Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, May 30, 2017

MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail

 
  • MotoWorld Malaysia akan menjalankan satu inisiatif bagi bulan Ramadan ini untuk Allahyarham Norizman Ismail, penunggang Malaysian Cub Prix yang telah terkorban.
  • Sebahagian daripada pendapatan jualan keseluruhan dari sekarang hingga ke Hari Raya nanti akan disalurkan ke keluarga Norizman untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri.
  • MotoWorld Malaysia juga akan menyediakan satu tabung sumbangan di kedai mereka yang terletak di Petaling Jaya bagi mereka yang ingin menderma secara terus ke keluarga Norizman.

Motosikal-Motosikal Kembara Termurah Di Malaysia

  • Arena penunggangan kembara semakin pesat membangun di Malaysia dan sesetengah pihak tertanya-tanya apakah antara motosikal kembara yang termurah boleh didapati di negara kita.
  • Dengan begitu banyak pilihan meliputi berbagai spesifikasi dan juga jenama, kami telah menyenaraikan lima daripada pilihan mampu milik terbaik untuk memenuhi keperluan penunggangan kembara anda.
  • Antaranya adalah Keeway TX200G 2016, Kawasaki Versys-x 250 2017, Benelli TRK 502 2017, Honda CB500X 2016 dan BMW F700GS 2016.

Monday, May 29, 2017

WorldSBK: Kawasaki Takluki Donington Park Dengan Kemenangan Ke-100

  • Pusingan keenam dalam siri perlumbaan WorldSBK musim ini berlangsung di Donington Park hujung minggu lalu menyaksikan Tom Sykes dan Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team) mendominasi kedua-dua perlumbaan, menyumbang kepada kemenangan yang ke-100 dalam kejohanan ini bagi pasukan itu.
  • Tom Sykes memenangi Perlumbaan 1 diikuti oleh Leon Haslam (Kawasaki Puccetti Racing) di tempat kedua dan Alex Lowes (Pata Yamaha Official WorldSBK Racing) di tempat ketiga.
  • Jonathan Rea bertarung dengan hebat sekali di Perlumbaan 2 dan memenanginya diikuti oleh Tom Sykes dan Chaz Davies.

Sunday, May 28, 2017

BMW Dedahkan Skuter Elektrik Concept Link

  • Elektrik skuter BMW Concept Link yang super futuristik telah diperkenalkan baru-baru ini ketika acara tahunan Concoro d'Eleganza Villa d'Este di Itali.
  • Motosikal Concept Link ini merupakan kenderaan emisi-sifar yang datang dengan prestasi hebat serta kepintaran tahap tinggi bagi membantu para penunggang ketika perjalanan.
  • "BMW Motorrad Concept Link, dengan gaya yang sederhana dan tanpa batas waktu, bukanlah sekadar konsep - ianya satu simbol kepada era baru."

Saturday, May 27, 2017

Motosikal Pacuan Semua Roda - Sekadar Angan-Angan Atau Kenyataan?

 
  • Persoalan mengenai sama ada motosikal pacuan semua roda benar-benar wujud atau pun palsu masih menjadi tanda tanya buat kebanyakan kita namun bagi sesetengah pengeluar, mereka telah pun memfailkan paten bagi motosikal hibrid versi mereka sendiri.
  • Pengeluar seperti Suzuki telah pun memfailkan paten bagi sebuah skuter maxi hibrid pacuan dua roda sementara BMW R 1200 GS 'xDrive Hybrid' kekal sebagai tanda tanya.
  • Walaupun ada yang mengatakan motosikal BMW hanyalah satu usikan 'April Fool' BMW yang dirancang untuk tahun ini, ada juga yang merasakan ianya bukan hanya sekadar satu gurauan.

Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?

  • Dengan lebih ramai penunggang-penunggang dari Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa di seluruh dunia, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah penunggang GP pertama Malaysia.
  • Terdapat ramai warga Malaysia yang telah bertanding di perlumbaan GP nasional dan juga serantau semenjak tahun 60-an hingga 80-an, seperti pelumba legenda Oh Kah Beng dikenali sebagai "Foreman Oh" dan Kuan Huah Chin dikenali sebagai "Bulldog Kuan".
  • Penunggang GP moden pertama tidak lain dan tidak bukan, Shahrol Yuzy, yang memulakan kerjaya GP antarabangsanya pada tahun 1996 dan bersara pada tahun 2002.

Friday, May 26, 2017

Adakah Ini Roadster Naked Husqvarna 701 Svartpilen?

