Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, April 22, 2017

SYM Smart Shop Keenam Dibuka Di Kluang, Johor

  • SYM Smart Shop keenam di dalam negara telah memulakan operasinya di Kluang, Johor.
  • Bilik pameran tiga tingkat ini terdiri daripada ruang pameran eksklusif SYM, sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis serta ruangan bagi aksesori serta alat ganti.
  • Ianya merupakan pusat-sehenti pameran yang menampilkan rangkaian penuh kesemua model moped serta skuter keluaran SYM yang berkualiti tinggi serta sebuah pusat servis yang menyediakan servis lepas jualan.
SYM Malaysia memperkenalkan SYM Smart Shop yang keenam dalam Malaysia dan yang kedua dalam negeri Johor pada hari ini. Upacara pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh En. Lu Tien Fu, Ketua Pengarah "Vietnam Manufacturing & Export Processing Co. Ltd", Dato' Seri Leo Tan Lean Leah, Pengarah Urusan MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad, Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Leok Kah Ling, Pengarah Urusan Wei Ling Motor Sdn Bhd dan En. Leok Jun Yu, Pengurus Besar Wei Ling Motor Sdn Bhd. SYM smart Shop mula diperkenalkan pada tahun 2014 sebagai sebuah bilik pameran sehenti yang menampilkan keseluruhan rangkaian moped dan skuter berkualiti tinggi SYM dan juga sebuah pusat servis yang menyediakan servis lepas jualan dan bekalan konsisten alat ganti SYM yang asli. "Dengan pengenalan SYM Smart Shop ini oleh Wei Ling Motor Sdn Bhd di Kluang, kami merasa optimistik yang kami mampu meraih lebih jualan dalam pasaran pada bulan-bulan berikutnya. Kami menghargai sokongan dari penduduk Kluang serta kawasan sekitarnya dan berjanji akan secara terus menerus menyediakan pekhidmatan selepas jualan yang terbaik untuk kesemua penunggang SYM." Ujar En. Alex Lim JH, Pengurus Cawangan Johor MForce Bike Holdings Sdn Bhd. Wei Ling Smart Shop terletak di 693 dan 695, Jalan Mersing, 86000, Kluang, Johor Darul Takzim. Rumah kedai 'corner lot' yang diubahsuai menjadi bilik pameran ini berada di kedudukan yang agak strategik serta menonjol. Bilik pameran tiga tingkat ini terdiri daripada ruang pameran eksklusif SYM, sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis, dan ruangan untuk aksesori dan alat ganti. Pusat servis telah dilengkapkan dengan dua platform servis yang akan beroperasi dari 9.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari, kecuali pada hari Ahad. Keseluruhan ruang dianggarkan seluas 10,000 kaki persegi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SYM Smart Shop di talian 07-773 3288 atau lawati laman sesawang rasmi SYM di www.sym.net.my. TEKAN SINI untuk melihat semua motosikal SYM di Bikesrepublic.com Bike Buyer's Guide. TEKAN SINI untuk melihat semua motosikal Benelli di Bikesrepublic.com Bike Buyer's Guide.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/