Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, March 24, 2017

Minyak Wangi Terbaru Ducati “1926”

   
  • Produk pewangi asli terkini untuk lelaki usahasama antara Ducati dan Diamond International
  • Dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-90 pengilang Itali tersebut pada tahun lalu
  • Tiga jenis produk yang tersedia adalah Eau de Toilette, gel mandian serta semburan deodoran
Ducati dengan kerjasama Diamond International telah mengeluarkan haruman lelaki terkini yang diberi nama '1926'. Produk pewangi ini telah direka bersamaan dengan ulang tahun ke-90 Ducati yang telah disambut pada tahun lalu. Nama pewangi ini adalah diambil sempena tahun dimana pengilang motosikal legenda ini telah ditubuhkan. Rangkaian produk '1926' terdiri daripada minyak wangi yang datang dalam bentuk 50ml dan 100ml, gel mandian dan semburan deodoran. Seperti Ducati, produk ini mencontohi keghairahan syarikat, perwatakan dan gaya yang sama ditunjukkan dalam motosikal mereka.                             Kewujudan produk ikonik ini yang berkaitan dengan pengilang motosikal dari Bologna adalah atas usahasama dengan Diamond International yang dianggap antara yang terbaik dalam pasaran kelengkapan dandanan diri serta haruman. Kerjasama ini telah mencipta satu produk haruman unik dengan nota bau ketara dari limau tangerine dengan sekelumit bauan Bergamot. Apabila bauan mula bersebati, akan terbit nota bau koko dan lavender dicampur dengan profil geranium yang tak ketara. Dibuat untuk lelaki yang mempunyai persona bergaya dan sofistikated, aura keseluruhannya membawa profil yang "musky" dengan nota bau kayu Cedar dan damar pokok dililit nota bau vanilla dan kacang Tonka. Bungkusannya sendiri membayangkan rupa ikonik dan tidak dimamah usia yang sering dikaitkan dengan citarasa rekabentuk Itali Ducati. Menurut Pengarah Perlesenan Ducati, Alessandro Cicognani, "wangian lelaki baru "1926" menjiwai dunia Ducati yang bersemangat. Kandungan seperti personaliti, corak dan gaya merupakan apa yang kami inginkan dari rangkaian produk baru yang mengujakan ini, hasil kerjasama berprestij dengan Diamond International."                             Jika memperkatakan tentang hal berkaitan gaya dan intipati, tiada yang menjiwainya dengan lebih baik daripada mereka yang berasal dari Itali. Dan dengan Ducati sebagai salah satu pembuat motosikal sukan yang paling dihajati seluruh dunia, anda akan dapat semangat dan karakter yang sama seperti jenam Itali ini dengan rangkaian pewangi ini. TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Diamond International.    

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/