  • Beberapa gambar intipan motosikal roadster naked Husqvarna 701 Svartpilen telah tersebar di atas talian dalam beberapa hari ini.
  • Melihat pada gambarnya, ianya telah disahkan sebagai 701 berdasarkan nombor yang tertera pada tempat letak kaki motosikal ini.
  • Motosikal 701 ini sedang diuji tampak seperti sebuah 701 yang diperhalusi dengan ilham dari motosikal 401.

Kilang Harley-Davidson Terbaru Akan Dibina Di Thailand

  • Rancangan untuk pembinaan kilang terbaru Harley-Davidson di Thailand telah pun muncul dengan operasi dijangka bermula lewat 2018.
  • Berita ini menimbulkan kemarahan di Amerika Syarikat dengan tuduhan dari persatuan pekerja Amerika menyatakan yang pengeluar ini mengurangkan pengambilan pekerja di US dan menggunakan tenaga kerja luar.
  • Kilang baru ini dikatakan untuk membantu mengurangkan kadar tariff yang tinggi untuk motosikal import di Asia.

Thursday, May 25, 2017

Demak Sahkan Harga Untuk Malaysia - Dari RM3,190

  • Demak akhirnya telah mengesahkan harga bagi hampir kesemua model 2017 mereka yang telah dilancarkan pada 21 Mei 2017.
  • Tiada maklumat lanjut dan spesifikasi telah dikeluarkan selain daripada jenis enjin, kapasiti, dan kapasiti tangki bahanapi.
  • Harga-harga yang telah diberikan adalah untuk model Explorer 150, Sprinter 125, DJ 90, Xplor 150, EZIO 100, Kobra 110, dan Ace 200.

BMW Katakan Tidak Untuk MotoGP

  • BMW Motorrad dengan jelas telah menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk bertanding dalam tahap tertinggi perlumbaan litar iaitu MotoGP.
  • Pengunduran mereka dari WorldSBK pada 2013 dikatakan sebagai persiapan bagi menyertai MotoGP tetapi mereka telah menjelaskan bahawa mereka sedang menumpukan perhatian kepada pembangunan motosikal jalanan mereka pada masa itu.
  • BMW Motorrad kini sedang dalam siri WorldSBK dengan Althea BMW Racing Team dengan Raffaele De Rossa dan Jordi Torres mengemudi jentera BMW S1000RR mereka.

Horizons Unlimited Indonesia Telah Mengundang Anita Yusof Sebagai Tetamu Khas

  • Acara kali pertama Horizons Unlimited di Asia menyaksikan Anita Yusof diberi penghormatan sebagai salah seorang jemputan khas untuk berkongsi pengalaman dan juga tips yang diperolehinya ketika tunggangan solonya, "Global Dream Ride 2016".
  • Duta produk GIVI itu telah mengacarakan beberapa sesi di Pulau Sumbawa, Indonesia bersama beberapa penunggang kembara wanita ternama iaitu Nicole Espinosa (USA) dan Maggie Magowan (England).
  • Horizons Unlimiteds adalah sebuah forum khusus yang didedikasikan bagi penunggang kembara yang telah dilhamkan oleh pasangan veteran Grant Johnson dan isterinya, Susan, pada tahun 1997.

Wednesday, May 24, 2017

Ducati Malaysia Melancarkan Roadshow Seluruh Negara

  • Bermula hari ini, Ducati Malaysia akan memulakan roadshow ke seluruh negara bagi memperagakan keseluruhan motosikal dan produk mereka yang hebat.
  • Hentian pertama dalam roadshow ini adalah di One Utama (New Wing) dari hari ini (24 Mei 2017) hingga Ahad ini (28 Mei 2017).
  • Para penggemar dan peminat Ducati boleh melihat sendiri Multistrada 950 terbaru dan Monster 797 sebelum ianya dijual secara rasmi lewat tahun ini.

Tuesday, May 23, 2017

Kenalkah Anda Pada Jenama-Jenama Keluaran Malaysia Ini?

Pernahkah anda tertanya-tanya mengenai produk-produk motosikal keluaran tanah air kita yang tidak kurang hebatnya dengan jenama dari luar? Di sini kami senaraikan beberapa contoh jenama Malaysia yang boleh anda dapatkan untuk motosikal kesayangan anda.

Penggemar Motosikal Malaysia Membuat Tunggangan Solo Sejauh 8033KM Dengan SYM VTS200

 
  • Tunggangan solo ini merentasi negara-negara Indochina sehingga ke sempadan China.
  • Perjalanan selama 16 hari ini merentas jarak sejauh 8033km dari Kuala Lumpur ke Boten.
  • Tunggangan ini dibuat menggunakan jentera SYM VTS200.

