Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, May 25, 2017

Horizons Unlimited Indonesia Telah Mengundang Anita Yusof Sebagai Tetamu Khas

  • Acara kali pertama Horizons Unlimited di Asia menyaksikan Anita Yusof diberi penghormatan sebagai salah seorang jemputan khas untuk berkongsi pengalaman dan juga tips yang diperolehinya ketika tunggangan solonya, "Global Dream Ride 2016".
  • Duta produk GIVI itu telah mengacarakan beberapa sesi di Pulau Sumbawa, Indonesia bersama beberapa penunggang kembara wanita ternama iaitu Nicole Espinosa (USA) dan Maggie Magowan (England).
  • Horizons Unlimiteds adalah sebuah forum khusus yang didedikasikan bagi penunggang kembara yang telah dilhamkan oleh pasangan veteran Grant Johnson dan isterinya, Susan, pada tahun 1997.
Duta bagi GIVI sekali lagi mencipta sejarah apabila dia telah dijemput sebagai tetamu istimewa bagi Horizons Unlimited (Indonesia) yang telah berlangsung dari 18 hingga 21 Mei 2017. Acara ini yang telah diadakan di Pulau Sumbawa, Indonesia mengumpulkan ramai penunggang kembara dari seluruh dunia khusus untuk acara ini. Anita Yusof telah dijemput sebagai tetamu khas bagi berkongsikan cerita serta pengalamannya ketika tunggangan "Global Dream Ride 2016" dimana dia telah mengelilingi dunia secara solo di atas jentera Yamaha FZ150i-nya. Horizons Unlimited merupakan satu forum khusus yang telah didedikasikan untuk para penunggang kembara yang telah diilhamkan oleh pasangan veteran Grant Johnson dan isterinya, Susan, pada tahun 1997. Antara nama-nama terkenal dalam dunia tunggangan kembara yang hadir untuk berkongsi pengalaman peribadi dan tips adalah tuan rumah Jeffrey Polnaja, Ted Simon (England), Steve Campbell (Australia), Andy Dukes (England), Jeff de Wispelaere (USA) serta pasangan Shannon dan Mike Mills (USA). Anita Yusof merupakan satu-satunya penunggang kembara wanita Muslim di situ, dimana sesinya juga turut disertai oleh Nicole Espinosa (USA) dan Maggie Magowan (England) untuk bersama-sama berkongsi pengalaman. Apabila disoal mengenai acara ini, Anita menjawab "Acara ini adalah sangat penting bagi kalangan peminat tunggangan kembara kerana banyak sesi berkongsi pengalaman, tips, hal-hal teknikal dan juga mengenali satu sama lain melalui pengalaman mereka. Saya sangat teruja kerana terpilih sebagai salah seorang pengacara untuk acara yang julung-julung kalinya diadakan di Asia. Lazimnya acara sebegini hanya tertumpu di Eropah atau Amerika sahaja." GIVI Indonesia turut menghantar seorang wakil media permotoran yang sangat berpengalaman, Wisnu Gareng Guntoro dari Dapurpacu.com untuk satu tunggangan solo dari Jakarta ke Pulau Sumbawa yang meliputi jarak 3,000km. Wisnu juga merupakan satu-satu ahli media yang telah mengikuti dua acara tajaan GIVI berturut-turut; GIVI Explorer 2015 South Africa Tour dan GIVI Explorer 2016 Andes Tour. Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, En. Joseph Perucca turut hadir pada acara berkenaan sebagai wakil GIVI. Menurut Joseph, "Jenama GIVI yang sinonim sebagai pengeluar kelengkapan penunggangan kembara sangat menyokong usaha mengumpul dan berkongsi pengalaman antara peserta agar minat terhadap bidang ini terus berkembang."

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/