Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, April 30, 2017

Hafizh Syahrin menjuarai perlumbaan pembukaan FIM CEV Repsol Circuito de Albacete

Satu lagi kebanggaan kepada Malaysia setelah Hafizh Syahrin berjaya mendapat kedudukan pertama di Circuito de Albacete bagi siri FIM CEV Repsol dalam kategori Moto2.  

Saturday, April 29, 2017

Benelli Leoncino 500 2017 Akan Tiba Di Malaysia!

  • Benelli Malaysia telah mengesahkan yang motosikal Benelli Leoncino 500 2017 akan tiba di tanah air dalam tahun ini.
  • Leoncino 500 yang bergaya retro ini dijana oleh enjin dwi-silinder, empat lejang sejukan cecair 500cc yang menghasilkan sekitar 47hp dan 45Nm tork.
  • Fork terbalik 45mm di hadapan dengan angkup brek empat-omboh dan cakera 320mm bersama dengan lengan buai belakang dan penyerap hentakan yang dilekap dari sisi beserta cakera 260mm dengan angkup omboh.

Friday, April 28, 2017

BMW Memperkenalkan M550d xDrive; Model Pacuan Empat-Roda, EMPAT PENGECAS TURBO!

   
  • Model kuasaan diesel terbaru dalam rangkaian G30 5-Series.
  • Model pengeluaran dengan enjin diesel enam silinder paling berkuasa dalam dunia.
  • Dijana oleh enjin diesel 3.0 liter enam silinder sejajar dengan 4 pengecas turbo.

Thursday, April 27, 2017

Mitsubihi Motors Telah Melancarkan Rangkaian SVP Di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017

  • Mitsubishi L200 Barbarian, model pertama dalam rangkaian SVP (Special Vehicle Project) telah diperkenalkan di Pertunjukan Kenderaan Komersial 2017 baru-baru ini.
  • Model L200 Barbarian SVP Mitsubishi ini akan dikeluarkan secara eksklusif dalam kuantiti terhad kepada 250 unit sahaja, dan ianya bermula dari £28,479 (kira-kira RM159,693 selepas pertukaran).

2017 Honda Civic Type R menetapkan rekod pusingan bagi pacuan roda hadapan di Nürburgring - 7min 43.8saat

[caption id="attachment_27635" align="aligncenter" width="640"] Worldwide Copyright: © Patrick Gosling, Chris Brown/ Beadyeye<br /> Filename: 170403_CivicTypeR_TimeAttack _170.cr2 Honda Civic TypeR Nurburgring Time Attack
April 2017[/caption] Rekod dibawah 8min adalah cukup baik bagi mana-mana jentera yang diuji di Nurburgring. Lihat sahaja disini (List of Nurburgring Lap Times: Wikipedia), dimana Nissan Skyline R33 dan Porsche 911 Carrera S berada dalam senarai ini. Honda Civic Type R 2017 mencatatkan rekod pusingan 7min 43.8saat di Nürburgring Nordschleife pada 3 April 2017 dan rekod ini merupakan tanda aras terbaru untuk jentera pacuan roda hadapan.  

Boon Siew Honda melancarkan 2017 Honda Wave 125i

  • Boon Siew Honda baru sahaja mengumumkan kapcai terbaru mereka iaitu 2017 Honda Wave 125i

  • Honda Wave 125i mempunyai ciri-ciri premium penambahbaikan dari segi rupa, keselesaan dan juga prestasi pengunaan petrol

  • Enjin 125cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) mampu bergerak lebih dari 300km bagi setiap tangki petrol 5.4 liter

Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja melancarkan 2017 Honda Wave 125i hari ini. Motorsikal kapcai dengan pelbagai ciri-ciri premium menambahkan lagi keselesaan menunggang dan kecekapan bahan api.

Tuesday, April 25, 2017

Servis Bergerak Modenas Kini Boleh Didapati Untuk Pengguna Seluruh Negara

  • Modenas telah melancarkan Servis Bergerak Modenas yang pertama kalinya untuk kesemua pemilik motosikal Modenas.
  • Perkhidmatan ini boleh didapati di seluruh negara dalam jarak 30km dari lima pusat servis rasmi Modenas.
  • Pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk sebarang pembaikan, kerosakan, malahan ianya juga untuk perkhidmatan pintu ke pintu.

