Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, June 18, 2017

Alpinestars Tech-Air Memenangi Anugerah Inovasi Tertinggi CES Asia 2017

 
  • Alpinestars Tech-Air telah diberi kehormatan dengan anugerah dalam kategori 'Wearables' pada Anugerah Inovasi Asia di Pertunjukan Elektronik Pengguna (Consumer Electronics Show) pada tahun ini.
  • Pakar kelengkapan menunggang motosikal itu merupakan calon pendahulu untuk anugerah itu di Shanghai, China pada minggu lalu di mana mereka memenanginya untuk produk inovatif mereka.
  • Terdapat dua versi yang berbeza untuk sistem Tech-Air™ mereka itu; Tech-Air™ Street yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan Tech-Air™ Race pada tahun 2016.
Salah satu daripada perintis bagi teknologi beg udara aktif untuk kelengkapan keselamatan dan perlumbaan motosikal telah pun dianugerahkan di Anugerah Inovasi Asia Pertunjukan Elektronik Pengguna pada awal minggu ini. Anugerah ini telah disampaikan kepada Alpinestars di Shanghai, China sebagai pemenang bagi kategori 'Wearable' untuk sistem beg udara aktif Tech-Air™ mereka. Alpinestars Tech-Air™ telah dibangunkan dengan pengalaman melebihi 10 tahun dalam industri kelengkapan keselamatan menunggang. Walaupun terdapat kelengkapan keselamatan menunggang lain yang menggunakan beg udara, Tech-Air™ dari Alpinestars kekal sebagai satu-satunya sistem beg udara bebas yang berfungsi tanpa penggunaan pengesan luaran atau GPS. Sistem ini menggunakan algoritma yang amat sofistikated yang mengembungkannya sejurus sebelum penunggang terhentam yang menawarkan perlindungan menyeluruh pada bahagian atas badan. Ianya juga dapat diatur untuk berfungsi dengan apa-apa jenis motosikal yang berada di pasaran. Terdapat dua versi yang berbeza untuk sistem Tech-Air™ ini; Tech-Air™ Street yang telah pun dikeluarkan pada tahun 2014 yang lalu dan juga Tech-Air™ Race pada tahun 2016 yang boleh didapati di seluruh dunia. Di Malaysia, pengimport rasmi bagi jenama dari Itali ini adalah Sinar Puncak Sdn Bhd yang juga merupakan pengedar sah bagi ekzos Yoshimura, helmet Shoei, RK Chain dan juga beberapa jenama-jenama lain yang berkaitan. Dengan penghormatan anugerah ini, ianya bermakna yang jenama ini semakin mendapat pengiktirafan untuk produk-produk mereka yang berkualiti tinggi dan juga mengukuhkan lagi gelaran mereka sebagai pakar kelengkapan menunggang. Bersama dengan penunggang-penunggang yang berprofil tinggi yang menggunakan sut perlumbaan mereka untuk perlumbaan MotoGP, WorldSBK dan juga siri-siri perlumbaan yang lain, ianya bermakna yang industri permotosikalan dapat meyakini yang Alpinestars hanya membekalkan yang terbaik untuk penggunanya.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/