Nicky Hayden Disahkan Meninggal Dunia

Berita sedih telah tersebar di kalangan para penggemar sukan permotoran sejak awal pagi hari ini. Nicky Hayden telah disahkan meninggal dunia. Juara dunia MotoGP 2006 itu telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika beliau sedang menunggang basikalnya. Penunggang berasal dari Amerikat Syarikat berusia 35 tahun itu telah bertembung dengan sebuah kereta berhampiran dengan litar Misano di Rimini, Itali. Hayden yang berpindah ke siri WorldSBK pada 2015 tetapi juga telah muncul dalam MotoGP sebanyak dua kali pada tahun lalu. Hayden telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan juga pinggulnya dan distabilkan di hospital berdekatan Rimini sebelum dipindahkan ke unit rawatan intensif di Hospital Bufalini di Cesena. Malang sekali, selepas lima hari bertarung, beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau selamanya akan dikenang sebagai juara dunia yang hanya memenangi tiga perlumbaan MotoGP. "The Kentucky Kid", gelarannya yang disukai ramai, mengumpul enam tempat kedua dan 19 tempat ketiga sepanjang kareernya, dengan jumlah keseluruhan penamat atas podium sebanyak 28 kali. Hayden merupakan teman sepasukan bagi sebahagian yang terbaik yang pernah ada seperti Valentino Rossi dan Casey Stoner, kedua-duanya sahabat baiknya. Rossi menggelarnya sebagai "antara sahabat paling akrab pernah saya ada di paddock." Hayden dan Rossi mempunyai hubungan yang istimewa di mana Haydenlah yang telah menamatkan dominasi kejuaraan MotoGP lima kali berturut-turut Rossi pada tahun 2006. Disenangi ramai pelumba kerana perwatakannya dan menjadi kegemaran para peminat kerana sifatnya yang baik dan mudah digauli, berita pemergiannya memberikan kesan mendalam bagi semua. https://twitter.com/marcmarquez93/status/866700155331989504 Setelah khabar kematiannya telah pun disahkan, ahli-ahli komuniti perlumbaan mula memuatnaik ucapan takziah mereka. Marc Marquez adalah antara yang pertama yang memuatnaik ucapannya. Beliau merupakan antara salah seorang pelumba motosikal yang telah mengecapi kejayaan dalam kedua-dua siri MotoGP dan juga WorldSBK. Dengan pemergiannya, hilanglah satu-satunya wakil Amerika Syarikat buat masa ini bagi kedua-dua siri perlumbaan MotoGP serta WorldSBK. Kami di MotoMalaya dan juga Bikes Republic amat berdukacita dengan berita pemergiannya ini. Ianya satu hari yang kelam buat para penggemar sukan permotoran.

Read the original post at http://motomalaya.net

Monday, May 22, 2017

MotoGP: Viñales merangkul kemenangan ke-500 buat Yamaha di Perancis; Marquez dan Rossi DNF

  • Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menunggang dengan hebat sekali semalam semasa HJC Helmets Grand Prix de France di Le Mans yang menjadikan 3 kemenangan dari 5 perlumbaan dalam musim ini.
  • Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) dan Marc Marquez (Repsol Honda) telah terbabas ketika perlumbaan semalam, memberi kesan kepada kedudukan tangga kejohanan mereka.
  • Viñales kini mendahului kejohanan MotoGP 2017 dengan 85 mata, diikuti oleh Dani Pedrosa dengan 68 mata dan Rossi di tempat ketiga dengan 62 mata.

2017 Honda CBR500R (Std: RM31,681.28) dan CB500F (Std: RM31,363.28) kemaskini di Malaysia

[caption id="attachment_29111" align="aligncenter" width="640"] 2017 Honda CBR500R - Lemon Ice Yellow[/caption] Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR500R dan CB500F model 2017 dengan warna baharu. Kedua-dua jentera ini didatangkan dengan 471cc DOHC dengan sistem penyejuk cecair dwi selari yang menawarkan pengalaman terbaik kepada setiap penunggang. Gerek dan lejang model baharu ini direka pada saiz 67mm x 66.8mm telah dipertingkatkan lagi bagi menyalurkan kuasa 37KW pada 8,500 rpm dan tork maksimum mencapai 44Nm pada 7000 rpm.

Sunday, May 21, 2017

Demak melancarkan 8 model untuk 2017 - Sprinter 125, Ace 200, Explorer 150, DJ90 (facelift), Kobra 110, EZIO 110, Xplor 150 dan D7 (facelift)

Demak membawakan 8 jentera dua roda kepada rakyat Malaysia iaitu  Sprinter 125, Ace 200, Explorer 150, Kobra 110, EZIO 110, Xplor 150 dan model kemaskini iaitu D90 dan D7. Terdapat 4 lagi model lain yang hadir dalam 3 dan 4 roda. Artikel sedang dikemaskini...