Honda Malaysia Melancarkan Pembukaan Pusat 4S Terbesar Di Malaysia

 
  • Kah Motor Co. Sdn. Bhd. (Tebrau) kini telah menjadi Pusat 4S Honda terbesar di Malaysia dengan keluasan sehingga 142,389 kaki persegi.
  • Sejumlah RM 40 juta telah dilaburkan pada Pusat 4S Honda terbaru ini yang akan menempatkan Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, dan juga Pusat Mengecat.
  • Honda Malaysia telah mencatat peningkatan jualan bagi suku pertama 2017 sehingga 45%, dengan syer pasaran sebanyak 20.5% dicapai pada bulan Mac, jumlah tertinggi dalam sejarah jualan Honda Malaysia.

Pesawat Pertama Buatan China kini sedia Berlepas

China bukan sahaja boleh membuat kereta dan motosikal, kini mereka mampu menghasilkan pesawat sendiri, C919, yang dikatakan akan menyaingi Boeing dan Airbus. Commercial Aircraft Corporation of China (Comac) adalah syarikat yang merekacipta dan membangunkan pesawat terbesar dalam sejarah negara China yang telah ditubuhkan sejak 2008. 

Monday, April 24, 2017

Motosikal Elektrik Berbumbung EV-3 sedia diimpot ke Malaysia - RM14,999

Mungkin anda pernah melihat jentera ini yang telah viral pada satu ketika dulu, namun, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi.  Kali ini, maklumat terkini menunjukkan bahawa motosikal elektrik berbumbung ini sedia diimpot ke Malaysia dengan harga RM14,999 untuk Semenanjung dan RM15,999 untuk Sabah dan Sarawak.

MotoGP 2017, America: Marquez Menang Kali ke-5 di Texas, Vinales terbabas, Rossi ke-2

Marc Marquez kembali menunjukkan taringnya dengan memenangi perlumbaan di Texas, Amerika. Setakat ini, Marquez telah memenangi 5 kedudukan pertama kelayakan dan 5 kali kemenangan juga di sini. Vinales yang dikatakan bakal mencabar Marquez, terbabas pada Selekoh 18 selepas 20 pusingan.  

Saturday, April 22, 2017

SYM Smart Shop Keenam Dibuka Di Kluang, Johor

  • SYM Smart Shop keenam di dalam negara telah memulakan operasinya di Kluang, Johor.
  • Bilik pameran tiga tingkat ini terdiri daripada ruang pameran eksklusif SYM, sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis serta ruangan bagi aksesori serta alat ganti.
  • Ianya merupakan pusat-sehenti pameran yang menampilkan rangkaian penuh kesemua model moped serta skuter keluaran SYM yang berkualiti tinggi serta sebuah pusat servis yang menyediakan servis lepas jualan.

Tunggang Uji: 2017 Kawasaki Z900 ABS & 2017 Kawasaki Versys-X 250

Menyusul perlancaran motorsikal-motorsikal terbaru dari Kawasaki Motors Malaysia pada awal tahun ini, kami telah dijemput untuk menguji dua lagi jentera Kawasaki semalam. Bertempat di Templer Park Country Club, Rawang, Kawasaki telah mengaturkan dua sesi tunggang uji yang berbeza untuk Kawasaki Z900 ABS dan juga Kawasaki Versys-X 250 keluaran 2017.

Basikal Tayar Tanpa Angin 'AirFree Concept' dari Bridgestone

Bridgestone  Corporation kini mengumumkan kepada dunia bahawa mereka telah menghasilkan tayar basikal generasi hadapan sebagai satu usaha untuk memajukan teknologi 'Air Free Concept' iaitu teknologi tayar tanpa angin. Ini akan membolehkan pihak Bridgestone untuk mengkaji penggunaan tayar ini dalam keadaan sebenar dan akhirnya diharapkan tayar ini dapat menemui pengguna pada 2019 nanti.  

