Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 20, 2017

Bikes Gallery Sdn Bhd (Alor Setar) Melancarkan Kawasaki Ninja Shop Pertama Di Utara Tanah Air

 
  • Kawasaki Ninja Shop pertama di utara Malaysia telah dilancarkan awal hari ini oleh Bikers Gallery Sdn Bhd.
  • Terletak di Alor Setar, Kedah,Kawasaki Ninja Shop ini juga adalah salah satu yang terbesar di Malaysia merangkumi ruang 33,000 kaki persegi untuk kawasan pameran motosikal dan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC).
  • Kawasaki Ninja Shop merupakan satu kedai konsep yang dikhaskan untuk jenama Kawasaki yang meliputi motosikal, kelengkapan menunggang, barangan serta banyak lagi bagi memberikan yang terbaik buat semua jenis penunggang seluruh negara.
Bikers Gallery Sdn Bhd yang terletak di Jalan Raja, Alor Setar, Kedah telah pun berjaya melancarkan Kawasaki Ninja Shop yang pertama di utara Malaysia. Ninja Shop ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah (Menteri Besar Kedah) bersama dengan En. Ahmad Faez Tan Sri Yahaya (Pengerusi Eksekutif Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.), En. Hee Sze May (Pengarah & Pemilik Bikers Gallery Sdn. Bhd.), En. Wee Hong (Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia) dan Yang Berbahagia Dato' Jeffrey Lim (Pengurus Besar & Pengarah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.). Apa yang menjadikan Kawasaki Ninja Shop ini istimewa? Selain daripada Ninja Shop pertama yang dibuka di wilayah utara tanah air, ianya juga antara yang terbesar meliputi kawasan seluas 33,000 kaki persegi termasuk ruang pameran serta Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Center - KESC). Bagi mereka yang kurang arif dengan Kawasaki Ninja Shop, ianya merupakan sebuah kedai konsep yang dikhaskan untuk jenama Kawasaki dan segalanya yang ditawarkan mereka. Apa jua yang anda inginkan dari Kawasaki, anda sudah pasti dapat memilikinya di Ninja Shop yang dapat memenuhi keinginan anda tidak kiralah dari kategori Sport, Super Sport, Scrambler, Touring dan lain-lain. Penduduk Alor Setar dan kawasan sekitarnya kini boleh berkunjung ke Kawasaki Ninja Shop ini untuk melihat sendiri kesemua motosikal mereka termasuklah rangkaian motosikal bagi 2017; Kawasaki Z650 ABS, Kawasaki Ninja 650 ABS, Kawasaki Z900 ABS dan Kawasaki Versys - X 250. Sudah pun memiliki motosikal Kawasaki? Anda boleh ke Ninja Shop ini untuk mendapatkan kelengkapan menunggang rasmi Kawasaki dan lain-lain barangan bagi melengkapkan lagi motosikal anda itu. Khidmat selenggara akan dibuat oleh kakitangan terlatih dari Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC) dengan tujuan memastikan kesemua motosikal Kawasaki dalam prestasi optimum setiap kali motosikal dihantar untuk selenggaraan. Disediakan juga ruangan menunggu yang selesa untuk para penunggang beristirehat sambil menantikan motosikal mereka diselenggara. Sebagai tanda sokongan kepada pembukaan Ninja Shop dan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki Bikers Gallery di Alor Setar, Kedah, sebuah konvoi Kawasaki CKD Ride 2017 yang terdiri daripada 100 penunggang Kawasaki yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Jeffrey Lim sendiri telah menghadiri majlis pembukaan ini. Jadi, sekiranya anda berdekatan, jangan lupa untuk singgah ke Kawasaki Ninja Shop baru ini yang terletak di no. 380, Jalan Raya, 05000, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan tawaran serta diskaun yang hebat dari Kawasaki dan kami pasti yang mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan "the good times keep rolling" bersama Kawasaki. Sumber gambar: Kawasaki Motors (Malaysia) Galeri Pembukaan Kawasaki Ninja Shop Bikers Gallery [gallery columns="5" ids="29070,29069,29068,29067,29066,29065,29064,29063,29062,29061,29060,29059,29058,29057,29056,29055,29054,29053,29052,29051,29050,29049,29048,29047,29046,29045,29044,29043,29042,29041,29040,29039,29038,29037,29036,29035,29034,29033,29032,29031,29030,29029,29028,29027"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/