terbaru dengan tangki bahanapi baru ini ditetapkan pada harga RM86.900 (asas beserta GST).
[caption id="attachment_29835" align="alignleft" width="640"] BMW R nineT Scrambler[/caption] BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan varian terkini bagi BMW R nineT Scrambler mereka yang eksklusif dengan satu perincian baru yang cukup cantik sekali;tangki bahanapi Monolitik Metalik Matte. Dilancarkan pada bulan Oktober tahun lalu, model sebelum ini didatangkan dengan tangki bahanapi aluminium tersadur namun dengan skema warna Monolitik Metalik Matte, Ia menonjolokan lagi rupa bahagian hadapan BMW R nineT Scrambler ini ke satu tahap yang lebih tinggi. [caption id="attachment_29833" align="alignleft" width="640"] BMW R nineT Scrambler[/caption] Diinspirasikan oleh waktu-waktu gemilang motosikal scrambler, BMW R nineT Scrambler ini menekankan rupa bentuk yang klasik dan juga karakteristik yang ikonik dimana ia dapat dilihat sepanjang susuk motosikal ini dari enjin boxernya yang masyhur, tangki bahanapi yang padat, dan terutamanya pada bahagian belakang yang menggiurkan. Dikategorikan sebagai motosikal tanpa batasan waktu, Scrambler ini juga bercirikan speedometer rekaan klasik dengan paparan analog terterap di gugusan instrumen yang terletak di bahagian hadapan. Bagi menambahkan sedikit sentuhan tarikan futuristik, penunggang dapat mencapai maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan melalui paparan LCD dwi-lajur. [caption id="attachment_29837" align="alignleft" width="640"] BMW R nineT Scrambler[/caption] Aspek paling ikonik dan dikenali pada R nineT Scrambler ini semestinya enjin boxer dwi-silinder sejukan udara/cecair, 1,700cc yang dipasang secara melintang, yang mampu menghasilkan sehingga 110hp dan 116Nm tork pada 6,000rpm. Memindahkan keseluruhan kuasa itu ke roda belakang dikendalikan oleh transmisi manual enam kelajuan dan aci pacu akhir. [caption id="attachment_29836" align="alignleft" width="640"] BMW R nineT Scrambler[/caption] Bagi memastikan setiap perjalanannya lancar, pakej suspensi R nineT Scrambler telah dinaiktaraf dengan fork hadapan bolehsuai sepenuhnya, diilhamkan dari superbike utama mereka, BMW S1000RR. BMW R nineT Scrambler ini menawarkan yang terbaik antara yang lama dan dari masa hadapan. Pemetaan enjinnya telah diolah semula bagi memenuhi piawaian emisi Euro4 bersama dengan sistem pengudaraan tangki yang dipertingkatkan dengan penambahan kanister karbon. Enijn yang baru ditala ini mempunyai kecekapan bahanapi sehingga 5.3liter bagi setiap 100km. [caption id="attachment_29830" align="alignleft" width="640"] BMW R nineT Scrambler[/caption] Inginkan R nineT Scrambler anda sendiri? BMW Motorrad Malaysia telah menetapkan harga bagi Scrambler ini beserta dengan tangki bahanapi Monolitik Metalik Matte pada harga RM86,900 (asas beserta GST). Ingin mengetahui tentang motosikal BMW di Malaysia? TEKAN SINI untuk membelek kesemuanya jentera BMW di Bikes Republic, Bike Buyer's Guide. [gallery columns="5" ids="29850,29849,29848,29847,29846,29845,29844,29843,29842,29841,29840,29839,29838,29837,29836,29835,29834,29833,29832,29831,29830,29829,29828,29827,29826,29825,29824,29823"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/