Friday, April 21, 2017

Suzuki Memfailkan Paten Bagi Skuter Hibrid Pacuan Dua-Roda

 
  • Suzuki telah memfailkan satu paten bagi sebuah skuter hibrid pacuan dua-roda baru-baru ini di US Patent and Trademark Office (USTPO).
  • Paten ini menunjukkan sebuah skuter hibrid dengan enjin elektrik yang menjana bahagian hadapan dan enjin petrol konvensional memacu roda belakang.
  • Rekabentuk skuter ini agak serupa dengan skuter maxi Suzuki Burgman.

Boon Siew Honda Menandatangani Perjanjian Dengan Honda Motor Co. Ltd Untuk Mengeksport RS150R Model

Boon Siew Honda (BSH) apabila BSH menandatangani satu perjanjian dengan Honda Motor Co., Ltd. (HM) di Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk mengeksport model motosikal tempatan, RS150R mengikuti dasar kerajaan dan menggalakkan kesan positif di Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) turut hadir di Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk menyaksikan acara sulung ini di MAI, Cyberjaya. Dengan lebih daripada 60 tahun kewujudan pasaran di Malaysia, BSH melihat satu jualan lebih besar dengan mensasarkan 700 unit RS150R untuk dieksport dalam tahun fiskal pertama ini. Model RS150R telah dilancarkan pada Jun 2016 dan di pasaran untuk rakyat Malaysia pada Ogos 2016.  

Thursday, April 20, 2017

Zero Engineering Japan Mempersembahkan "Samurai Choppers" Di Malaysia

  • Zero Engineering adalah pembuat motosikal tempahan khas dari Jepun yang telah membikin "Samurai Choppers" yang ditempa sepenuhnya seperti yang dipratonton iaitu Type-5, Type-6 dan Type9i.
  • Setiap motosikal di dibina khas dari awalnya dengan enjin Harley Davidson dan kerangkanya serta bahagian-bahagian asas dengan pilihan tempahan yang begitu banyak.
  • Antara orang kenamaan yang memiliki sebuah Samurai Chopper adalah Brad Pitt, David Beckham, malah Tony Stark dalam filem "Iron Man".

Wednesday, April 19, 2017

Suzuki Rancang Untuk Membangunkan Helmet Paparan Hadapan

   
  • Suzuki telah merancang untuk membangunkan helmet paparan hadapan (heads-up display: HUD) mereka sendiri untuk masa depan motosikal.
  • HUD unit yang biasa bukan sahaja memaparkan maklumat penting tetapi ianya juga akan menyampaikan suapan video secara langsung bahagian belakang motosikal yang dirancang untuk menggantikan penggunaan cermin pandang belakang konvensional.

Dainese Memenangi Beberapa Anugerah Rekabentuk Antarabangsa Red Dot Dan Le Fonti

 
  • Dainese menerima tiga Anugerah Rekabentuk Red Dot di bawah kategori Rekabentuk Produk 2017 untuk rekaan Mugello R D-air® sut perlumbaannya, helmet AGV Pista GP R-nya dan produk perlindungan terbaru Pro-Armor.
  • Mereka juga telah dianugerahkan 'Excellence of the Year/Innovation and Leadership' dari Aungerah Le Fonti dalam kategori Pakaian Perlindungan Teknologi Tinggi.

Tuesday, April 18, 2017

ARRC: FIM Asia Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Pembatalan Anthony West

   
  • Anthony West (Akeno Speed WJR Racing Team) telah dibatalkan penyertaan dari kedua-dua perlumbaan Pusingan Dua ARRC atas sebab 'melanggar peraturan teknikal'
  • West pada mulanya menamatkan Perlumbaan Satu di tempat ketiga dan tempat pertama di Perlumbaan Dua di Litar Antarabangsa Buriram
  • "Pasukan Akeno Speed Racing telah enggan untuk menanggalkan bahagian motosikal di parc ferme untuk pemeriksaan pasca perlumbaan."

Monday, April 17, 2017

Petronas Lancarkan Petronas Sprinta Dengan UltraFlex™ Di Malaysia

  • Petronas Sprinta dengan UltraFlex™ baru menjanjikan untuk mengurangkan tekanan kepada enjin yang boleh menyebabkan bunyi getaran dan juga motosikal terasa lembab dan berat.
  • Teknologi UltraFlex™ dan formula uniknya terdiri daripada molekul adaptif yang lebih bagus untuk menangani sebarang kesan akibat tekanan ke atas enjin motosikal dan melanjutkan hayat enjin.
  • Terdapat sembilan pilihan yang ada bagi memenuhi keperluan motosikal yang berbeza bermula dari RM15 sehingga RM70 setiap botol 1 liter.

