Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, May 15, 2017

Pakar Harley Davidson, Mad Garage Membuka Kedai Di Setapak, Kuala Lumpur

 
  • MAD Garage telah membuka pintunya kepada para pelanggan dalam memberikan khidmat servis terbaik, kerja-kerja penyelenggaraan, dan juga tempaan khas bagi semua motosikal Harley Davidson.
  • Terletak di Taman Sri Rampai, Setapak, pakar Harley Davidson ini terletak hanya lima minit sahaja dari pusat membeli belah AEON Wangsa Maju.
  • Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perkhidmatan servis, membaiki dan juga tempaan khas Harley, MAD Garage adalah kedai satu hentian bagi segala keperluan motosikal Harley anda.
Pada hari Jumaat yang lalu menandakan pembukaan besar-besaran MAD Garage yang terletak di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur. Dikhususkan untuk perkhidmatan servis, membaikpulih, dan membuat tempaan khas motosikal Harley Davidson, tiada apa yang tidak dapat mereka lakukan untuk menjadikan motosikal Harley anda bergerak dengan dengan lancar atau menjadikannya seunik pemiliknya. Bengkel ini menawarkan khidmat dalam penjagaan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson seperti penukaran minyak, penyaring, penyelenggaraan sistem brek, bahagian elektrikal dan berbagai lagi. Mereka juga berusaha untuk menyediakan produk berkualiti tertinggi untuk memastikan motosikal anda bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah bagaikan ianya baru sahaja dibeli! Ghairah tentang apa pun yang berkaitan dengan Harley di Malaysia, mereka sudah semestinya perlukan seseorang yang cukup mahir tentang motosikal ini. Dengan adanya En. Tan atau dikenali sebagai Panjang sebagai Ketua Juruteknik mereka, pemilik Harley dapat menarik nafas lega apabila menghantar motosikal kesayangan ke MAD Garage kerana En. Tan mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam perkhidmatan servis dan tempaah khas Harley Davidson. Bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang MAD Garage, anda bolehlah melawati laman Facebook rasmi mereka atau hubungi nombor 019-2884646 atau 016-26344646 (En Tan atau Panjang) atau nombor 019-3342525 (Kelly). MAD Garage terletak di No. 13, Jalan Seri Rejang 5, Pusat Perindustrian Sri Rampai, 53300, Kuala Lumpur. Sebagai meraikan pembukaan besar-besaran mereka, MAD Garage juga menwarkan pelbagai pakej perkhidmatan servis yang menarik dan tawaran-tawaran lain pada harga yang berpatutan. Kunjungilah mereka untuk mengetahuinya! Berminat memiliki model motosikal Harley Davidson? TEKAN SINI untuk melawati laman eksklusif Bikesrepublic.com Bike Buyer's Guide untuk melihat pilihan model Harley Davidson yang terdapat di Malaysia! Galeri Pembukaan Besar-Besaran MAD Garage [gallery ids="28331,28330,28329,28328,28327,28326,28325,28324,28323,28322,28321"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/