Read the original post at http://motomalaya.net

MotoGP: Viñales Terajui Barisan Hadapan Semua Yamaha Pada French GP Hari Ini

  • Sesi kelayakan MotoGP semalam menyaksikan barisan hadapan dipenuhi Yamaha dimana Maverick Viñales dan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) akan bermula di hadapan hari ini.
  • Mereka akan memulakan perlumbaan hari ini bersama dengan harapan para peminat Perancis, anak watan mereka iaitu Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang melalui Q1 dan Q2 dengan penuh sensasi di hadapan penyokong tuan rumah.
  • Kejutan lain pada perlumbaan hari ini termasuklah pasangan Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro dan Bradley Smith yang layak di kedudukan P8 dan juga P10.

Saturday, May 20, 2017

Bikes Gallery Sdn Bhd (Alor Setar) Melancarkan Kawasaki Ninja Shop Pertama Di Utara Tanah Air

 
  • Kawasaki Ninja Shop pertama di utara Malaysia telah dilancarkan awal hari ini oleh Bikers Gallery Sdn Bhd.
  • Terletak di Alor Setar, Kedah,Kawasaki Ninja Shop ini juga adalah salah satu yang terbesar di Malaysia merangkumi ruang 33,000 kaki persegi untuk kawasan pameran motosikal dan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (KESC).
  • Kawasaki Ninja Shop merupakan satu kedai konsep yang dikhaskan untuk jenama Kawasaki yang meliputi motosikal, kelengkapan menunggang, barangan serta banyak lagi bagi memberikan yang terbaik buat semua jenis penunggang seluruh negara.

Friday, May 19, 2017

BMW Motorrad Dedahkan Harga Bagi BMW G310R 2018 dan K1600GTL - RM20,534* dan RM110,647*

[caption id="attachment_29014" align="alignleft" width="640"] BMW G 310 R (K03)[/caption]
  • BMW Motorrad telah mendedahkan harga terkini bagi empat model 2018 mereka; K1600B Bagger, K1600GT, K1600GTL dan juga yang dinanti-nantikan, G310R.
  • Walaupun BMW Motorrad Malaysia telah pun mengeluarkan harga bagi K1600B Bagger dan K1600GT, ini merupakan kali pertama kita melihat harga bagi pasaran Amerika Syarikat untuk K1600GTL dan G310R.
  • BMW K1600GTL dan G310R ditetapkan pada harga $25,595 (sekitar RM110,647) dan $4,750 (sekitar RM20,534)*.
*Harga yang dinyatakan adalah untuk pasaran Amerika Syarikat selepas pertukaran tanpa cukai, insurans serta GST.

Modenas Dengan Rasminya Melancarkan Modenas Pulsar RS200, NS200 Dan V15 - Dari RM5989

  • Modenas dengan rasminya telah menyingkap tirai mendedahkan tambahan terkini bagi rangkaian 2017 mereka, Modenas Pulsar RS200, Modenas Pulsar NS200 dan Modenas V15.
  • Seperti yang dijangkakan, Pulsar RS200 dan NS200 menggunakan enjin empat lejang satu silinder, SOHC, 200cc dengan sistem tiga palam pencucuh menghasilkan 24.5hp dan 18.6Nm tork.
  • Modenas V15 pula didatangkan dengan enjin DTS-i 150cc yang menjana 11.8hp dan 13Nm tork.

Perkembangan Terkini Nicky Hayden Dari Red Bull Honda World Superbike Team

  • Nicky Hayden telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya serius yang telah mengakibatkan kecederaan serius di bahagian kepala, dada serta pinggulnya ketika dia sedang menjalankan sesi latihan berbasikal di Rimini, Itali.
  • Juara Dunia 2006 MotoGP itu telah dipindahkan ke Hospital Maurizio Bufalini di Cesena di bawah unit rawatan intensif.
  • Dia dikatakan mengalami pelbagai kecederaan serius yang telah menyebabkan kecederaan otak serius.

Thursday, May 18, 2017

KTM Dedahkan Motosikal Dua Lejang Dengan Suntikan Bahanapi

 
  • KTM akhirnya telah menyingkap selubung daripada motosikal motocross dua lejang dengan suntikan bahanapi terbaru untuk 2018; KTM 250 EXC TPI dan 300 EXC TPI.
  • Teknologi 'Transfer Port Injection' (TPI) mempunyai dua penyuntik bahanapi yang menyuntik terus ke dalam transfer port tanpa memerlukan bahanapi di pra-campur terlebih dahulu.
  • Teknologi suntikan bahanapi terbaru untuk enjin dua lejang ini bermakna ianya dapat meningkatkan lagi penghantaran kuasa, mengurangkan penggunaan bahanapi dan tidak perlu lagi mengusik nisbah udara-ke-bahanapi untuk keadaan menunggang yang berbeza.