Sunday, April 16, 2017

ARRC 2017, Thailand: Azlan Menang Berganda - West dibatalkan

[caption id="attachment_26979" align="aligncenter" width="640"] Azlan (right) win Race 2 after West disqualified because of technical infringement[/caption] Saingan penuh dramatik dalam saingan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila kemenangan Anthony West dibatalkan sekaligus menyaksikan pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman meraih kemenangan berganda pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini. Azlan (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) yang memenangi Perlumbaan 1, semalambersaing sengit bersama pelumba Yamaha Thailand Racing, Decha Kraisart dari awal perlumbaan sebelum West (Akeno Speed WJR Racing) mula meningkatkan kelajuan pada pertengahan perlumbaan dan berjaya memintas Decha ketika berbaki enam pusingan dan seterusnya memintas Azlan untuk mendahului kedudukan ketika perlumbaan berbaki empat pusingan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 30'00.670s.  

Friday, April 14, 2017

KTM Malaysia Memperkenalkan KTM 1290 Super Adventure S 2017 Dan 1290 Super Duke R; RM115,000 Dan RM118,000

 
  • Motosikal KTM 1290 terbaru dijana oleh enjin V-berkembar sejukan cecair 1,301cc yang dikemaskini merupakan antara yang teringan dan paling berkuasa enijn V-berkembar di dalam industri motosikal.
  • Kedua-dua 1290 Super Adventure S dan Super Duke R padat dengan gajet elektronik teknologi tinggi, suspensi semi-aktif WP serta pakej pembrekan Brembo.

Pasukan Honda Endurance Racing Bersedia Untuk Perlumbaan 24 Jam Le Mans Hujung Minggu Ini

  • Pasukan Honda Endurance Racing sudah bersiap siaga bagi bertarung sehabisnya di perlumbaan 24 Jam Le Mans kali yang ke-40 hujung minggu ini.
  • Freddy Foray, Julien Da Costa dan Sébastien Gimbert akan mengemudi jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 terbaru bersama dengan pelumba jalanraya British, Lee Johnston sebagai penunggang simpanan.

Thursday, April 13, 2017

Jam Tangan Kronograf Kawasaki terbaru "ZRX since 1997" - €149 (RM703)

 
  • "ZRX since 1997" telah dibuat sebagai penghormatan kepada motosikal 'naked' legenda Kawasaki, ZRX 1100 dan ZRX 1200.
  • Terdapat dalam dua warna menarik: kemasan Hitam Matte dengan sama ada muka berwarna hijau atau hitam.
  • Jam tangan ini boleh didapati di z900.us pada harga €149 (kira-kira RM703).

MotoGP 2017: Michelin Akan Menaja Australian GP Pada Bulan Oktober

  [caption id="attachment_26799" align="alignleft" width="768"] Sumber imej; MotoGP[/caption]
  • Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menjadi penaja utama bagi pusingan MotoGP Australia.
  • Yang kedua dalam tiga perlumbaan 'flyaway' di Phillip Island akan diadakan pada 22 Oktober 2017.
  • Australian GP adalah salah satu antara perlumbaan yang paling mengujakan dalam kalendar Motocycle Grand Prix.

Wednesday, April 12, 2017

Helmet 2017 Arai RX-7X Maverick Edisi Ujian Valencia kini hadir di Jepun - ¥61,000

Maverick Vinales yang telah menang dua kali berturut-turut dalam pusingan awal siri MotoGP, kini diberikan penghormatan oleh Arai dengan mengeluarkan grafik khas Maverick pada helmet Arai RX-7X Edisi Ujian Valencia. Mungkin pihak Arai berpendapat jualan yang berkaitan dengan Maverick Vinales pastinya laku keras kerana Maverick Vinalas adalah juara dalam pembinaan (champion in the making)

