Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, April 6, 2017

Tanggapan Pertama: Motosikal Kembara Terbaru Benelli TRK 502

 
Artikel oleh Keshy Dillon untuk Bikesrepublic.com
Terjemahan oleh Zarul Faiz
 
  • Rekabentuk Motosikal Benelli TRK 502 ini jelas dipengaruhi oleh BMW, terutamanya di bahagian tangki bahanapi, posisi duduk, dan juga pada bentuk dan sudut palang pemegang.
  • Peredamnya terasa agak lembut jadi anda akan terasa junaman yang biasa terjadi bila membrek dengan keras, suatu kebiasaan bagi suspensi yang lembut, namun bahagian belakangnya menjalankan tugas yang bagus dalam menyerap hentakan bonggol jalan dan sebagainya, dan ini membuatkan ia satu tunggangan yang selesa.
  • Penunggang yang lebih tinggi akan terasa agak kekok di atas motosikal ini, tetapi ianya ditebus dengan pengendalian kelajuan rendah yang baik serta pelana yang besar dan selesa.
https://www.youtube.com/watch?v=xJkc-Q7nfQs Benelli Malaysia telah meriuhkan suasana dunia motosikal tempatan apabila ia melancarkan tiga model terbaru pada minggu yang lalu. Anda dapat membaca lebih lanjut mengenai pelancaran itu DI SINI dan juga SINI. M Force Bike Holdings Sdn Bhd, pengimport tempatan, pengedar, dan bakal menjadi pemasang untuk motosikal Benelli, telah memberikan kami peluang untuk mencuba ketiga-tiga buah model terbaru ini pada hari yang berikutnya. Laluan pandu uji hanyalah satu pusingan kecil mengelilingi Hotel Equatorial di Penang, kira-kira sekilometer panjangnya, bukanlah keadaan yang paling sesuai untuk menguji sepenuhnya kebolehan sesebuah motosikal, namun ianya memadai untuk menilai pengendalian asas dan juga tindak balas enjin motosikal terbaru ini. Kami memulakan penunggangan dengan model TRK 502, motosikal kembara terkini dari Benelli. Ingin dinyatakan yang penulis agak kagum dengan motosikal ini, cukup kagum sehingga boleh dikatakan antara keluaran terbaru dari Benelli, model TRK inilah yang terbaik sekali.   Rekabentuknya jelas dipengaruhi oleh BMW, terutama sekali pada tangki bahanapi, posisi duduk dan bentuk dan sudut palang pemegang, dan tiada siapa yang patut mencela Benelli untuk ini apabila jelas sekali BMW GS merupakan salah satu tanda aras bagi kesemua pembina motosikal kembara. Penunggang yang lebih tinggi akan terasa agak canggung di atas TRK 502 ini, namun ianya akan ditebus dengan pengendalian kelajuan rendah yang bagus serta pelana besar yang selesa. Ia tidak sarat dengan teknologi. Malah, ia berhemat dalam penggunaan teknologi seperti kawalan bersiar, kawalan traksi, dan pengesan pengawas tekanan tayar, namun ia dilengkapi ABS. Dan Benelli sedia maklum jenis motosikal apa yang ia mahu dari TRK 502, jadi mereka telah meletakkan satu butang (di sebelah kiri palang pemegang, dalam jarak sentuhan ibu jari anda) yang akan membenarkan anda untuk mematikan sistem ABS. Ianya amat berguna apabila anda ingin meredah jalan tanah yang berdebu dan berlumpur. Tindakan yang bijak dari Benelli. TRK 502 ini tidak terlalu menekankan tentang kuasa, dengan enjin sejukan cecair dwi-silinder yang menjana hanya 48hp pada 8,500 rpm dan tork sehingga 45Nm pada 5,000rpm. Ia kedengaran bagus pada kelajuan yang lebih rendah, tetapi pada pendapat penulis, lebih kuasa diperlukan di atas lebuhraya, leih-lebih lagi bila anda ingin memulas pendikit sepenuhnya dan memecut dari sebarang situasi. Kita tengok pada lain waktu apabila kami dapat menguji motosikal ini di atas lebuhraya. Pertukaran gear terasa bagus - pendek dan jitu. Transmisi pacuan terakhirnya sudah semestinya rantai, menjadikan TRK ini sesuai untuk penunggang global yang ingin menjelajah ke sepelosok dunia tanpa perlu risau tentang kerumitan dan kesukaran mencari barang ganti dan sebagainya. Suspensinya juga terasa baik - Bahagian hadapan yang dilengkapi dengan fork terbalik dengan ruang gerakan sehingga 150mm sementara bahagian belakangnya diperbuat daripada lengan buai keluli dengan fork teleskopik gegelung spring teredam minyak dengan ruang gerakan sehingga 45mm. Redamannya agak lembut jadi anda akan terasa junaman yang biasa terjadi bila membrek dengan keras, suatu kebiasaan dengan suspensi yang lembut, namun bahagian belakangnya menjalankan tugas yang bagus dalam menyerap hentakan bonggol jalan dan sebagainya, dan ini membuatkan ia satu tunggangan yang selesa. Breknya juga amat bagus dan terdiri daripada cakera berganda 320mm dan dua omboh angkup terapung untuk bahagian hadapan. Bahagian belakangnya pula merupakan cakera berdiameter 260mm. Tayarnya pula adalah 120/70ZR17 untuk tayar depan dan 160/60/ZR17 untuk tayar belakang. Keseluruhannya, jentera Benelli TRK 502 ini adalah motosikal kembara ideal bagi mereka yang sedang menjinakkan diri dalam segmen ini dengan jentera yang tidaklah terlalu canggih namun lengkap dengan teknologi lama yang terbukti. Ianya lebih murah berbanding dengan Kawasaki Versys 650 dan tanpa sebarang berita mengenai Yamaha 700 Tracer, menjadikan TRK 502 ini sebagai motosikal kembara termurah yang boleh anda dapati di pasaran buat masa sekarang. Sungutan? Sejujurnya kerja kimpalannya tampak kurang sempurna serta kerangkanya juga dapat memanfaatkan lebih keperincian pada ciri-cirinya. Namun begitu, kekurangan ini tidak menjadi ia sebuah motosikal yang tidak bagus. Jika tidak diambil kira aestetiknya, TRK 502 tampak sempurna, sekarang kami hanya menunggu masa bila M Force Holdings Sdn Bhd menyediakan motosikal ini untuk ulasan supaya kami dapat mengujinya pada masa kelak. Kami akan kembali dengan lebih banyak perkembangan mengenai TRK 502 nanti. TEKAN SINI UNTUK MELIHAT SPESIFIKASI PENUH BENELLI TRK 502 DAN BANDINGKANNYA DENGAN MOTOSIKAL LAIN DI BIKES REPUBLIC BUYER'S GUIDE! Benelli Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya di Malaysia melalui pengedar baru, TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut tentang perlantikan M Force Bike Holdings Sdn Bhd sebagai pengedar di Malaysia. [gallery columns="4" ids="26473,26472,26471,26470,26469,26468,26466,26465,26463,26461,26459,26458,26456,26455,26454,26453,26451,26450,26449,26448,26446,26445,26443,26442,26441,26439,26437,26436,26435,26433,26432"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/