Berita Gempar: Tiga Motosikal Modenas Baru; Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15

 
  • Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, Ini adalah model-model terbaru motosikal Modenas; Modenas Pulsar RS200, NS200 dan V15.
  • Kedua-dua RS200 dan NS200 dilengkapkan dengan enjin empat lejang satu silinder SOHC dengan sejukan cecair, suntikan bahanapi dan teknologi tiga palam pencucuh untuk menghasilkan 24.5Hp dan 18.6Nm tork.
  • V15 bergaya retro dijana oleh enjin DTS-i 150cc serba baru yang menghasilkan 11.8hp dan 13Nm tork.

Juara MotoGP 2005 Nicky Hayden Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya

   
  • Juara MotoGP 2006 dan juga penunggang dalam siri WorldSBK untuk Red Bull World Superbike Team telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang serius di Itali semalam.
  • Penunggang berusia 35 tahun itu sedang menjalankan sesi latihan menunggang basikal apabila dia telah dilanggar sebuah kereta yang menyebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala dan dada.
  • Hayden kini sedang dirawat di hospital berdekatan di Rimini,Itali. Hulurkan sokongan anda di media sosial dengan menggunakan hashtag #GoNicky.

Wednesday, May 17, 2017

Art of Speed Malaysia X Rachun MC Mempersembahkan SPEED DEMON

Art of Speed Malaysia bersama dengan Rachun Motor Club telah menganjurkan acara Speed Demon yang diadakan di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 7 Mei 2017. Ianya merupakan pertunjukan trials speedway pantai pertama di Malaysia yang memperagakan motosikal moden klasik, klasik serta vintaj, berlumba di atas litar pasir. Lebih daripada 60 peserta dari seluruh negara telah berlumba di hadapan ratusan peminat sukan permotoran demi semangat dan cinta mereka kepada segalanya mengenai motosikal.

Boon Siew Honda mengemaskini Honda CBR250R untuk 2017 dengan grafik dan warna baru - RM 21,940.94 (Black) to RM 22,258.94 (Millennium Red, Lemon Ice Yellow) termasuk GST

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda CBR250R (bukan CBR250RR ya!) Baharu hari ini. CBR250R terbaru dalam tahun 2017 ini mengabungkan semua kualiti jentera 250CC siri CBR seperti prestasi tinggi, dinamik pengendalian intuitif dan mudah terkawal. CBR250R Baharu ini amat sesuai bagi sesiapa, dari penampilan santai ke bergaya, yang ingin menjimatkan masa dan wang. Penunggang pasti akan tertarik oleh pengendalian yang mudah, enjin berkuasa dan casis yang kompak.  

Triumph Try Day - Pandu Uji Motosikal Triumph Idaman Anda!

  • Triumph Fast Bikes Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara istimewa, "Triumph Try Day" pada hari Sabtu ini (20 Mei 2017) dari jam 9pagi hingga 5petang.
  • Acara Triumph Try Day ini adalah peluang keemasan bagi para penggemar dan peminat Triumph untuk mencuba semua motosikal keluaran mereka termasuklah model-model terbaru 2017.
  • Makanan dan minuman ringan akan disediakan dan bagi mereka yang memandu uji motosikal pada hari Sabtu nanti akan berpeluang memenangi hadiah misteri.

Tuesday, May 16, 2017

Ducati Malaysia Mengadakan Kempen Ducati Smart Service Baru

  • Ducati Malaysia (Next Bike dn Bhd) mengumumkan bahawa terdapat satu kempen Ducati Smart Service baru yang akan memberi manfaat kepada semua pemilik Ducati baru.
  • Bermula dari bulan hadapan, sebarang pembelian motosikal Ducati baru akan disertakan dengan perkhidmatan servis percuma selama dua tahun, bahagian dan pelincir, atau sehingga 30,000km termasuk perkhidmatan DESMO ( yang mana tiba dahulu, dengan syarat dan juga terma).
  • Pemilik Ducati baru akan menikmati penjimatan yang hebat dan kos pemilikan yang lebih rendah pada dua tahun pertama atas inisiatif dari Next Bike Sdn Bhd.