Read the original post at http://motomalaya.net

ARRC 2017, Thailand: KECEDERAAN BUKAN PENGHALANG ZAQHWAN BURU PODIUM DI BURIRAM

[caption id="attachment_26714" align="aligncenter" width="640"] Zaqhwan di litar Johor[/caption] Meskipun masih belum pulih dari kecederaan retak tiga jari kaki kanan, semangat Mohd Zaqhwan Zaidi tetap membara untuk turun mempertahankan kejuaraan dalam kategori SuperSports 600cc pada pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand bermula 13 hingga 15 April ini. Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengalami kecederaan dan gagal meneruskan Perlumbaan 2 SuperSports 600cc setelah terjatuh pada peringkat awal perlumbaan meskipun tampil cemerlang menjuarai Perlumbaan 1 sebelum itu sewaktu pusingan pertama ARRC di Litar Johor, awal bulan ini.  

Tuesday, April 11, 2017

WorldSBK: Litar Terbaru Argentina Akan Menjadi Tuan Rumah Buat Pertama Kalinya Pada 2018

  • Litar Vilicum yang serba baru akan mengacarakan perlumbaan WorldSBK-nya yang pertama pada 2018 terletak di daerah San Juan, Argentina
  • Litar ini sudah separuh siap dan akan memohon untuk disahkan oleh FIM pada hujung tahun 2017
  • Litar 4.2km ini mempunyai 19 selekoh keseluruhannya; sebelas selekoh kiri dan lapan selekoh kanan

ARRC 2017, Thailand: AKID JADI TUMPUAN PENCABAR UB150CC ARRC

[caption id="attachment_26685" align="aligncenter" width="640"] Akid (kiri) bersaing dengan Haziq[/caption]

Nama pelumba muda Malaysia, Mohd Akid Aziz dijangka akan menjadi tumpuan menjelang perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 13 hingga 15 April ini.

Meskipun tidak diletakkan sasaran tinggi, pelumba rookie dari pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor berusia 19 tahun itu kini mendahului kategori Underbone 150cc dengan mengumpul 45 mata setelah muncul juara pada Perlumbaan 2 di Litar Johor dan muncul naib juara pada Perlumbaan 1, malah ketika ini turut mendahului kedudukan pelumba kategori CP115 di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017.  

Monday, April 10, 2017

MotoGP 2017, Argentina: Maverick Menang Lagi, Ke-2 Rossi, Ke-3 Crutchlow

Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menang lagi yang menjadikan beliau sebagai pelumba pertama dari Yamaha selepas Wayne Rainey pada 1990 untuk menang kedua-dua pusingan awal.  

Sunday, April 9, 2017

MotoGP; Marc Marquez Bermula Dari Posisi Pertama Dalam GP Argentina

  • Juara Dunia MotoGP 2016 Marc Marquez menjadi satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat.
  • Karel Abraham mengejutkan semua orang setelah bertarung untuk posisi pertama dengan juara MotoGP itu.
  • Penunggang dari Britain Cal Crutchlow hanya 0.003 saat di belakang Abraham, meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan GP Argentina pada hari ini.

Saturday, April 8, 2017

Suter Menarik Diri dari Isle of Man TT 2017

[caption id="attachment_26619" align="alignnone" width="768"] Sumber Imej: Cycle World[/caption]
  • Suter telah membuat pengumuman baru-baru ini mengenai pengundurannya oleh kerana kekurangan kakitangan.
  • Motosikal Suter MMX 500 yang dikenali juga sebagai "The Beast" merupakan satu-satunya motosikal dua lejang yang bertanding dalam perlumbaan Isle of Man PokerStars Senior TT.

Thursday, April 6, 2017

2017 Modenas Kriss MR2 dilancarkan di Malaysia - Jimat Poket, Penuh Bergaya!

Modenas melancarkan jentera terbaru mereka, Kriss MR2, sebagai model kemaskini kepada MR1 yang telah diperkenalkan pada 2011. MR adalah singkatan kepada 'Motosikal Rakyat' dimana jentera ini fokus kepada motosikal yang ringkas dengan harga yang cukup mesra rakyat. Kata hikmat yang hadir untuk jentera ini adalah "Jimat Poket, Penuh Bergaya!". [caption id="attachment_26506" align="aligncenter" width="640"] 2017 Modenas Kriss MR2 Celebration Red[/caption] Penambahbaikan dari segi keseluruhan rekaan menampakkan jurureka Modenas kini semakin matang dan memberikan aspek visual yang tajam. moden dan nampak mewah.  

