Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 19, 2017

Perkembangan Terkini Nicky Hayden Dari Red Bull Honda World Superbike Team

  • Nicky Hayden telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya serius yang telah mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kepala, dada serta pinggulnya ketika dia sedang menjalankan sesi latihan berbasikal di Rimini, Itali.
  • Juara Dunia 2006 MotoGP itu telah dipindahkan ke Hospital Maurizio Bufalini di Cesena di bawah unit rawatan intensif.
  • Dia dikatakan mengalami pelbagai kecederaan serius yang telah menyebabkan kecederaan otak serius.
Seperti yang telah diketahui ramai, Juara Dunia MotoGP 2006 dan penunggang semasa dalam siri WorldSBK bagi Red Bull Honda World Superbike Team, Nicky Hayden, telah terlibat dalam satu kemalangan yang teruk ketika sedang dalam latihan di Itali. [caption id="attachment_28638" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: Rimini Today[/caption] [caption id="attachment_28637" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: Rimini Today[/caption] Penunggang berusia 35 tahun itu sedang berbasikal bersama beberapa orang rakan apabila sebuah Peugeot telah melanggarnya dari hadapan dan mengakibatkan rempuhan dahsyat dengan bahagian hadapan kereta serta cermin depannya. Insiden telah menyebabkan kecederaan serius pada bahagian kepala, dada dan pinggulnya sebelum dia dipindahkan ke hospital terdekat di Rimini, Itali. TEKAN SINI untuk membaca berita sepenuhnya. Semenjak itu, Hayden telah menerima banjiran sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan para peminat seluruh dunia dan juga dari pasukan WorldSBKnya yang telah berkongsi perkembangan harian brkaitan keadaan semasanya. https://twitter.com/MotoGP/status/865188670818660352 Kelmarin, pasukannya telah memberi kenyataan ini: "Keadaan klinikal Nicky Hayden masih pada tahap amat kritikal. Pemuda ini, yang masih lagi dalam unit rawatan intensif di hospital Bufalini di Cesena, telah mengalami pelbagai kecederaan serius yang mengakibatkan kecederaan otak yang serius. Prognosisnya masih lagi tidak dapat ditentukan." Beberapa jam sebelum itu, pasukan Red Bull Honda World Superbike telah memuatnaik kenyataan ini: "Berikutan kemalangan itu, Nicky telah dirawat di tempat kejadian oleh petugas perubatan dan dibawa dengan ambulans ke sebuah hospital berhampiran Rimini untuk rawatan segera. Apabila keadaannya sudah distabilkan, dia telah dipindahkan ke Hospital Maurizio Bufalini di Cesena dan diletakkan di bawah unitrawatan intensif hospital itu. Ahli sepasuka serta tunangnya berada bersamanya di hospital berkenaan," "Kami ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang telah menzahirkan kata-kata semangat dan sokongan dan juga bantuan yang telah diberikan oleh perkhidamatan perubatan dan kecemasan. Sebaik sahaja kenyataan rasmi berkenaan keadaan Nicky dikeluarkan oleh pihak hospital atau pun keluarga Nicky, perkembangan selanjutnya dari pasukan akan dikeluarkan." Kami dari keluarga MotoMalaya dan Bikes Republic ingin menzahirkan sokongan kepada Nicky Hayden dan berharap agar keadaan akan bertambah baik. Doa dan ingatan kami kepada kamu, Nicky. #GoNicky

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/