Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, May 17, 2017

Triumph Try Day - Pandu Uji Motosikal Triumph Idaman Anda!

  • Triumph Fast Bikes Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara istimewa, "Triumph Try Day" pada hari Sabtu ini (20 Mei 2017) dari jam 9pagi hingga 5petang.
  • Acara Triumph Try Day ini adalah peluang keemasan bagi para penggemar dan peminat Triumph untuk mencuba semua motosikal keluaran mereka termasuklah model-model terbaru 2017.
  • Makanan dan minuman ringan akan disediakan dan bagi mereka yang memandu uji motosikal pada hari Sabtu nanti akan berpeluang memenangi hadiah misteri.
Triumph Motorcycles Malaysia (Triumph Fast Bikes Sdn Bhd) akan menganjurkan satu hari istimewa buat para penggemar serta peminat motosikal Triumph. Dinamakan "Triumph Try Day", bilik pameran rasmi Triumph Motorcycles yang terletak di Petaling Jaya akan memnberikan peluang keemasan mencuba semua motosikal Triumph yang tersedia di bilik pameran mereka pada hari Sabtu ini (20 Mei 2017). Mengapakah ianya satu acara yang perlu dihadiri? Antara sebabnya adalah hampir kesemua model terbaru bagi 2017 telah pun tiba di bilik pameran ini dan anda akan mendapat peluang untuk memandu uji motosikal-motosikal ini dan rasakan bagaimana pengendaliannya dengan sendiri. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut model apakah yang baru tiba di bilik pameran Petaling Jaya ini. Setakat ini, model 2017 yang telah pun tersedia di bilik pameran Petaling Jaya adalah Triumph Bonneville Bobber, Street Scrambler, Bonneville T100 dan T100 Black dan juga yang dinanti-nantikan, Street Triple 765 RS Roadster. Sesungguhnya kami cadangkan anda untuk memandu uji sendiri Street Triple RS ini. Jikalau motosikal naked tiga port bukanlah kegemaran anda, apa kata jika anda tumpukan perhatian ke Bonneville Bobber yang amat menggiurkan. Dijana enjin V berkembar prestasi tork tinggi 1,200cc sepertimana yang terdapat pada T120 dan T120 Black, jentera ini menghasilkan 76hp pada 6,100rpm dan 106Nm tork pada 4,000rpm untuk prestasi yang terbaik di tahap rendah. Bobber ini juga dilengkapkan dengan sejukan cecair serta suntikan bahanapi elektronik jujukan berbilang (multipoint sequential electronic fuel injection). Triumph Try Day ini akan diadakan pada hari Sabtu ini (20 Mei 2017) dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Triumph Motorcycles Malaysia (Triumph Fast Bikes) terletak di No. 3, Jalan 13/1, Seksyen 13,46200, Petaling Jaya, Selangor. Triumph Fast Bikes ini terletak di belakang PJ33 Cybercentre (dahulunya dikenali sebagai Jaya 33). Datanglah untuk memandu uji motosikal Triumph idaman anda dan anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri. Makanan serta minuman ringan akan disediakan. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang acara pandu uji Triumph Try Day.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/