Tanggapan Pertama: Motosikal Kembara Terbaru Benelli TRK 502

 
Artikel oleh Keshy Dillon untuk Bikesrepublic.com
Terjemahan oleh Zarul Faiz
 
  • Rekabentuk Motosikal Benelli TRK 502 ini jelas dipengaruhi oleh BMW, terutamanya di bahagian tangki bahanapi, posisi duduk, dan juga pada bentuk dan sudut palang pemegang.
  • Peredamnya terasa agak lembut jadi anda akan terasa junaman yang biasa terjadi bila membrek dengan keras, suatu kebiasaan bagi suspensi yang lembut, namun bahagian belakangnya menjalankan tugas yang bagus dalam menyerap hentakan bonggol jalan dan sebagainya, dan ini membuatkan ia satu tunggangan yang selesa.
  • Penunggang yang lebih tinggi akan terasa agak kekok di atas motosikal ini, tetapi ianya ditebus dengan pengendalian kelajuan rendah yang baik serta pelana yang besar dan selesa.

Perbandingan Spesifikasi: Yamaha Y15ZR dengan Benelli RFS150i

  [caption id="attachment_22537" align="aligncenter" width="640"] 2015 Yamaha Y15ZR[/caption]

vs

[caption id="attachment_26335" align="aligncenter" width="640"] 2017 Benelli RFS150i[/caption]
Model / Comparison 2015 Yamaha Y15ZR 2017 Benelli RFS150i
Bore x stroke 57.0 x 58.7 mm 57 x 58.7 mm
Displacement 149.8 cc 149.8 cc
Cam system SOHC 4-valve, liquid-cooled, 4-stroke SOHC 4-valve, liquid-cooled, 4-stroke, 3-spark
CDI DC-CDI with single mapping   TLI
Power (kW) 11.3kW (15.4PS) (8,500rpm) 11.3kW, 15.5hp @ 8,500RPM

Tuesday, April 4, 2017

Yamaha XSR900 Memenangi Satu Lagi Anugerah Rekabentuk Terbaik 2017

 
  • Motosikal XSR900 merangkul "Best of the Best" Red Dot Award: kategori Rekabentuk Produk 2017
  • Model motosikal Yamaha yang pertama memenangi lima anugerah rekabentuk

Sunday, April 2, 2017

Benelli Memperkenalkan Dua Model Terbaru Pada Majlis Pelancaran RFS150i!

 
  • Pengenalan ini dibuat pada majlis pelancaran RFS150i, model moped pertama Benelli di Malaysia
  • Sebuah motosikal kembara 500cc dan juga sebuah motosikal lumba 300cc

2017 Benelli RFS150i kini di Malaysia - enjin Euro 3, suntikan bahanapi, 15.5hp _ RM6,988 (standard), RM7,338 (SE)

Moped pertama dari Benelli untuk pasaran Malaysia, RFS150i, hadir dengan ciri-ciri yang dicari beserta harga yang berpatutan. Hanya RM6,988 untuk model standard, jentera Rider For Speed (RFS) 150i akan memberikan kuasa sebanyak 15.5hp dari enjin  SOHC yang patuh Euro 3

Saturday, April 1, 2017

ARRC: Zaqhwan Zaidi Meraih Kemenangan Pertama Bagi Musim 2017

   
  • Juara Asia Road Racing Championship (ARRC) 2016 meraih kemenangan di Litar Johor pada hari Sabtu
  • Penunggang MUSASHi Boon Siew Honda ini menunggang Honda CBR600RRnya ke garisan penamat dan memenangi Perlumbaan 1 bagi 2017

Pratonton Skuter Terbaru SYM, Cruisym 300i!

Pada bulan November tahun lalu, kami telah melaporkan yang SYM Malaysia, yang diwakili dalam negara oleh M Force Bike Holdings Sdn Bhd akan menawarkan model Cruisym 300i pada suatu masa dalam tahun ini. Masanya telah pun tiba dan kami telah dijemput untuk ke Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk satu acara pratonton skuter maxi terbaru ini.

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/