Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, April 9, 2017

MotoGP; Marc Marquez Bermula Dari Posisi Pertama Dalam GP Argentina

  • Juara Dunia MotoGP 2016 Marc Marquez menjadi satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat.
  • Karel Abraham mengejutkan semua orang setelah bertarung untuk posisi pertama dengan juara MotoGP itu.
  • Penunggang dari Britain Cal Crutchlow hanya 0.003 saat di belakang Abraham, meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan GP Argentina pada hari ini.
Ia merupakan sesi kelayakan MotoGP yang basah dan sangat menarik digandingkan dengan barisan grid yang mengejutkan. Selepas beberapa siri keputusan yang tidak dijangkakan, juara semasa MotoGP, Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda muncul sebagai pendahulu selepas mencatat masa yang amat pantas iaitu 1:47.512. Marquez merupakan satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat semalam. Keadaan litar begitu basah menyebabkan ini berlaku kepada Marquez apabila dia cuba untuk berlatih permulaannya. https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10155544377665769/ Satu lagi kejutan yang memeranjatkan ialah penunggang yang akan bermula di petak kedua untuk perlumbaan hari ini, Karel Abraham dari pasukan Pull&Bear Aspar. Penunggang berusia 27 tahun dari Republik Czech itu mengejutkan semua orang apabila dia mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP15-nya dengan masa 1:48.275, 0.763 saat di belakang penunggang tempat pertama, Marquez. [caption id="attachment_26644" align="alignleft" width="800"] Sumber Imej: www.crash.net[/caption] Cal Crutchlow dari LCR Honda tidak jauh ketinggalan di belakang Abraham dengan catatan masa 1:48.278. Jarak teramat kecil yang hanya 0.003 saat meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan hari ini di atas jentera Honda RC213V-nya. Lebih dari setengah saat di belakang penunggang Britain itu adalah Danilo Petrucci dari pasukan OCTO Pramac Racing. Petrucci juga telah mencatat kelajuan terpantas dengan 314.4km/j dengan jentera Desmosedici GP16-nya. [caption id="attachment_26645" align="alignleft" width="800"] Sumber Imej: www.motorsports.com[/caption] Dani Pedrosa mencatat masa yang mengagumkan iaitu 1:49.008 walaupun pada awalnya telah terbabas sebelum itu dan begitu juga di sesi Q1, dimana seorang lagi penunggang berprofil tinggi, Valentino Rossi dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP juga terbabas. Pedrosa akan memulakan perlumbaannya di petak kelima manakala Rossi pula di kedudukan petak ketujuh di belakang teman sepasukannya dan pemenang GP Qatar, Maverick Vinales. Kedudukan permulaan yang tidak begitu memberangsangkan bagi kedua-duanya terutamanya bagi Rossi memandangkan yang perlumbaan ini adalah perlumbaan GP-nya yang ke-350. Selepas menamatkan GP Qatar dengan keputusan yang hebat, Aleis Espargaro dari pasukan Aprilia Racing Team Gresini sekali lagi telah berjaya membuat pusingan yang baik dan meletakkannya di kedudukan petak kelapan dengan jentera Aprilia RS-GP. Penunggang bukan pilihan ini dengan jentera bukan pilihannya hanya 0.051 saat di belakang juara dunia sembilan kali. Loriz Baz dari pasukan Reale Avintia Racing pula di petak kesembilan dan Alvaro Bautista dari pasukan Pull&Bear Aspar di tempak ke-10. Apa yang terjadi kepada penunggang-penunggang berprofil tinggi yang lain dari pasukan pengilang? Nampaknya hujan telah menyukarkan keadaan untuk mereka dengan Andrea Iannone akan bermula di petak ke-12 di belakang penunggang Monster Yamaha Tech 3, Jonas Folger. Teman sepasukan Iannone pula akan memulakan perlumbaan GP Argentina ini di tempat terakhir selepas sesi yang sukar ekoran dari pemulihannya selepas kecederaan serius. Bagaimana pula tentang kedua-dua penunggang pengilang Ducati dan jentera GP17 mereka? Andrea Dovizioso hanya mampu untuk mencatat masa yang meletakkannya di petak ke-13 dan Jorge Lorenzo pula di petak ke-16 untuk perlumbaan hari ini. Jangan lupa untuk menyaksikan perlumbaan yang amat menarik ini dengan barisannya yang berbagai bila mereka akan beraksi sepenuhnya di litar Termas de Rio Hondo. Moto3 akan bermula pada waktu tengah malam ini (waktu tempatan), diikuti dengan Moto2 pada pukul 1.20pagi dan MotoGP yang akan bermula pada pukul 3.00pagi Sumber Imej: MotoGP

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/