WorldSBK: Chaz Davies Mendominasi Pusingan Motul Itali Di Imola

   
  • Pelumba WorldSBK Aruba.it Racing Chaz Davies telah mengemudi jentera Ducati 1199 Panigale R-nya ke kedudukan pertama atas podium dalam kedua-dua perlumbaan hujung minggu lalu di pusingan Motul Itali.
  • Davies berjaya mengekang kemaraan Jonathan Rea (Kawasaki Racing) di Litar Imola yang telah menamatkan perlumbaannya di tempat kedua untuk kedua-dua perlumbaan.
  • Marco Melandri dan Tom Sykes masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ketida dan keempat di Perlumbaan 1 dan bertukar posisi di Perlumbaan 2.

Monday, May 15, 2017

John McGuinness Mengalami Kecederaan Serius Ketika Kemalangan Di Perlumbaan North West 200

   
  • John McGuinness telah didiagnos dengan retakan pelbagai di kaki kanannya, patah empat tulang belakang dan patah tiga tulang rusuk belakang semasa sesi latihan perlumbaan North West 200 Superbika pada 11 Mei 2017 lalu.
  • McGuinness perlu memakai kas simen sehingga enam minggu sebagai rawatan untuk kecederaan teruknya di bahagian tulang belakang dan akan kekal Hospital Diraja Victoria untuk minggu-mingu mendatang.
  • "King of The Mountain" ini mungkin sekali tidak dapat menyertai perlumbaan Isle of Man TT tahun ini pada 27 Mei 2017 dengan teman sepasukan barunya, Guy Martin.

Intip: Adakah ini Yamaha NVX 155 di Rawang?

Sekeping gambar kiriman pembaca, menunjukkan sekilas pandang raut jentera automatik yang ditunggu-tunggu oleh peminat dua roda di Malaysia, iaitu, Yamaha NVX 155. Mengapa jentera ini ditunggu-tunggu walaupun hanyalah jentera skuter sahaja? Pada pendapat kami, jentera ini menfokuskan kepada prestasi dengan enjin 155.1cc yang dilengkapi dengan sistem VVA yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm @ 6,250RPM. Jumlah kuasa maksimum ini hanya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang melepaskan 11.3kW (15.4PS) @ 8,500RPM. 

Intip: Adakah ini Yamaha NVX 155 di Rawang?

Sekeping gambar kiriman pembaca, menunjukkan sekilas pandang raut jentera automatik yang ditunggu-tunggu oleh peminat dua roda di Malaysia, iaitu, Yamaha NVX 155. Mengapa jentera ini ditunggu-tunggu walaupun hanyalah jentera skuter sahaja? Pada pendapat kami, jentera ini menfokuskan kepada prestasi dengan enjin 155.1cc yang dilengkapi dengan sistem VVA yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm @ 6,250RPM. Jumlah kuasa maksimum ini hanya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang melepaskan 11.3kW (15.4PS) @ 8,500RPM. 

Pakar Harley Davidson, Mad Garage Membuka Kedai Di Setapak, Kuala Lumpur

 
  • MAD Garage telah membuka pintunya kepada para pelanggan dalam memberikan khidmat servis terbaik, kerja-kerja penyelenggaraan, dan juga tempaan khas bagi semua motosikal Harley Davidson.
  • Terletak di Taman Sri Rampai, Setapak, pakar Harley Davidson ini terletak hanya lima minit sahaja dari pusat membeli belah AEON Wangsa Maju.
  • Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam perkhidmatan servis, membaiki dan juga tempaan khas Harley, MAD Garage adalah kedai satu hentian bagi segala keperluan motosikal Harley anda.

Saturday, May 13, 2017

Toyota Mengadakan Satu Pratonton Bagi Model C-HR

  • UMW Toyota Motor Sdn Bhd sedang mengadakan satu pratonton mempamerkan SUV kompak terbaru mereka, Toyota C-HR pada hujung minggu ini (13 & 14 Mei 2017) di Pusat Konvensyen Setia City dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
  • Model C-HR ini merupakan model kedua yang dibangunkan dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA - Senibina Global Baru Toyota).

Friday, May 12, 2017

John McGuinness Disyaki Patah Kaki Selepas Kemalangan Di Perlumbaan North West 200

  • John McGuinness atau juga dikenali sebagai "The King of The Mountain" dilaporkan telah mengalami kemalangan semasa sesi latihan di perlumbaan North West 200.
  • Pasukan Honda Racing-nya telah memuatnaik satu tweet yang juara 23 kali Isle of Man TT itu sedang dalam perjalanannya ke hospital dan berkemungkinan telah patah kaki kanannya.
  • Status perlumbaan McGuinness bersama dengan Guy Martin di Isle of Man TT 2017 pada penghujung bulan ini menjadi tanda tanya buat si 'Morecombe Missile".

