Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, April 27, 2017

2017 Honda Civic Type R menetapkan rekod pusingan bagi pacuan roda hadapan di Nürburgring - 7min 43.8saat

[caption id="attachment_27635" align="aligncenter" width="640"] Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye<br /> Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _170.cr2 Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017[/caption] Rekod dibawah 8min adalah cukup baik bagi mana-mana jentera yang diuji di Nurburgring. Lihat sahaja disini (List of Nurburgring Lap Times: Wikipedia), dimana Nissan Skyline R33 dan Porsche 911 Carrera S berada dalam senarai ini. Honda Civic Type R 2017 mencatatkan rekod pusingan 7min 43.8saat di Nürburgring Nordschleife pada 3 April 2017 dan rekod ini merupakan tanda aras terbaru untuk jentera pacuan roda hadapan.   [caption id="attachment_27642" align="aligncenter" width="640"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _251.cr2[/caption] Rekod ini tercapai pada peringkat terakhir fasa pembinaan jentera ini, dengan keadaan litar yang kering dan suhu yang optimum untuk prestasi terbaik tayar dan enjin. Catatan masa ini menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 7 saat berbanding dengan model sebelum ini. [caption id="attachment_27636" align="aligncenter" width="640"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _174.cr2[/caption] Honda Civic Type R ini adalah salah satu program pembangunan Civic generasi ke-10, yang mana merupakan yang terbesar dalam sejarah Honda. Civic Type R ini dihasilkan untuk memberikan pemanduan yang paling memuaskan dalam segmen 'hot hathback' samada di jalan raya atay di litar lumba. [caption id="attachment_27630" align="aligncenter" width="640"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _128.cr2[/caption] Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada catatan masa yang merupakan tanda aras baru ini di Nordschleife. Nadi penggerak jentera ini adalah enjin yang telah diperhalusi iaitu enjin VTEC TURBO 2.0 liter yang mampu menghamburkan 320PS dengan daya kilas sekuat 400Nm (kuat tu!). Kotak gear 6-kelajuan manual juga telah ditingkatkan dengan penggunaan nisbah gear yang lebih rendah untuk mempertingkatkan pecutan jentera ini. Selain itu, pakej aerodinamik yang komprehensif Type R memberikan kestabilan pada kelajuan tinggi dengan keseimbangan 'angkatan dan geseran' (lift and drag) yang terbaik dalam kelasnya (best-in-class). [caption id="attachment_27628" align="aligncenter" width="640"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _117.cr2[/caption] Rangka badan Honda Civic Type R 2017 ini juga lebih keras dan 16kg lebih ringan daripada model sebelum ini dengan peningkatan ketegaran torsional (torsional stiffness) sebanyak 38%, yang memberikan manfaat dari segi tindakbalas stereng dan kestabilan semasa mengambil selekoh. Suspensi belakang dilengkapkan dengan sistem suspensi rangkaian-berbilang (multi-link) yang lebih stabil semasa membrek dan mengurangkan kesan pusingan badan jentera. Ini membolehkan pemandu membrek lebih lambat semasa mengambil selekoh lantas memberikan kelajuan tinggi semasa mula masuk ke selekoh (higher cornering speed). [caption id="attachment_27621" align="aligncenter" width="569"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _077.cr2[/caption] Orang yang bertanggungjawab terhadap pembinaan rangka Honda Civic Type R ini adalah Ryuichi Kijima. Beliau menjelaskan dimana peningkatan paling banyak berlaku pada jentera ini berbanding dengan model sebelum ini. [caption id="attachment_27625" align="aligncenter" width="569"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _088.cr2[/caption] "Kelajuan tinggi semasa mula masuk selekoh pada Type R baru ini adalah kerana jentera ini mempunyai trek dan tayar lebih lebar, jarak antara roda lebih panjang, sistem suspensi rangkaian-berbilang yang baru di bahagian belakang dan aerodinamik yang dipertingkatkan untuk lebih kestabilan," kata Kijima-san. " Sebagai contoh, pemandu biasanya masuk ke selekoh selepas Metzgesfeld pada 150km/h. Walaupun ini adalah selekoh kelajuan sederhana, kelajuan ini adalah 10km/h lebih tinggi kerana kestabilan Type R yang cemerlang. Jadi, dengan peningkatan pada prestasi semasa menyelekoh, kita boleh meningkatkan kelajuan pada keseluruhan pusingan, membantu Type R baru ini mencapai masa pusingan yang lebih pantas." [caption id="attachment_27643" align="aligncenter" width="640"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _264.cr2[/caption] Jentera pembangunan ini (Type R di Nurburgring) secara teknikalnya adalah sama dengan model Type R untuk pengeluaran. Sangkar keselamatan penuh dipasang pada jentera pembangunan ini namun tidak memberikan ketegaran tambahan kepada rangka. Berat tambahan sangkar keselamatan ini diseimbangkan dengan mengeluarkan sistem audio dan tempat duduk belakang. Tayar yang digunakan adalah tayar jalanan yang fokus kepada perlumbaan di litar. [caption id="attachment_27638" align="aligncenter" width="569"] Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017
Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye
Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _184.cr2[/caption] Pengeluaran Type R adalah bermula pada musim panas 2017 di HUM (Honda of the UK Manufacturing) - hub pembinaan global untuk Civic hatchback generasi ke-10. Type R ini akan diekspot ke Europe and pasaran lain di dunia termasuk, Jepun dan US. Kehadiran jentera ini ke Amerika Utara merupakan kali pertama Type R  dijual secara rasmi di sana. Galeri 2017 Honda Civic Type R [gallery ids="27619,27620,27621,27622,27623,27624,27626,27627,27628,27629,27630,27631,27632,27633,27634,27635,27636,27637,27638,27639,27640,27641,27642,27643,27644,27645,27646,27647,27648,27649,27650,27651,27652"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/