Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 26, 2017

Adakah Ini Roadster Naked Husqvarna 701 Svartpilen?

  • Beberapa gambar intipan motosikal roadster naked Husqvarna 701 Svartpilen telah tersebar di atas talian dalam beberapa hari ini.
  • Melihat pada gambarnya, ianya telah disahkan sebagai 701 berdasarkan nombor yang tertera pada tempat letak kaki motosikal ini.
  • Motosikal 701 ini sedang diuji tampak seperti sebuah 701 yang diperhalusi dengan ilham dari motosikal 401.
[caption id="attachment_29527" align="alignleft" width="640"] Sumber imej: MCN[/caption] Gambar intipan yang kelihatan seperti motosikal roadster naked Husqvarna 701 Svartpilen telah pun tersebar di atas talian sejak beberapa hari yang lalu. Svartpilen ini merupakan sebuah motosikal yang dibina berdasarkan konsep Husqvarna Vitpilen 701 yang telah membuat kemunculan pertamanya pada 2015 di pertunjukan EICMA di Milan, Itali. [caption id="attachment_29531" align="alignleft" width="640"] Husqvarna 401 Svartpilen[/caption] Rupa paras yang ala scrambler motosikal 701 serba hitam ini dikatakan sebagai Svartpilen berbanding Vitpilen yang lebih bergaya roadster kerana roda berjejarinya yang dilitupi dengan apa yang kelihatan seperti tayar scrambler atau dwi-sukan Pirelli MT60. Karakteristik yang sama boleh dilihat pada 401 juga. TEKAN SINI bagi membaca dengan lebih lanjut tentang Husqvarna 401 yang membuat kemunculan di pertunjukan EICMA tahun lalu. Penelitian pada gambar intipan ini menunjukkan sememangnya ia adalah sebuah 701 berdasarkan nombor yang tertera di tempat letak kaki aluminium. Walaupun tiada lagi kepastian tentang spesifikasi enjin untuk 701 ini, kami mengagak ianya mungkin dijana enjin satu silinder 693cc dari Husqvarna 701 Supermoto yang diambil dari KTM 690 Duke 2017. [caption id="attachment_29526" align="alignleft" width="640"] Husqvarna 701 Supermoto[/caption] TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Husqvarna 701 Supermoto. Ini bermakna yang hasilan kuasanya berkemungkinan dalam lingkungan 74hp pada 8,000rpm dan 71Nm tork pada 6,750rpm. Perincian lain yang dapat dilihat dari gambar intipan ini adalah fork hadapan teleskopik terbalik WP, angkup brek Brembo, dan juga ABS. Nampaknya Husqvarna sedang mengatur langkah dengan bijak setakat ini dengan pembangunan 701 ini. Kesimpulannya, pengeluar ini dalam usaha pasaran bagi jenama itu dengan pengenalan motosikal jalanannya. Tidak sabar kami nantikan kemunculan 401 pada masa akan datang. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya bagi segenap berita dunia permotoran.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/