Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, March 20, 2017

Metzeler Dianugerahkan Jenama Tayar Terbaik

    Untuk tahun ketiga berturut-turut, Metzeler telah dinobatkan sebagai jenama tayar paling popular dikalangan para penunggang motosikal. Baru-baru ini, jenama tayar ini telah dianugerahkan dengan "Jenama Terbaik Tahun 2017 dalam Kategori Tayar". Anugerah ini adalah hasil undian para pembaca majalah motosikal Jerman, Motorrad. Anugerah ini kini dalam edisi ke-duabelasnya, dan Metzeler telah menerima anugerah ini sebanyak tujuh kali, kali pertama pada tahun 2006, kemudian 2008, 2009, 2013, 2015 dan 2016. Anugerah ini terdiri daripada 21 kategori, dan kategori tayar mengumpul sejumlah 49,641 pengundi, yang diminta untuk memilih jenama tayar kegemaran mereka. Pengundi dibenarkan untuk mengundi lebih daripada satu jenama. Jenama Metzeler meraih 66.7 peratus dari jumlah keseluruhan undi. Metzeler mengecapi kejayaan besar dengan rangkaian tayar popularnya, Roadtec 01, yang juga memenangi perbandingan tayar Sport Touring yang telah dijalankan oleh Motorrad. [caption id="attachment_25651" align="alignleft" width="768"] (kiri) Michael Muller, Pengarah Jualan&Pemasaran bagi Jerman, Switzerland dan Austria serta (kanan) Salvo Pennisi, Pengarah Jabatan Pengujian.[/caption]   Kepopularan Metzeler dijangka akan meningkat dengan pelancaran rangkaian terbaru off-road yang dinantikan, MC 360, yang akan berada di pasaran menjelang awal bulan April. Tayar baru ini telah lulus dalam sesi ujian terakhirnya dimana ia mengharungi pendakian yang mencabar di Nevado Ojos del Salado yang terletak di banjaran Andes berdekatan dengan sempadan Chile-Argentina,yang merupakan gunung berapi aktif tertinggi di dunia. Tayar baru ini juga telah mendapat tiga rekod dunia baru walaupun belum lagi dijual secara rasminya kepada orang ramai.   Kekal setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terbaru dunia permotoran.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/