Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, April 17, 2017

Petronas Lancarkan Petronas Sprinta Dengan UltraFlex™ Di Malaysia

  • Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ baru menjanjikan untuk mengurangkan tekanan kepada enjin yang boleh menyebabkan bunyi getaran dan juga motosikal terasa lembab dan berat.
  • Teknologi UltraFlex™ dan formula uniknya terdiri daripada molekul adaptif yang lebih bagus untuk menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin motosikal dan melanjutkan hayat enjin.
  • Terdapat sembilan pilihan yang ada bagi memenuhi keperluan motosikal yang berbeza bermula dari RM15 sehingga RM70 setiap botol 1 liter.
Petronas Lubricant Marketing Malaysia (PLMM) baru sahaja melancarkan rangkaian minyak enjin terkini mereka; Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ sebagai rangkaian pelincir motosikal utama yang terkini diformulasi khususnya untuk mengurangkan beban ke atas enjin motosikal serta melanjutkan hayat enjin. Teknologi Sprinta dengan UltraFlex™ ini datang dalam sembilan pilihan berbeza bagi memenuhi keperluan majoriti 11.6 million motosikal yang berada di atas jalanraya Malaysia hari ini. Rangkaian ini terdiri daripada Petronas Sprinta F900 10W-40 untuk motosikal berprestasi tinggi sehinggalah ke Petronas A300 10W-30 yang diadun istimewa bagi kegunaan skuter. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Encik Zubair Abdul Razak, beliau menerangkan bahawa, " Penggunaan harian memnyebabkan tekanan yang banyak pada enjin motosikal, walaupun hanya digunaka dalam perjalanan yang biasa. Ini membuatkan ramai penunggang sentiasa risau motosikal mereka akan rosak dan mereka terpaksa menanggung kos pembaikian yang sangat mahal," Dengan rangkaian Sprinta terbaru beserta dengan formulasi UltraFlex™, Petronas yakin yang ianya dapat mengurangkan tekanan ke atas enjin mana-mana motosikal yang menunjukkan tanda-tanda atau simptom seperti bunyi getaran dan motosikal terasa berat dan lembab. Teknologi Sprinta dengan UltraFlex™ ini dapat mengatasi masalah ini dengan formulasi uniknya yang terdiri daripada molekul adaptaif yang lebih bagus untuk menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin motosikal. Apabila ditanya tentang apakah yang membezakan Petronas Sprinta UltraFlex™ dengan minyak-minyak enjin lain yang berada di pasaran, Ketua Rantau Asia Pasifik, PETRONAS Lubricant International, Encik Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata, "Visi kami adalah untuk terus berkembang dengan bertunjangkan teknologi sebagai pembezaan utama untuk sentiasa menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi keperluan pengguna, di samping bersiap sedia untuk meraih peluang pasaran yang pesat berkembang." Beliau juga menambah " Pusat teknologi bernilai 60 juta dolar Amerika di Turin, Itali, yang bakal disiapkan pada hujung tahun ini adalah tanda komitmen kami terhadap kajian dan teknologi,"   Bersama dengan pelancaran ini, PLMM, Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), pasukan perlumbaan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ serta pengeluar kelengkapan berlumba Furygan dan Shark Helmets (dari Spartan Concept Store, Sunway) menganjurkan "Better Ride with Sprinta Experience" untuk mempersembahkan produk-produk terkini mereka dengan membawa peserta untuk beberapa pusingan mengelilingi Trek Utara Litar Antarabangsa Sepang. Penunggang utama yang mengemudi jentera perlumbaan Yamaha Petronas Super Series dari Malaysian Cub Prix adalah tidak lain dan tidak bukan Oh Kah Beng, bekas penunggang Malaysian GP. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Spartan Concept Store, Sunway. TEKAN SINI untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang Oh Kah Beng dalam segmen "Most Interesting Biker" Bikesrepublic.com. Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ terbaru ini sudah pun berada di pasaran sekarang. Harganya bermula dari serendah RM15 sehinggalah RM70 bagi setiap satu botol 1 liter. [gallery columns="5" ids="27047,27046,27045,27044,27043,27042,27041,27040,27039,27038,27054,27053,27052,27051,27050"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/