Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, May 23, 2017

Kenalkah Anda Pada Jenama-Jenama Keluaran Malaysia Ini?

Pernahkah anda tertanya-tanya mengenai produk-produk motosikal keluaran tanah air kita yang tidak kurang hebatnya dengan jenama dari luar? Di sini kami senaraikan beberapa contoh jenama Malaysia yang boleh anda dapatkan untuk motosikal kesayangan anda.

  Dengan begitu banyak bilangan motosikal yang terdapat untuk pasaran negara kita ini, tidak menghairankanlah jika kita melihat ada yang mengambil peluang untuk mengisi keperluan dan minat orang ramai dan pada masa yang sama menghasilkan produk yang tidak kurang hebatnya untuk meningkatkan lagi pengalaman dan prestasi tunggangan anda.
1) Racing Boy
Selepas penjenamaan semula kepada nama Racing Boy pada 1998, En. Lee Meng Teck, seorang mekanik dari Bukit Mertajam, bersama abang-abangnya berjaya menjalinkan usahasama dengan OEM (sebuah pengilang kelengkapan asli dari Shanghai) untuk merekabentuk, menbangunkan dan mengeluarkan produk Racing Boy. Pada tahun 2002, mereka menjadi pengilang tempatan pertama yang menawarkan rim berwarna untuk kegunaan motosikal berkapasiti kecil. Dengan sambutan memberangsangkan dari para penunggang serta pengguna kerana rupanya yang cantik serta prestasi produknya. Racing Boy mula menjejakkan kaki dalam arena Cub Prix Malaysia pada tahun 2004 dan dengan sepantas kilat, pasukan yang ditajanya mula memenangi perlumbaan. Hingga ke hari ini, Racing Boy kekal sebagai penaja utama untuk Malaysia Cub Prix. https://youtu.be/iYAiBn06rRs Dengan setiap kemenangan, pendedahannya semakin meluas dan namanya semakin menjadi bualan dan diikuti dengan penambahan modal yang lebih besar serta pengembangan produk. Ini menjurus kepada lebih banyak produk Racing Boy dan pada tahun 2007, mereka mula mengeksport produk ke negara Asia Tenggara hingga ke negara Greece dalam tahun 2010. Setakat ini, Racing Boy telah pun memenangi beberapa anugerah termasuk "2nd Asia Success Award" dari International Organizing Committee, "Super Golden Award" dari Asia Success Inc. untuk produk rim motosikal mereka dan akhir sekali "11th Asia Pacific Top Excellence Brand" dari Asia Pacific Excellence Entrepreneur Alliance. https://youtu.be/YtQiD2M5cJU Jika itu tidak cukup untuk meyakinkan anda, Racing Boy juga merupakan salah satu penaja bagi Movistar Yamaha MotoGP dengan Valentino Rossi dan Maverick Viñales. TEKAN SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Racing Boy.
2) Tune Boss
Buah fikiran dua jurutera komputer pada tahun 2011, Tune Boss telah dibangunkan dengang FSR Technology bersama dengan dua pengasasnya, En. Farhan dan En. Suffian. Tertumpu pada pembinaan sistem kawalan masa-sebenar terterap(real-time embedded control systems), Tune Boss membuat pengkhususan untuk produk ECU motosikal suntikan bahanapi selepas jualan. https://youtu.be/2LsNYfk7gG0 Semua produk Tune Boss telah dibangunkan sendiri oleh dua orang jurutera genius ini dan hasilnya amat terbukti. Produk terbaru mereka yang memenuhi keperluan peningkatan prestasi bagi motosikal Yamaha dan Honda telah pun digunakan secara aktif dalam Cub Prix Malaysia dan juga Kejohanan Superbike Malaysia dalam kategori bawah 250cc. https://youtu.be/f512Fp_SUpw Begitu hebat produk ECU mereka, ianya telah pun dieksport ke negara Thailand, Filipina, Vietnam, malah ke negara-negara Eropah serta telah tiba di Mexico. Kelebihan "Plug and Play" produk ECU mereka ini menyumbang kepada tarikannya, kerana ianya mudah dipasang tanpa perlu pendawaian semula. https://youtu.be/5FHpmiurVqE Apa yang menjadikan ia lebih istimewa ialah ECU ini sedia Bluetooth yang dapat dipasang tanpa wayar melalui aplikasi Tune Boss menggunakan sebarang telefon pintar. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mendapatkan 'kunci' untuk membuka ciri-ciri tambahan seperti quick shifter untuk kegunaan perlumbaan.                                 TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk-produk terkini bagi Yamaha YZF-R25, Yamaha Lagenda 115z dan Honda RS150R.
3) Sistem Pemantau Tekanan Tayar FOBO (TPMS)
Buat para pembaca dari Ipoh, produk ini perlu menjadi kebanggaan anda. Kita sememangnya tidak mahu merisaukan sama ada tekanan tayar kita mengcukupi, lebih-lebih lagi ketika menunggang, kerana tekanan tayar yang tidak sesuai boleh merosakkan tayar dan juga menyebabkan kecelakaan. Sistem Pemantau Tekanan Tayar FOBO (TPMS) ini dibangunkan di Malaysia. Ianya merupakan Sistem Pemantau Tekanan Tayar berkeupayaan Bluetooth pertama di dunia yang ada dalam pasaran. Walaupun ianya semakin dikenali di negara kita kerana ianya cukup mudah untuk digunakan, di luar sana ianya sudah pun mendapat nama, seperti di Amerika Syarikat. Tanpa memerlukan pendawaian yang kompleks ianya sudah dapat digunakan. Lekapkan sahaja unit FOBO pada injap tayar dan anda dapat memantau tekanan tayar melalui satu aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sistem Pemantau Tekanan Tayar dengan Bluetooth FOBO.
4) Pelincir T.I.E
Dibangunkan di Malaysia dengan sokongan dari Jepun, siri minyak enjin 4T TIE Motorcycles sedang menuju ke kemuncak pelincir motosikal. Dengan pengetahuan meluas, pengalaman, teknik dan sumber, mereka telah menerapkan teknologi nano dalam pelincir mereka untuk memangkin prestasi dan pelinciran pada tahap tinggi pada mana-mana enjin motosikal. Nano Series Engine Oil 15W40 dan 10W40 yang telah dibangunkan dengan khas memastikan enjin berfungsi lancar, pecutan yang lebih baik, memanjangkan jangkahayat cecincin omboh dan silinder, mempromosikan kebersihan bahagian dalaman dan menambah jangkahayat palam pencucuh dan juga enjin. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Pelincir TIE dan produk minyak enjin mereka.
5) Faito Racing
Sebagai pembekal alatan dan aksesori perlumbaan motosikal berkualiti tinggi, Faito Racing telah berada dalam arena permotoran Malaysia melebihi 10 tahun sejak 2006. Dengan kakitangan yang berkemahiran serta pengalaman melebihi 30 tahun, produk berkualiti tinggi mereka dikilangkan menggunakan teknologi Jepun. Faito Racing juga penyokong kuat bagi arena perlumbaan tempatan terutamanya untuk Petronas AAM Malaysian Cub Prix dimana mereka merupakan penaja utama bagi pasukan Faito YSP Racing dan AAP Maz Oil HRC Faito Racing dan juga sebagai penaja bersama untuk beberapa pasukan lain. Faito Racing mempunyai fasiliti kajian dan pembangunan mereka sendiri dalam usaha untuk menyediakan produk-produk hebat kepada orang ramai. Dari aci engkol, pad brek, klac, gear, paip ekzos dan bebola bearing, anda dengan mudah dapat membina sebuah jentera perlumbaan dengan mengunjungi Faito Racing. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Faito Racing. Untuk mendapatkan lagi berita dan mengenali produk tempatan yang ada di pasaran negara, teruskan bersama kami di MotoMalaya.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/