Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, April 13, 2017

MotoGP 2017: Michelin Akan Menaja Australian GP Pada Bulan Oktober

  [caption id="attachment_26799" align="alignleft" width="768"] Sumber imej; MotoGP[/caption]
  • Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menjadi penaja utama bagi pusingan MotoGP Australia.
  • Yang kedua dalam tiga perlumbaan 'flyaway' di Phillip Island akan diadakan pada 22 Oktober 2017.
  • Australian GP adalah salah satu antara perlumbaan yang paling mengujakan dalam kalendar Motocycle Grand Prix.
[caption id="attachment_26801" align="alignleft" width="1200"] Pertembungan Andrea Iannone dengan Gavin si burung camar[/caption] Satu pengumuman yang terkini dibuat oleh Dorna Sports baru-baru ini telah menyatakan yang pembekal tayar rasmi untuk MotoGP, Michelin, akan menjadi penaja utama bagi Australian GP. Australian GP telah ditetapkan untuk menjadi perlumbaan kedua dari tiga perlumbaan 'flyaway' pada 22 Oktober 2017 di litar tersohor, Litar Phillip Island. Dengan itu, nama rasmi bagi pusingan itu telah ditukar kepada Michelin® Australian Motorcycle Grand Prix. [caption id="attachment_26797" align="alignleft" width="1000"] Sumber imej; MCN[/caption] Untuk tahun kedua berturut-turut, Michelin telah menjadi pembekal tayar tunggal untuk kelas MotoGP. 2016 terbukti merupakan tahun yang mencabar dan juga yang banyak memberikan pengajaran di mana sejumlah sembilan pemenang perlumbaan yang berlainan, namun ianya sukar untuk menidakkan kejayaan Michelin dan penglibatannya dalam MotoGP. [caption id="attachment_26800" align="alignleft" width="900"] Sumber imej: Michelin[/caption] Menurut presiden bagi bahagian tayar dua roda Michelin, En. Gary Guthrie, dia menyatakan bahawa "Selepas kepulangan yang berjaya buat Michelin ke MotoGP pada tahun lalu saya teramat teruja tentang bagaimana kami akan bekerjasama dengan pasukan dan penganjur untuk menjadikan perlumbaan ini lebih menyeronokkan untuk tahun ini. Kami telah banyak belajar dalam tahun 2016 melalui kerjasama dengan pasangan kami dalam setiap pasukan dan akan menggunakannya untuk memajukan teknologi Michelin jauh ke hadapan bagi perlumbaan MotoGP yang lebih baik," [caption id="attachment_26798" align="alignleft" width="1000"] Sumber imej: Michelin[/caption] "Pada masa sama kami sedang menggunakan teknologi yang dibangunkan dalam MotoGP untuk membawa tahap baru dalam prestasi dan keselamatan bagi tayar jalanan untuk penunggang di mana sahaja. Peluang yang telah diberikan oleh Dorna kepada kami pada tahun ini untuk menyekutukan Michelin dengan Australian GP, pusingan MotoGP yang sering dinanti-nantikan oleh kesemua penunggang dan peminat seluruh dunia, adalah satu penghormatan bagi kami." [caption id="attachment_26796" align="alignleft" width="1440"] Jorge Lorenzo dan 'insidennya' dengan seekor burung camar di Phillip Island pada tahun 2013 (Sumber imej: MotoGP)[/caption] Pusingan berikutnya akan menuju ke 'Circuit of the Americas' pada 21 April 2017 dengan pasangan Movistar Yamaha Maverick Vinales dan Valentino Rossi menerajui kejohanan. Teruskan bersam kami di MotoMalaya bagi perkembangan terkini Motocycle Grand Prix. TEKAN SINI untuk membaca sorotan pusingan yang lalu di Argentina. NOTA: Tiada burung camar yang tercedera dalam penulisan artikel ini (Moga kau tenang di sana, wahai Gavin si burung camar).

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/