Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, April 24, 2017

Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia - RM14,999

Mungkin anda pernah melihat jentera ini yang telah viral pada satu ketika dulu, namun, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi.  Kali ini, maklumat terkini menunjukkan bahawa motosikal elektrik berbumbung ini sedia diimpot ke Malaysia dengan harga RM14,999 untuk Semenanjung dan RM15,999 untuk Sabah dan Sarawak. Jentera ini adalah berasaskan motosikal, maka dapat dilihat pada 'stereng'nya yang sama seperti bar pemegang motosikal. Kelebihannya adalah sistem audio siap dilengkapkan, malah lebih penting, berbumbung untuk mengelakkan habuk atau air masuk ke dalam kabin semasa memandunya (menunggangnya?). EV-3 ini mampu memuatkan 3 penumpang dengan konfigurasi 1+2. 1 pemandu didepan dan 2 penumpang dibelakang.  Jentera unik ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 1,000watt yang mampu membawa berat keseluruhan termasuk penumpang sejumlah 500kg. Namun, dengan muatan penuh ini tidak dapat saya pastikan samada ia boleh bergerak untuk mendaki bukit (walaupun dalam brosur itu ada tertulis 'strong'). Menarik dan kini boleh ditempah dengan bayaran RM8,500. Terus ke sumber asal untuk maklumat lebih lanjut: Malek Jakarullah FB. (Maaf tak dapat nak bagi link sbb guna mobile. Akan dikemaskini nanti)

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/