Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, April 28, 2017

BMW Memperkenalkan M550d xDrive; Model Pacuan Empat-Roda, EMPAT PENGECAS TURBO!

   
  • Model kuasaan diesel terbaru dalam rangkaian G30 5-Series.
  • Model pengeluaran dengan enjin diesel enam silinder paling berkuasa dalam dunia.
  • Dijana oleh enjin diesel 3.0 liter enam silinder sejajar dengan 4 pengecas turbo.
BMW telah memperkenalkan satu lagi model kuasaan diesel berprestasi tinggi terbaru dalam rangkaian G30 5 Series, M550d xDrive. Model ini didakwa oleh BMW sebagai model pengeluaran dengan enjin diesel enam silinder yang paling berkuasa. Ianya terdapat dalam bentuk Sedan serta Touring. Tambahan terkini bagi rangkaian M Performance, model M550d xDrive ini dijana oleh enjin diesel 3.0 liter enam silinder sejajar dengan bukan dua, bukan juga tiga, tetapi empat pengecas turbo. Menggunakan Teknologi TwinPower M Performance BMW, ia dapat menghasilkan 400hp pada 4,400rpm dan 760Nm tork pada 2,000Nm. Penggunaan empat pengecas turbo ini adalah kerana ianya akan dibahagikan kepada dua tahap; dua pengecas turbo tekanan rendah, yang akan sentiasa dikuasakan semasa perjalanan, serta dua lagi pengecas turbo tekanan tinggi, yang mana satu akan sentiasa dikuasakan manakala satu lagi akan dikuasakan apabila kelajuan enjin melebihi tahap 2,500rpm. Pengecasan turbo pelbagai tahap ini bagi membantu M550d ini mengekalkan tindakbalas yang terbaik tanpa kelembaban reaksi turbo. [caption id="attachment_27739" align="alignleft" width="640"] BMW M550d xDrive versi Touring[/caption] Pacuan kuasa bagi model ini diarah keempat-empat roda melalui transmisi sports lapan kelajuan Steptronic dan sistem pacuan semua-roda xDrive. Dari segi prestasi pula, model M550d ini dapat memecut ke 100km/j dalam 4.4 saat (4.6 saat bagi versi Touring) dan akan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j (dihadkan secara elektronik). [caption id="attachment_27736" align="alignleft" width="640"] BMW M550d xDrive Sedan[/caption] Penggunaan sistem semua-roda x-Drive BMW memastikan kestabilan pemanduan, tidak mengira keadaan cuaca. BMW juga telah meyakinkan bahawa karakteristik pacuan belakangnya tidak akan terlalu terkesan, dengan gandar hadapan hanya akan digunakan pada masa yang sesuai. Estetik luaran M550d ini menggambarkan potensi kelajuan dinamiknya. Dengan pakej aerodinamik M, suspensi sports M yang telah direndahkan sebanyak 10mm beserta dengan kemasan warna Cerium Grey Metallic pada lilitan sekeliling tingkap, penutup cermin sisi dan jatanya, model ini mengekalkan rupa sofitikated BMW dengan sentuhan yang menggambarkan kuasa yang telah diselubung sebalik gayanya. Rodanya pula adalah aloi ringan Double Spoke 664 M 19 inci yang dilitupi dengan tayar 245/40 di depan dan 275/35 bagi tayar belakang. Bagi ruang dalamannya pula,M550d ini dilengkapi dengan kelengkapan standard bagi model M Performance seperti pedal, tempat letak kaki, stereng dengan kemasan kulit dan berbagai lagi, segala yang anda idamkan dari sebarang model di bawah . Pada ambang pintunya pula telah dilengkapkan dengan pencahayaan dan terterap 'M550d' padanya. Kelengkapan pilihan yang tersedia termasuk kerusi sports M dengan kulit Dakota atau fabrik/Alcantara dan stereng dengan kemasan kulit M sports. Model ini dijangka akan mula dipasarkan seawal Julai tahun ini dengan versi Touring akan dikeluarkan lebih lewat pada penghujung tahun ini. Tiada sebarang berita tentang harganya buat masa ini, ataupun bila atau jika ia akan sampai ke tanah air kita. Namun begitu, kami pasti akan sampaikannya apabila khabarnya diterima dari BMW pada masa akan datang. Teruskan bersama MotoMalaya bagi segenap berita dunia permotoran!   Galeri BMW M550d xDrive [gallery columns="4" ids="27734,27735,27736,27737,27733,27732,27729,27738,27730,27739,27744,27740,27741,27742"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/