Roadshow Kawasaki Malaysia Menawarkan Pandu Uji Percuma Dan Hadiah-Hadiah Percuma Yang Lain - Diadakan Pada Ahad Ini!

    Berita baik buat para pemilik dan juga penggemar Kawasaki! Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) akan mengadakan satu 'roadshow' pandu uji serta kempen penyelenggaraan untuk semua penggemar Kawasaki dan juga pemilik. Acara istimewa ini akan diadakan pada hari Ahad ini (14 Mei 2017) di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Thursday, May 11, 2017

Furion Motorcycles Merekabentuk Motosikal Konsep Hibrid Yang Gila Tork

  • Sebuah syarikat rekabentuk Perancis bernama Furion Motorcycles telah merekabentuk sebuah motosikal konsep hibrid.
  • Motosikal hibrid ini dijana oleh enjin rotari 645cc beserta dengan motor elektrik 40kW.
  • Kedua-dua enjin ini didakwa dapat menghasilkan sehingga 180hp dan 205Nm tork.

Honda Monkey 125 Concept Diperkenal di Vietnam Motor Show 2017

 
  • Honda Monkey 125 Concept telah diperkenalkan pada minggu lalu di Vietnam Motor Show 2017 di Bandaraya Ho Chi Minh.
  • Berdasarkan pada gambar-gambarnya, motosikal ini diasaskan daripada Honda MSX 125 terkini ataupun Honda Grom.
  • Motosikal Monkey 125 ini tampak agak serupa dengan satu paten yang telah difailkan oleh Honda dalam bulan September tahun lalu.

Wednesday, May 10, 2017

MotoGP akan memperkenalkan siri perlumbaan sokongan dengan jentera elektrik sepenuhnya pada 2019

[caption width="640" align="aligncenter"]Jentera Mugen Shinden Roku Elektrik Sepenuhnya untuk Isle of Mann TT Zero[/caption] Menurut laporan The Verge, Carmelo Ezpeleta, CEO syarikat yang menguruskan MotoGP menyatakan kepada Motorsport.com bahawa kemungkinan pada 2019 akan menyaksikan siri perlumbaan sokongan MotoGP dengan jentera elektrik sepenuhnya. Empat pengeluar telah mengesahkan minat mereka untuk menyertai siri ini, menurut Ezepeleta. Kelajuan maksimum jentera elektrik ini adalah dalam 124mph (199kmh) dengan 10 pusingan. Sebelum ini, kita pernah melihat juga jentera elektrik sepenuhnya iaitu Mugen Shinden Roku yang digunakan dalam perlumbaan Isle of Mann TT Zero. Perlumbaan elektrik seakan F1 juga ada dengan nama Formula E. Jenteranya juga cukup berkuasa dan tidaklah sesenyap yg kita sangkakan. Sumber: The Verge

Read the original post at http://motomalaya.net

Tuesday, May 9, 2017

Sky Team Motorcycles Memperkenalkan Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 - RM7,366.78

   
  • Sky Team Ace 125 Cafè Racer 2017 telah dilancarkan awal hari ini di Litar ELITE Speedway PLUS.
  • Cafè racer ini dilengkapkan dengan enjin empat lejang 125cc satu silinder yang menjana 11hp pada 8,500rpm dan 8.5Nm tork pada 7,500rpm.
  • Cafè racer sedia ditunggang dari Sky Team ini boleh didapati pada harga RM7,366.78 (harga atas jalan).

Monday, May 8, 2017

Modenas Tampilkan Dua Lagi 'Teaser' Motosikal Lumba Mereka Yang Akan Datang

  • Modenas telah menampilkan dua lagi gambar' teaser' di laman Facebook rasmi mereka mengenai motosikal lumba terbaru mereka yang telah dirancang untuk pelancaran pada 19 Mei 2017.
  • Kedua-dua 'teaser' ini tampak seperti motosikal Bajaj Pulsar RS200 dan varian 'naked' NS200 dengan motto "Power to Race" dan "Power to Play"

Kejohanan Supermoto Malaysia: Gabit Kuasai Pusingan Dua

[caption id="attachment_28173" align="alignleft" width="640"] Gabit mengibarkan bendera Malaysia setelah memenangi perlumbaan (kredit imej: MSMC)[/caption]  
  • Pusingan 2 Kejohanan Supermoto Malaysia 2017 telah dikuasai oleh Muhamad Habibullah Bin Mohd Saleh atau lebih dikenali sebagai 'Gabit' yang menjuarai kategori Terbuka SM dengan jentera KTMnya.
  • Mohamad Khairi Zakaria atau 'Hairy' (#32) dan Mohamad Khuzaini Bin Mahmood (#47) melengkapkan kedudukan podium bagi kedua-dua perlumbaan kategori Terbuka SM.
  • Dengan muncul juara untuk Pusingan 2, Gabit telah diberikan penyertaan percuma dalam salah satu perlumbaan Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017.

Sunday, May 7, 2017

MotoGP: Pedrosa di petak pertama, Honda kuasai barisan hadapan

   
  • Pusingan keempat MotoGP Gran Premio Red Bull de España di Jerez akan menyaksikan Dani Pedrosa (Repsol Honda) bermula di petak pertama di hadapan teman sepasukan, Marc Marquez.
  • Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan barisan hadapan yang dikuasai Honda di hadapan Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) yang akan bermula di P4.
  • Andrea Iannone (Team SUZUKI ECSTAR) melayakkan diri di P5 dan Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di P6.

Saturday, May 6, 2017

HJC Star Wars Memperkenalkan Helmet X-Wing Luke Skywalker

  • Rentetan pelancaran helmet HJC Star Wars lewat tahun lalu dimana mereka memperkenalkan helmet 'full face' Boba Fett dan Kylo Ren, HJC kini bercadang untuk mengeluarkan helmet IS-5 Luke Skywalker X-Wing.
  • Helmet 'open face' bergaya retro ini warna yang sama ketika Luke Skywalker mengemudi X-wing untuk menjatuhkan Death Star.
  • Helmet 'open face' IS-5 juga dilengkapkan dengan pelindung matahari yang sama seperti di dalam filem itu.

Friday, May 5, 2017

Lelaki Jepun Mencipta Rekod Baru Dunia Untuk Wheelie Terpanjang - 500km!

  • Masaru Abe dari Jepun telah mencipta rekod dunia baru bagi wheelie terpanjang dengan 500.5322km pada 1 Mei 2017.
  • Dia menyempurnakan cubaannnya dalam masa melebihi 13 jam di atas jentera skuter Yamaha Jog 50cc.
  • Jarak itu bagaikan dia melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur hinggalah ke Perlis dengan satu roda di udara sepanjang perjalanan!

Penunggang Cub Prix Malaysia, Norizman Ismail, Disahkan Meninggal Dunia

Berita sedih yang baru diterima kami, penunggang siri Cub Prix Malaysia 2017 bagi pasukan Onexox TKKR Racing, Norizman Ismail, telah meninggal dunia lewat petang ini di Hospital Kemaman, Terengganu. Kematiannya adalah akibat kemalangan yang berlaku ketika ujian masa bagi pusingan Cub Prix di Kemaman, Terengganu hari ini. Kami akan bawakan perkembangan selanjutnya dalam masa terdekat. Ucapan takziah dari kami untuk keluarga Norizman, semoga sabar menghadapi dugaan ini. Al Fatihah.

Read the original post at http://motomalaya.net

Triumph Motorcycles Malaysia Lancarkan Empat Motosikal Baru Bagi 2017 - Dari RM63,900

  • Triumph Motorcycles Malaysia akhirnya telah membawa masuk empat motosikal baru untuk 2017; Triumph Bonneville Bobber, Street Scrambler, Bonneville T100/T100 Black dan juga yang dinanti-nantikan motosikal roadster Street Triple RS.
  • Keempat-empat motosikal baru dari Triumph ini telah diletakkan harga bermula RM63,900 sehingga RM75,900.
  • Kesemua motosikal terbaru 2017 sedia untuk ditempah di kedai utama Triumph Motorcycles Malaysia di Petaling Jaya dan di pengedar sah seluruh negara.

Wednesday, May 3, 2017

Terbukti Laju: KTM 1290 Super Duke GT - RM125,080

Artikel oleh Keshy Dhillon untuk bikesrepublic.com Terjemahan oleh Zarul Faiz
  • KTM 1290 Super Duke GT dilengkapi elektronik yang membuatkan anda terasa seperti seorang superhero, ianya cukup pantas, anda dapat mengejar R1, RR, Panigale dan sebagainya.
  • Enjinnya merupakan mahakarya sejukan cecair 1301cc yang juga digunakan untuk menjana 1290 Super Duke R, atau lebih dikenali di kalangan orang dalaman industri sebagai "The Beast".
  • Selain enjinnya, sistem suspensi merupakan kelengkapan terbaik motosikal ini.
  • Ianya merupakan sebuah motosikal yang dapat digunakan untuk menguji kemahiran anda di litar untuk satu hari, dan kemudiannya membawa anda dengan riangnya dalam tunggangan ke Phuket pada hari yang berikutnya.

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/